BAB 41

Mystery Series 6301

Lampu neon berkelip liar silih berganti, merah bertemu biru, ungu menyusup di antara asap tebal yang dilepaskan mesin kabus, menjadikan suasana kelab malam Velour Eclipse itu bagai medan khayal yang tiada penghujung. Derap bass dari speaker gergasi menghentak dada setiap pengunjung, sementara lantai tarian penuh sesak dengan tubuh-tubuh yang bergerak mengikut rentak muzik. Bau alkohol, asap rokok, dan perfume bercampur aduk, menyesakkan dada, namun itulah nafas sebenar dunia malam.

Di sudut ruang VVIP, sedikit terlindung dari pandangan khalayak, tiga sosok duduk santai di kerusi baldu hitam. Aisy, dengan tangan kanannya masih berbalut simen, menyilangkan kaki tanpa peduli pada kesakitannya yang masih berbaki. Beberapa hari terkandas di hospital tak mematahkan keinginannya untuk kembali ke dunia penuh hingar ini. Dia menghela nafas panjang sebelum mengeluk gelas kristalnya, meneguk minuman keras yang membakar kerongkong.

Aqil, yang sejak tadi sibuk memerhati keadaan sekitar, muncungkan mulutnya ke arah Aisy.
"Kenapa tak ada perempuan yang layan kita malam ni?" soalnya, sengaja menimbulkan suasana.

Affendi yang duduk di sebelahnya hanya mencebik malas, menggeleng tanpa sebarang jawapan. Kedua-dua pandangan mereka akhirnya bertumpu pada Aisy, menanti reaksinya.

"Aku muak lah," ujar Aisy datar, suaranya bagai dipaksa keluar. Jarinya masih ligat menatal skrin telefon, jauh lebih tekun membalas pesanan seseorang daripada mengendahkan rakan di hadapannya.

Kali ini Affendi pula menyambung, nadanya dingin penuh ingin tahu.
"Apa yang kau buat kat Ezhar semalam?"

Aqil spontan menoleh, jelas tidak tahu-menahu tentang hal itu.

Aisy hanya menjongketkan keningnya, membalas tatapan mereka silih berganti.
"Aku bunuh dia," balasnya datar, tanpa sebarang riak bersalah, seolah-olah menyebut perkara remeh. Jarinya terus kembali menari di skrin telefon.

Kata-kata itu membuatkan Affendi dan Aqil terkedu, seakan sukar percaya dengan apa yang baru didengari.

Beberapa saat kemudian, Aisy membuka laman sosial. Gambar dan video terbaru yang sudah mula bertebaran menjadi viral. Senyum sinisnya terukir.
"Tengok telefon korang. Ada barang baik," ucapnya sambil menghantar satu pautan.

Affendi dan Aqil pantas membuka notifikasi. Reaksi mereka serupa, terpaku. Wajah yang muncul dalam gambar dan video itu ialah Syifa.

"Kau dah gila ke?" Aqil hampir meninggi suara. "Kau biar betul bunuh Ezhar? Tak masuk akal lah semua ni!"

Gelak tawa Aisy meledak, kuat dan panjang, namun bisingnya kelab hanya menjadikan tawanya lebih menggerunkan.
"Orang-orang aku boleh settle. Malam ni kita enjoy. Kau nak perempuan? Pilih aje, aku bayar semuanya," balasnya sinis, nada sarkastik jelas menguasai.

Aqil hanya mampu terdiam, dadanya penuh resah. Affendi pula mengangkat kening tipis, senyum sinis terukir di bibirnya. Namun ketenangan itu terusik sebaik pesanan masuk ke telefonnya dari Muaz, meminta pertemuan segera dengan alasan maklumat tentang Syifa.

Saat empat wanita menggoda mula menghampiri meja mereka, Affendi bangun berdiri.

"Kau nak pergi mana? Tak nak menjamah dulu ke?" Aisy menyoal, sinis.

Affendi menoleh sebentar, mengukir senyuman tipis yang penuh maksud.
"Have fun. Aku ada hal," balasnya ringkas sebelum melangkah pergi, meninggalkan dua rakannya di bawah sorotan cahaya merah biru yang terus menari di langit kelab Velour Eclipse.

Suasana di makmal ketika itu tegang. Dua lelaki masih menunggu bacaan data daripada ubat yang diberikan Adrik sebentar tadi. Sementara itu, dua pengawal yang diarahkan sudah pun memastikan Syifa selamat tiba di rumah. Riak wajah Adrik jelas tidak berpuas hati. Cecair mutasi yang baru saja disuntikkan pada Syifa tidak menampakkan hasil yang dia harapkan.

Adrik menyelak helaian laporan di tangannya sebelum bersuara, tenang dan teratur.
"Keadaan dia tidak stabil. Serum itu… masih belum cukup sempurna.” suara Mikael pecah di ruang sunyi itu, tenang namun penuh makna.

Mikael menoleh, matanya tajam. "The serum isn’t perfect yet. I can see it… her body rejects certain compounds."

"Ya," Adrik mengangguk perlahan. "Sebab itu Xythera dicipta. Ia bukan sekadar ubat sokongan, tapi penstabil mutasi di peringkat sel. Tanpa Xythera, tubuh dia akan perlahan-lahan runtuh dari dalam."

Mikael mendiamkan diri beberapa detik. Tangannya menekan hujung meja seakan menahan amarah yang disembunyikan.
"Jadi maksud kau, untuk dia bertahan… dia perlu Xythera?"

Adrik meletakkan fail ke sisi, pandangannya tajam namun terkawal.
"Exactly. Serum hanya mencetuskan mutasi. Tapi Xythera yang mengekalkan keseimbangannya. Without both, she won’t survive long enough to adapt."

Mikael tersenyum nipis, sinis dan penuh makna.
"Satu ubat yang mengikat sumpahan. Hmph…" Matanya jatuh semula pada Syifa. "Baiklah. Sediakan dosnya. Kalau dia gagal juga walau dengan Xythera, maka dia memang lebih lemah daripada yang aku sangka."

Mikael berdiri di sisi meja makmal, menutup fail yang penuh dengan catatan eksperimen. Wajahnya serius, suaranya tenang namun berat dengan makna.
"Adrik, serum yang kita cuba tiru untuk projek Y… tidak ada seorang pun yang mampu hasilkan dengan sempurna. Semua percubaan hanyalah separa, lalu mutasi pada tubuh subjek tidak pernah terkawal."

Adrik bersandar pada meja keluli, matanya redup tapi tajam. "That explains everything. Tidak kira berapa kali mereka ulang formulasi, hasilnya tetap cacat. Tapi… Syifa lain."

Mikael mengangkat pandangan. "Kerana dia anak Dr. Hill?"

Adrik mengangguk perlahan, suaranya dingin.
"Darah Dr. Hill sudah bercampur dalam dirinya sejak dalam kandungan. That’s why her blood reacts differently. It carries the perfection of Project Y."

Mikael terdiam beberapa saat. Wajahnya jelas terganggu dengan penemuan itu. "Kalau begitu… dia satu-satunya kunci untuk kita."

Adrik tidak menjawab, hanya memandang ke arah mesin analisis darah yang sedang beroperasi. Bunyi elektronik berbunyi halus, kemudian satu data penuh muncul di skrin komputer.

Mikael segera menghampiri, meneliti bacaan itu. "Bacaan darahnya…"

Adrik melangkah rapat, matanya tidak berkelip. Mereka berdua menatap angka-angka yang terpapar. Bacaan normal. Tiada tanda abnormal.

Mikael menghela nafas, kemudian mengangguk perlahan. "Norma. Stabil. Tepat seperti yang kita harapkan."

Adrik mengerling padanya, senyum sinis terbias di bibirnya.
"Then this proves it. Serum yang aku hasilkan mungkin bukan penawar sempurna untuk dia… tapi mungkin inilah ubat yang diperlukan bagi mutasi gagal di luar sana. Failed mutations could be controlled with this."

Mikael menatap layar sekali lagi, lalu kembali memandang Adrik. Wajahnya serius, suaranya rendah. "Kalau itu benar, maka Syifa bukan sahaja subjek… dia aset terpenting."

Malam di kediaman banglo Syifa begitu hening, hanya desiran angin yang bertiup lembut menyusup masuk melalui celahan pintu kaca balkoni. Lansir panjang menari perlahan mengikut alunan angin, memberi kontras tenang pada ruang kamar yang hanya diterangi cahaya lampu tidur. Syifa terbaring di atas katil, wajahnya tampak damai seolah tiada langsung bayangan ngeri yang menghantui sebelumnya.

Di luar bilik, dua pengawal bersut hitam berdiri tegak. Mata mereka tajam, penuh waspada, memastikan Syifa terus berada dalam kawalan, apatah lagi ketika Mikael masih belum pulang dari rumah agam datuknya.

Bunyi brek kereta memecah kesunyian di halaman. Kedua pengawal saling berpandangan. Sebuah BMW berhenti di hadapan, sebelum seorang pengawal peribadi turun dan membuka pintu belakang.

Keluar sosok lelaki bergaya segak, wajahnya masam menahan bara. Dialah Tuan Adrian Voo. Butang sut merahnya dibuka kasar, langkahnya deras, amarah memuncak di wajahnya.

"Budak sial tu betul-betul menyusahkan aku?! Dari dulu aku nak hapuskan saja! Kenapa orang tua tu nak bela sampai jatuhkan maruah keturunan ni?!" suaranya bergema lantang, penuh geram, ketika melangkah masuk ke dalam banglo.

Pengawal peribadinya hanya diam, mengekorinya menaiki tangga.

"Mikael!! Mikael!!" jerit Adrian, nadanya bagaikan halilintar memecah kesunyian.

Namun, dua pengawal yang menjaga Syifa berdiri tegap di atas tangga, menghalang laluannya.

"Engkau ni siapa?!" herdik Adrian dengan penuh amarah.

Salah seorang pengawal itu menjawab tenang namun tegas, "Kami pengawal Cik Syifa. Arahan daripada Tuan Mikael."

Adrian mencebik sinis. "Dalam rumah ini, aku yang berkuasa!" Nadanya tajam, penuh maruah yang tercabar. Dia menoleh ke arah pembantunya. "Pak Jais, kau settlekan dua mamat ni."

Arahan itu disambut anggukan dingin. Pak Jais melangkah ke hadapan, menatap dua pengawal tersebut dengan wajah kosong, seolah tiada perasaan.

Salah seorang pengawal cuba menahan Adrian, namun pantas pistol Pak Jais terhunus. Satu das dilepaskan. Dentuman memekakkan telinga, peluru hampir mengenai sasaran, namun sempat dielak.

Adrian terus melangkah naik, menuju ke bilik Syifa. Kini, Pak Jais berdiri berhadapan dengan dua pengawal yang sudah bersedia. Dia menyarungkan pistolnya kembali ke belakang badan, menandakan pertarungan ini akan diselesaikan dengan tangan kosong.

Kedua pengawal itu meluru serentak ke arahnya. Langkah mereka seragam, pukulan kiri kanan cuba menembusi pertahanan. Namun, Pak Jais bergerak lincah, tubuhnya seperti air yang mengalir.

Satu tumbukan kencang ditepisnya ke sisi, serangan lutut diangkat dengan siku, tendangan deras pula dialihkan dengan gerakan bahu. Segala serangan dihentikan dengan gerakan kemas, seolah dia lebih dahulu membaca arah lawan.

Pertarungan sengit memenuhi ruang tangga. Bunyi hentakan kaki, hempasan tubuh ke dinding, dan nafas berat bersahutan. Dua lawan berpengalaman cuba memerangkapnya dari kiri dan kanan, namun Pak Jais berputar, menangkis dengan kepantasan luar biasa.

Akhirnya, serangan mautnya tiba.

Satu tendangan kilat mendarat tepat di leher pengawal pertama. Tubuh lelaki itu terhumban ke dinding, lalu rebah longlai tanpa suara.

Pengawal kedua masih cuba melawan, meluncurkan tendangan tinggi ke arah kepala. Namun Pak Jais dengan dingin menangkap kakinya di udara. Senyum nipis muncul di bibirnya sebelum, krek! Tulang kaki itu dipatahkan dengan sekali putaran. Jeritan lelaki itu bergema, namun segera terhenti.

Dengan gerakan tenang namun kejam, Pak Jais meraih kepala pengawal yang masih terkejut. Sekali sentakan kasar krak! Lehernya dipatahkan.

Tubuh dua pengawal itu kini terbaring kaku di lantai tangga, nyawa mereka diragut tanpa belas. Wajah Pak Jais tetap dingin, seolah membunuh hanyalah tugas rutin.

Sementara itu, langkah Tuan Adrian kian hampir ke bilik Syifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience