Chapter 28

Romance Series 7804

Erhan melangkah masuk ke pejabat pelan-pelan. Pandangan melilau sekitar ruang pejabat.Suasana sepi kerana semua staf sudah balik. Namun dia yakin setiausahanya belum pulang kerana di meja kerjanya masih ada fail yang bertimbun dan komputer masih menyala.Dia terus melangkah masuk ke bilik. Badan direbahkan ke sofa untuk melonggarkan otot-otot seketika.

‘Di mana kau ? Mana kau nak sembunyi? Lambat laun kau tetap kena hadap aku…ofis ni bukan besar mana….semua tingkat aku boleh panjat’ bisik hatinya.

Riak wajah tidak senang dengan situasi sekarang.Mata meliar memandang keluar mencari kelibat Hilani di meja. Tiada! Erhan bangun dari perbaringan dan melangkah menuju ke pantri kalau-kalau wanita itu ada di situ.

Semua bahagian dia dah tinjau namun hampa. Hilani memang licik . Akhirny Erhan berpatah balik kembali ke biliknya. Bila menghampiri depan biliknya dia ternmpak susuk tubuh berpakaian serba merah di dalam biliknya. Ternyata situasi itu membuat hati lelakinya kembali kencang. Hilani masih ada dan setia menunggunya!

Erhan menutup pintu bilik dengan kuat. Sengaja ingin menarik perhatian . Hilani kalih memandang kepada Bos. Wajah wanita itu sedikit lesu dan kepenatan. Mungkin sehari dua ini Hilani bekerja sehingga lewat malam semata-mata nak siapkan laporan .

Berdua –duaan dalam bilik bos juga bukan idea yang bagus.Dia perlu cari akal untuk pulang segera. Lagi lama dia bersama bos lagilah mengingatkan dia kepada peristiwa hitam itu.Tiba-tiba Erhan mendengus kasar lalu bersuara..

"lain kali kalau aku suruh kau tunggu..jangan lewat seminit pun!” tegur Erhan lalu melangkah ke mejanya.

“ Saya lapar bos,jadi saya keluar kejap beli burger. Untuk Bos pun ada.” Hilani menghulurkan satu lagu bungkusan plastik tetapi tidak bersambut.

“ Aku tak makan benda tepi jalan.” Jawab Erhan.Hilani terus mencebik. Gaya berlagak bos over sangat-sangat. Besar rahmat tau dia nasih ingatkan pasal makan minum bos. Muka sah-sah stok melayu ,ada hati nak tembirang lebih-lebih.

“ err tuan ,boleh tak saya bawa balik fail semua ni dan sambung buat di rumah?” Hilani memberanikan diri bertanya.
Sebenarnya dia rasa bimbang nak duduk lama di office memandangkan sejarah lama mereka mungkin berulang.Hanya dia dan Bos di sini. Bahaya kut.

“ Tak boleh.” Jawab Erhan.Lengan baju kemeja dilipat hingga paras siku. Jawapan daripada mulut bos terus mematikan angannya.Huh. kalau dah kurang handsome, bodoh tu kira bonus kut. Agaknya Bos tak pernah dengar pasal Tangkap Basah..khalwat..Bila-bila masa boleh kena ni.

Dia mula gelisah.

“Buatkan aku kopi O !" . arah bos . Hilani angguk dan terus keluar menuju ke pantri.Sungguh...jiwanya mula tak tenteram dan dia menarik nafasnya dalam-dalam.Dia cuba bertenang dan memaksa lagi diri untuk tersenyum.

Sepuluh minit kemudian, Hilani sampai di bilik bersama- sama pesanan minuman lelaki yang menyesakkan hidupnya itu..Bos duduk bersandar di sofa. Belum mulakan kerja ,dia sudah mula mengeluh apabila melihat timbunan fail di atas meja.

Pintu bilik terbuka luas ,Erhan mengukir senyuman menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Dalam melayan letih yang berpanjangan, tiba-tiba mata terkaku memandang bidadari cantik berjalan masuk, situasi itu sangat menenangkan jiwanya.

Rugilah kalau dia menafikan kecantikkan itu dan ya Hilani kwon semakin cantik berbanding zaman sekolah dahulu. Kebaya ketat merah yang tersarung di badan membuatkan hatinya terus melayani perasaan.Tanpa sedar, Senyuman semakin lebar terukir di bibirnya.

Senyuman itu dulu berjaya memikat hati ramai budak perempuan semasa di sekolah. Hilani membalas senyuman itu..Saat ini hati dan jiwanya seakan tenang melihat lelaki itu...Senyuman yang sudah lama dia tak lihat....sangat menawan!

Hilani melangkah sopan membawa bersama kopi o di dalam muk . Mug di letakkan di atas meja.Melihat bos dalam keadaan mood yang baik membuatkan dia rasa ingin terus berbicara.Mungkin ini masa yang sesuai untuk mereka bercakap hal dulu dan mencapai kata putus supaya masing-masing dapat bekerja dengan suasana lebih baik dan harmoni.Betul kata Johana, sakit dan kebencian itu akan beransur hilang kalau masing-masing mengaku salah dan meruntukan sikit ego itu.
"Awak masih marahkan saya"? Tanya Hilani lembut. Inilah masa yang sesuai untuk membuka semula cerita lama. Untuk kali ini,dia akan cuba dengar nasihat Johana.Bukan sesuatu yang mudah untuk meluahkan perasaan yang lama tersimpan dalam hatinya. Dia akui kesalahannya sangat besar terhadap lelaki itu. Kalau dia tidak berani bertindak malam ini,dia yakin sangat, kemaafan itu akan terkubur terus, Hilani mengambil tempat bersebelahan dengan Erhan.

Pertanyaan daripada Hilani itu menyebabkan lamunannya terbang entah ke mana. Lama dia merenung wajah itu. Senyuman manis tadi terus hilang.Dia yang seolah-olah baru tersedar dari khayalan kembali menegakkan duduk. Rasanya dia tak salah dengar.

Bertahun lamanya dia menunggu soalan itu. Sumpah dia tidak percaya Hilani melontarkan pertanyaan itu saat mereka berdua di dalam bilik ...selepas lebih 10 tahun!. Erhan mendengus geram.Kalau tadi dia cukup ralit memandang wajah itu, Sekarang hanya ada rasa meluat,geram dan sakit hati. Kenapa mesti dia ambil masa terlalu lama untuk satu kemaafan? Bodoh sungguh kau Hilani.

" Bila masa aku marahkan kau..kau ada buat salah ke?" Ternyata Erhan selamba.Sekarang giliran dia pulak mahu menduga keikhlasan hati Hilani. Riak wajah bersahaja itu membuatkan Hilani menyesal bertanya. Dia sudah tersilap langkah.Sepatutnya,dia buat-buat tak kenal saja. Nampak gaya Erhan Zikri sendiri main tarik tali. Eh,dia tak bodohlah nak percaya bulat-bulat apa yang Erhan katakan. Lelaki itu memang membenci dirinya dan hanya menunggu masa yang terbaik untuk menuntut hutang.

Hilani kalih memandang kepada Erhan. Mulut terkunci rapat apabila kedua mereka saling bertatapan. Wajah Hilani kerap mengganggu ruang privasinya. Kadang dia sendiri tertanya - tanya dalam hati kalau wanita itu benar-benar sudah insaf. Jika Hilani menyesal dan meminta maaf, dia sendiri akan angkat kaki melangkah jauh dari hidup gadis itu . Wajah Hilani berubah riak bila mata nakal itu tidak jemu memandangnya.
Renungan Erhan bagai menjilat seluruh wajahnya.Dasar lelaki!

“ kalau takde yang nak dibincangkan, saya nak balik.Kita berdua saja di sini tuan.Tak manis kalau orang lain nampak” Hilani cuba memberi alasan untuk melepaskan diri. Erhan cepat -cepat mencengkam lengan itu dengan kasar dan ditarik untuk dekat dengannya. Rentak permainannya mula berubah.

“ Awak takut saya buat sesuatu?” Erhan jungkit sebelah kening.

“ Bukan..bukan… Kita dua saja kat sini Tuan. Kalau kena tangkap..”

“ kali kedua!” Erhan laju menyampuk.Terbuntang mata Hilani bila Erhan begitu sinis menyusun kata.

“ Bukan tak pernahkan… Atau awak dah lupa yang kali pertama tu? Sampai mati saya akan ingat.Dulu ada seorang budak perempuan pedajal hidup saya. Awak rasa saya boleh lupa ke…Nope. Saya sabar menghitung hari.” Jawab Erhan sepatah sepatah. Kata-kata itu menghenyak seluruh jiwanya. Akhirnya lelaki itu mengaku!

“ err…” Hilani bagai hilang kata.Berdepan dengan Erhan Zikri bukan sesuatu yang mudah. Terasa berat lidahnya untuk mengungkap kemaafan. Nampaknya Erhan memang menyimpan dendam. Pergelangan tangannya semakin kuat digenggam oleh lelaki itu. Sikitpun dia memberi peluang untuk Hilani membuka mulut.

“ kalau saya tak membalas, karma itu tetap akan ikut awak. Mesti awak tak sangkakan saya kembalikan. Tidur saya tak pernah aman sejak kejadian itu” Sambung Erhan.

“ Sakit “ Hilani terketar-ketar bersuara. Pandangan kedua mereka saling bertaut. Renungan tajam lelaki itu terus mendiamkan Hilani. Lelaki itu lebih dominan berbanding dirinya.

“ Kenapa sekarang baru nak tanya? Boleh awak bersihkan nama saya? Berani awak jumpa Umi minta keampunan sebab fitnah anak dia? Jawab!” tempelaknya kuat. Rasa geram makin membekam jiwa lelakinya. Kalaulah wanita ini Cuma punching bag,pasti dia sudah lama melepaskan tumbukan demi tumbukan.Shit! Erhan menarik nafas dalam,pelan-pelan dia meleraikan genggaman.

Hilani tunduk memandang lantai. Malam ini suasananya sangat beremosi. Dia tidak pernah sangka perbuatannya dahulu meninggalkan kesan dalam hidup lelaki itu. Penyesalan tidak akan mampu mengubah apa-apa lagi. Birai mata kian memberat menakung air. Hilani toleh ke sisi lain. Hujung jarinya menyeka perlahan hujung matanya. Lagi lama dia di situ,pasti keadaan lagi sukar untuk mereka berdua. Hilani bingkas bangun segera melangkah keluar.

“ Farah Hilani.” jerit Erhan.Langkah Hilani terhenti depan pintu .

“ Soon. Tunggu balasan ”

Hilani langsung tidak berpaling. Apa yang paling dia takuti pasti akan berlaku. Sumpah,saat ini dia hanya mahu hamburkan berat air yang mula bertakung di birai mata. Dendam lelaki itu benar!Erhan meraup wajah berkali-kali.. Dia yakin sangat Hilani masih ingat kisah mereka dahulu. Lain yang dirancang lain pulak yang terjadi. Sekurang-kurangnya Hilani tak pernah padam cerita itu dan dia akan tamatkan dengan segera.

“ kau tunggulah Hilani, aku akan ajar kau cukup-cukup!”bentak hatinya dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience