Chapter 24

Other Completed 4791

BAB 24

LILIANNA tidak dapat menahan dirinya daripada terlalu menzahirkan kegembiraannya. Tidak putus-putus dia melihat kepada bapanya yang sedang berbual dengan Lord Campbell, Lord Jenkins dan beberapa orang lagi pegawai kerajaan di suatu arah. Bunyi muzik yang kuat menjadi pengiring kepada mereka yang sedang menari atau menikmati sahaja hari yang menggembirakan ini. Prince Neirin sudah ditabalkan menjadi raja baharu Zythor. Kini baginda digelar King Neirin Edward of Zythor.

Sewaktu baginda keluar ke balkoni utama menghadap himpunan rakyat jelata di bawah, seorang wanita cantik turut berdiri di sebelahnya. Akhirnya, baginda berjaya menyakinkan Cik Ava untuk menerima lamarannya. Perkahwinan mereka akan dilangsungkan tidak lama lagi dan Lilianna mendapat jemputan untuk menghadiri perkahwinan itu.

Sudah beberapa hari berlalu semenjak penangkapan Lord Vaughan dan para pengikutnya. Royal Court of Zythor telah menjatuhkan hukuman mengikut tahap jenayah yang dilakukan. Di antara mereka semua, Lord Vaughan, Lord Kavanagh, Lord Brady dan Lord Lyons mendapat hukuman yang paling berat kerana menjadi pemimpin kepada pemberontakan itu termasuklah jenayah yang lain.

“ Ayah,” panggil Lilianna lembut apabila melihat bapanya sedang berjalan ke arahnya.

Dengan segera Lilianna mendapatkan bapanya itu, membantu bapanya yang terhad pergerakannya. Mereka berdua duduk di sebuah bangku yang tersedia di jalan besar itu. Rakyat jelata masih meraikan pertabalan King Neirin. Kemeriahannya sama seperti kemeriahan ketika festival-festival yang diadakan sebelum ini.

“ Maaf, baru sekarang ayah dapat duduk dengan Lilia,” kata Lord Beaumont separuh kesal. Beliau selalu sahaja dihentikan oleh rakan-rakan sekerjanya dahulu yang ingin bertanya khabar mengenainya.

“ Tak mengapa, ayah. Lilia faham. Mereka semua risaukan ayah, sebab itulah mereka nak berbual dengan ayah,” balas Lilianna memahami situasi bapanya.

“ Sebenarnya, sampai sekarang ayah fikir ayah sebenarnya bermimpi dapat bertemu kembali dengan Lilia,” kata Lord Beaumont. Pipi anak gadisnya itu diusap. “ Kalaulah ayah dapat putarkan masa balik.”

Lilianna menggeleng, tangan bapanya yang melekap pada pipinya disentuh. “ Ini lebih baik daripada kita langsung tak berjumpa, ayah.”

“ Betul, betul cakap kamu,” Lord Beaumont mengakui kebenaran kata-kata Lilianna walaupun beliau masih menyesali apa yang telah menimpa mereka sekeluarga.

“ Ayah, Nanny Sophie dan mereka yang lain selamatkah?”

“ Ayah tak pasti, anakku. Tapi, ayah akan cuba cari mereka. Tiada bukti mengatakan mereka sudah tiada lagi. Kita akan berusaha menjejaki mereka, ya?”

“ Terima kasih, ayah,” ucap Lilianna. Dia melentokkan kepalanya pada bahu bapanya. Sudah lama dia tidak bermanja sebegini dengan bapanya itu.

“ Lilia?”

“ Ya, ayah?”

“ Lilia pulang ke pangkuan datuk dan nenek Lilia, ya?”

Pantas Lilianna menegakkan tubuhnya. Wajahnya berubah sedih. “ Ayah tak nak Lilia tinggal dengan ayah?”

“ Bukan macam tu, Lilia,” Lord Beaumont menarik senyum. “ Sudah lama Lilia tinggal dengan ayah. Cuma ayah fikir, datuk dan nenek kamu akan dapat bahagiakan kamu lebih daripada ayah. Tengoklah ayah sekarang. Nak berjalan pun susah. Apatah lagi untuk buat pekerjaan lain.”

“ Ayah boleh ikut Lilia pulang ke sana. Datuk dan nenek tentu tak kisah,” pujuk Lilianna.

“ Tak boleh, anakku. King Neirin perlukan khidmat ayah di sini. Baginda mahu ayah menjadi penasihat baginda. Bagaimana ayah mahu tinggal di Erkens?”

“ Tapi…”

“ Macam inilah. Lilia berbincang dahulu dengan datuk dan nenek Lilia? Tanya pendapat mereka dahulu. Mereka lebih tua daripada ayah. Lagi pun selepas sekian lama barulah mereka tahu pasal kewujudan cucu perempuan mereka. Tentu datuk dan nenek Lilia sedih kalau Lilia terus buat keputusan untuk tinggal di sini.”

Lilianna mengangguk perlahan, mengakui kebenaran pernyataan itu.

“ Tapi kalau mereka benarkan Lilia kembali tinggal dengan ayah, ayah jangan halang Lilia lagi ya?”

Lord Beaumont ketawa. “ Baiklah. Ayah janji. Tapi kan…”

“ Apa tapi-tapi lagi?” Lilianna menarik muncung.

“ Macam mana kalau bakal menantu ayah orang Erkens? Nampaknya Lilia memang akan tinggal di sana jugalah.”

“ Lilia baru 19 tahunlah,” balas Lilianna geram.

“ Dah sampai masa untuk Lilia kahwin tahu?”

“ Tengoklah dulu siapa orangnya yang nak kahwin dengan Lilia nanti,” Lilianna memeluk lengan bapanya, kembali melentokkan kepala di bahu bapanya.

“ Lilia dah ada sesiapa ke dalam fikiran?” tanya Lord Beaumont.

“ Ayah rasa?” Lilianna sengaja mengusik.

“ Dah ada, kan?” Lord Beaumont menarik senyum.

“ Kalau dah ada pun apa gunanya ayah. Kalau orang tu tak perasankan Lilia,” balas Lilianna, nadanya menunjukkan dia sedang geram ketika itu.

Lord Beaumont ketawa. “ Cakap pasal orang… ada orang sedang perhatikan Lilia. Nampaknya dia nak bercakap dengan anak ayah ni.”

“ Eh? Siapa?”

Lilianna melihat ke hadapan mereka. Dia tersentak apabila menyedari Handrien sedang merenung kepadanya. Daripada air muka lelaki itu, dia tidak dapat menduga apakah yang sedang Handrien fikirkan sekarang. Handrien nampak lain daripada kebiasaan.

“ Lord Beaumont,” Handrien menyapa bapa Lilianna. “ Boleh saya bercakap dengan Lilianna sekejap?”

“ Boleh, boleh,” Lord Beaumont segera bersetuju. “ Pergi, Lilia.”

“ Ayah ni… macam nak halau Lilia pula,” Lilianna menyeringai, geram pula dengan bapanya itu. Tetapi dia bangun juga daripada bangku itu. “ Kenapa, Handrien?”

“ Mari, ikut saya sekejap,” ajak Handrien.

Lilianna tidak bertanya banyak. Selepas meminta izin untuk beredar sebentar daripada bapanya, lianana segera mengekori Handrien dari belakang. Mereka berjalan buat beberapa ketika sehinggalah mereka berdua tiba di kolam air pancut. Melihatkan kolam air pancut itu membuatkan satu ingatan singgah dalam fikiran Lilianna.

“ Apa yang awak nak cakapkan sampai kena datang sini? Bukankah kita boleh bercakap sahaja di tempat tadi. Ada perkara pentingkah?” Lilianna memandang Handrien dengan wajah pelik.

“ Ya. Ada perkara penting,” balas Handrien serius.

“ Handrien?”

“ Lilianna…” Handrien merenung tepat pada mata gadis itu. “ Kalau saya nak jadikan kita berdua sebagai suami isteri, awak sudi?”

Lilianna terperanjat. Wajah serius Handrien dipandang lama. Lelaki ini tidak bermimpi, kan?

“ Apa yang awak cakap ni?” Lilianna mula gugup.

“ Saya serius, Lilianna. Awak sudi?” Handrien sedikit bengang, geram dengan Lilianna.

“ Awak nak jawapan apa daripada saya?”

“ Lilianna Rosalyn…”

“ Kenapa lambat sangat?” Lilianna memukul lengan Handrien. “ Dah lama saya tunggu, tahu tak?”

Raut pada wajah Handrien berubah. Dia kelihatan bingung.

“ Lama… apa?”

“ Handrien!” Satu pukulan lagi singgah pada dada Handrien. “ Kenapa baru sekarang awak nak lamar saya? Selama ini saya fikir awak anggap saya maca adik awak saja!” marah Lilianna.

“ Eh… saya…” Handrien menggelengkan kepalanya, tidak sangka begini pula jadinya. “ Maksudnya, awak setuju?”

Lilianna tersenyum lebar. “ Mestilah!”

Hampir terjatuh ke belakang Handrien apabila tiba-tiba sahaja Lilianna melompat dan merangkul lehernya. Terkebil-kebil Handrien melihat pada senyuman Lilianna. Semakin berseri-seri wajah itu ketika ini. Akhirnya Handrien ketawa juga.

“ Kenapa ketawa? Awak fikir lucu?” Lilianna buat muka.

“ Tak… bukan…” Handrien ketawa lagi, “ Saya fikir susah sangat nak lamar awak. Punyalah saya terpaksa beranikan diri.”

“ Awak ingat tak masa awak cerita pasal maruah awak? Kebanggaan awak yang tak awak tak boleh lepaskan walau apapun yang berlaku?”

“ Saya ingat. Kenapa?” Handrien memeluk pinggang Lilianna. Lengan gadis itu masih pada lehernya.

“ Perkara yang tak boleh saya lepaskan adalah… masa depan saya.”

“ Masa depan awak?”

Lilianna mengangguk. “ Masa depan adalah sesuatu yang tak boleh saya lepaskan walaupun saya nak. Sebab itu, saya tak mahu masa silam saya terus menghantui hidup saya dan sekarang… saya nak awak jadi sebahagian daripada masa depan saya, boleh?”

Handrien ketawa lagi. Dahinya direhatkan pada dahi gadis itu. Mata Lilianna direnung redup.

“ Baiklah. Tapi balik ni kita kena siap-sedia dengan Fred. Dah lama dia berkias, mengatakan saya sukakan awak. Bukannya saya tak perasan, tapi saya takut akan rosakkan hubungan kita.”

“ Saya pun. Saya berpura-pura tak layan perasaan saya ni,” balas Lilianna. “ Lagi pun saya fikir awak hanya layan saya macam adik awak sahaja.”

“ Tak adalah,” bantah Handrien. “ Jadi, kita balik ni saya kena beritahu datuk awaklah. Minta untuk berkahwin dengan cucu perempuannya ini.”

“ Ayah saya? Awak lupa yang awak perlu minta persetujuan daripada ayah saya dahulu?”

“ Saya rasa, ayah awak dah setuju,” kata Handrien. Dia melihat kepada belakang Lilianna. Lilianna menoleh, terkejut melihat bapanya sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman pada wajahnya.

“ Ayah!”

Pantas Lilianna berlari mendapatkan bapanya. Lord Beaumont ketawa.

“ Kalau lelaki itu boleh bahagiakan Lilia, apa salahnya?”

“ Ayah…” Lilianna terharu. Dia memeluk bapanya erat. “ Terima kasih.”

Lord Beaumont membalas pelukan itu. Kini hanya hari yang membahagiakan sahaja yang akan tiba untuk mereka sekeluarga. Kenangan pahit itu akan dilupakan untuk memberi ruang kepada ingatan yang lebih membahagiakan. Lord Beaumont berharapkan yang baik-baik sahaja untuk anak gadisnya itu.

“ Oh ya! Ayah,” Lilianna merenggangkan pelukannya. Kelihatannya dia baru teringat akan sesuatu. “ Mana Klaus?”

Lord Beaumont tersenyum hambar.

“ Dia…”

BILIK itu dimasuki olehnya. Klaus menutup rapat pintu di belakangnya. Matanya terpaku pada potret yang dibingkai cantik. Wajahnya yang selalu dingin tanpa perasaan itu kelihatan redup. Klaus menyentuh potret itu.

“ Abang dah balik, Courtney.”

Sepasang mata yang cantik terbentuk pada wajah seorang wanita jelita pada permukaan kanvas itu direnung lama. Jari jemari Klaus menyentuh permukaan bingkai itu.

“ Courtney tak perlu risau lagi. Abang dah pastikan dia dapat balasan yang setimpalnya.”

Klaus memejamkan matanya, mengingati peristiwa yang tidak boleh dilupakan walaupun untuk sepanjang hayat. Pada malam isteri kesayangannya itu dibunuh.

Kerana ingin Klaus kembali ke dunia gelap dan berkhidmat untuknya, Lord Vaughan menggunakan isterinya yang sedang sarat hamil untuk memperdayakan Klaus. Ketika dia tiba di tempat isterinya disembunyikan, semuanya sudah terlambat. Isterinya meninggal kerana terpaksa bersalin dalam keadaan yang serba kekurangan.

Anaknya yang baru sahaja mengenal dunia itu turut meninggal dunia. Marah dengan apa yang berlaku, Klaus mengamuk. Mata pedang yang sudah lama tidak merasai darah manusia, kembali menjalan tugas dengan megahnya. Kesemua penculik itu dibunuh dengan kejam oleh Klaus.

Kekosongan hidup dan penyesalan kerana gagal menyelamatkan kedua-dua insan yang istimewa buatnya, Klaus pergi kepada Lord Vaughan dan kembali berkhidmat untuk lelaki durjana itu. Sehinggalah pada suatu hari pada lima tahun yang lalu, dia mendapat tahu kesemua perompak itu diupah oleh Lord Vaughan untuk menculik Courtney. Pada mulanya Lord Vaughan ingin mengugut Klaus agar kembali kepadanya. Tidak sangka pula ugutan itu bertukar menjadi tragedi dalam hidup Klaus.

Sejak itu hari itulah, Klaus mencari peluang untuk membalas dendam.

“ Tidurlah dengan lena, sayangku. Abang tak akan musnahkan hidup abang lagi. Abang akan hidup seperti jalan yang abang pilih untuk bersama-sama sayang. Sehingga hari kita dipertemukan kembali…”

Klaus mengukir senyuman pada wajah itu.

Suatu hari nanti.

Ya.

Mereka akan bertemu kembali.

- The End –

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience