BAB 44

Mystery Series 6301

Syifa hanya duduk diam di atas kerusi soleknya. Sesekali matanya melirik ke arah tubuh sendiri yang sudah terbalut gaun putih yang tampak indah di cermin namun pada pandangan dirinya, gaun itu tidak lebih daripada pakaian yang diperagakan untuk satu nasib yang entah ke mana arahnya. Hatinya tawar. Untuk apa dia didandani sebegitu, sedang jiwa dalamannya berkecamuk penuh luka?

Saat itu, seorang wanita lewat tiga puluhan yang memperkenalkan dirinya sebagai Sofia mula mendekat. Tangannya terhenti seketika sewaktu mahu menyentuh wajah Syifa. Mata wanita itu terkebil-kebil, mulutnya sedikit ternganga, kerana dia yakin benar beberapa jam lalu wajah gadis itu dipenuhi lebam dan bibirnya koyak. Namun kini semuanya lenyap, seakan tidak pernah berlaku.

"Tadi… akak nampak muka kamu terluka, kan?" soal Sofia, suara perlahan tapi penuh kehairanan. Ada nada simpati yang terselit, walau dia tahu simpati itu tidak mampu disuarakan lantang. Arahan Tuan Adrian jauh lebih keras daripada hatinya sendiri.

"Maybe your eyes deceived you." jawab Syifa datar, nadanya dingin tanpa riak.

Sofia sekadar mengerut dahi, masih bingung, sebelum menghela nafas dan memulakan tugasnya. Dengan sentuhan terlatih, berus-berus kecil itu menari lembut di wajah Syifa, menutupi segala bayangan lelah yang cuba disembunyikan gadis itu. Rambutnya pula ditata rapi, helaian demi helaian dipinjamkan keanggunan, hingga setelah beberapa jam, wajah di cermin itu benar-benar menampakkan sosok gadis bergaun putih bak puteri klasik.

Namun, Syifa hanya melirik sekilas pada pantulan itu. Tiada senyum, tiada kagum, tiada apa. Hampa.

Sofia menepuk perlahan bahu Syifa sambil tersenyum, jelas menanti sekurang-kurangnya sebaris pujian. Namun yang hadir hanyalah suara datar itu lagi.
"Kak, saya pakai tudung."

Tersentak, Sofia sedikit tergagap. "Tudung? Ah… akak ikut just ikut arahan papa, adik."

"Belambak tudung saya dalam almari," balas Syifa ringkas. Gadis itu kemudian bangun, langkahnya tenang tetapi penuh ketegasan. "Saya pakai sendiri saja."

Sofia terkebil, cuba menyusun kata untuk menghalang. "Tapi, dik.."

Syifa tidak menoleh. Tangan gadis itu pantas mencapai sehelai tudung di almari, lalu disarungkan ke kepala. Walau dipakai alah kadar, cukuplah untuk menutup auratnya. Dia berdiri tenang, lalu mengerling Sofia yang masih kebingungan.

"Akak nak bertanggungjawab keh?" soal Syifa, matanya tajam.

Sofia terdiam, kata-kata yang hendak diucap mati di kerongkong. Rambut yang berteman berjam-jam kerja rapi kini ditutup kemas dalam sekelip mata.

"Aku cuma ikut arahan papa awak," ujar Sofia akhirnya, nada lesu bercampur keluhan.

Syifa berpaling, jelingannya menikam. "Dia bukan papa saya."

Kening Sofia sedikit terangkat, jelas menanti penjelasan lanjut.

"Dia penjenayah." Jawapan itu meluncur dingin, membuatkan Sofia kaku.

Tanpa menunggu, Syifa melangkah ke arah balkoni. Dari celah langsir, matanya menangkap sosok lelaki itu,Tuan Adrian sedang bercakap di talian. Di bawah, Pak Jais yang perasan pada tatapan Syifa dari atas sekadar menundukkan kepala memberi hormat, walaupun lelaki yang dimaksudkan itu masih hanyut dalam bualannya.

Syifa menghela nafas berat. Tatapannya kosong, namun dinginnya menusuk. Beberapa hari ini terlalu panjang untuk ditanggung. Dia tahu kekuatannya belum pulih sepenuhnya, dan masa yang dimiliki semakin sempit. Apa pun bakal terjadi, dia mesti bertahan. Dia perlu merancang agar tidak terjerat lebih jauh dalam permainan organisasi itu.

Setiap hela nafasnya kini hanyalah penantian, menunggu saat yang tepat untuk membalas segalanya.

Tubuh Syifa masih dipapah, lemah dan longlai, dengan tangan Sofia melingkari pinggangnya. Langkah mereka perlahan menuju ke pintu keluar banglo itu. Namun, sebaik sahaja pandangan Syifa bertembung dengan Tuan Adrian, riak wajah lelaki itu berubah garang. Mata yang mencerlung, urat wajah yang menegang, sudah cukup memberi isyarat buruk.

Sofia sempat menelan liur. Dia tahu riaksi itu jarang berakhir dengan baik. Benar sahaja, langkah Adrian menghentak lantai, deras dan penuh amarah, menghampiri mereka.

"Argh!" Sofia mengerang tiba-tiba apabila rambutnya ditarik kasar. Kepalanya terhentak ke belakang, tubuhnya tersentak, tangan segera cuba melepaskan cengkaman itu. Syifa yang tadinya dipapah jatuh terduduk, tidak sempat menahan akibat serangan mendadak itu.

"Apa yang kau kerjakan ni?! Aku suruh kau hias dia macam pengantin, bukan macam perempuan kampung lahanat!!" bentak Adrian, suaranya bergaung dalam ruang itu. Tarikan rambut semakin kuat, menggoncangkan kepala Sofia hingga tubuhnya terhangguk-hangguk menahan sakit.

"Lepaskan dia…" suara Syifa pecah, lemah namun tegas. Dia merangkak ke depan, tangannya menyentuh kaki lelaki itu, seakan merayu. "Aku merayu… jangan sakitkan sesiapa lagi…"

Matanya mendongak, menatap sosok lelaki yang dulu dia panggil papa atau dipaksa memanggil papa. Tetapi kini, keyakinan itu padam. Dia sedar, sejak awal lagi, lelaki itu tidak pernah layak untuk tempat itu.

Adrian mencebik sinis, lalu melepaskan Sofia dengan satu tolakan kuat. Kepala wanita itu terhentak, tubuhnya jatuh terduduk tersembam ke belakang. Kali ini, amarahnya beralih kepada Syifa. Kakinya menghenyak ke bahu gadis itu, menekan hingga tubuh Syifa terpaksa tunduk. Tangan kasarnya mencengkam tudung Syifa, menariknya kuat hingga rambut di dalam turut terasa ditarik sekali.

"Kau cakap apa tadi? Berani nak arahkan aku?!" Satu tamparan keras hinggap ke pipi Syifa, berbunyi nyaring dalam ruang itu.

Pipi Syifa berdenyut, matanya berpinar. Namun tatapannya tetap datar, dingin, seolah-olah kesakitan itu tidak lagi mampu menembusi lapisan jiwa yang sudah lama luka.

"Aku bukan lelong kau di pasar raya… melainkan di pasar gelap! Jadi kau perlu bersiap untuk memuaskan pandangan mereka. Bukan macam penampilan wanita Melayu terakhir!" Suara Adrian sarat dengan ejekan kejam, sementara jarinya mencengkam kuat pipi Syifa, mencerlung tajam penuh amarah.

"Eh, tuan… rosaklah muka dia tu." Satu suara garau menyampuk, sinis. Dari arah halaman, kedengaran deruman enjin Ferrari 488 GTB warna merah hati yang baru berhenti di perkarangan banglo. "Takkan nak bagi saya barang cacat?" Sambungnya lagi, Pak Jais menunduk hormat, membiarkan sosok lelaki segak berkemeja dengan kaca mata hitam itu melintas penuh wibawa di hadapannya.

Adrian berpaling, kerut dahi jelas. "Eh kau… Silas Veyron?"

"Yeah, it’s me." Lelaki itu tersenyum sengih, menanggalkan kaca mata hitamnya sebelum membuka butang kot hitam yang membaluti tubuh segaknya. Pandangannya dilempar pada Syifa yang masih terduduk lemah. "Saya datang nak ambil barang dari rumah. Nampak macam barang saya dah mendapat sesakan pembelian." Nada angkuhnya sarat dengan sindiran.

Adrian tidak menjawab, wajahnya masih berkerut.

Veyron hanya ketawa kecil. "Don’t worry. My business."

Kemudian, pandangan matanya singgah tepat pada Syifa. Sinisnya berubah pada satu lirikan penuh maksud. "Shall we take our leave, my future bride?"

Dahi Syifa berkerut. Future bride? Jantungnya berdetak keras. Dia segera mendongak, matanya membulat saat menatap wajah lelaki itu, Reza Zafri? Cikgu ganti yang pernah hadir di sekolahnya. Tapi… bagaimana? Apa semua ini?

Adrian tidak membiarkan dia termenung lama. Dengan kasar, tubuh Syifa ditarik berdiri dan ditolak ke hadapan. Kakinya hampir tersandung, namun secepat itu, Veyron menyambutnya ke dalam dakapan kemas. Nafas Syifa terhenti, tubuhnya kaku. Lengan lelaki itu melingkar erat pada pinggangnya.

"I’ve made myself clear, I don’t want what’s ruined," ujar Veyron dingin, matanya tajam menikam Adrian.

Adrian membalas dengan nada angkuh, "We settle this now. You may go."

"Shit." Veyron mengukir senyuman sinis, lalu menolak lembut tubuh Syifa agar berdiri tegak semula. Matanya menatap wajah gadis itu dengan senyuman tipis, sebelum berbisik, "A man’s life loses all value the moment I choose to end it, doesn’t it?"

Syifa hanya diam, matanya dingin, tidak memberi reaksi. Lelaki itu mencebik, seakan terhibur dengan sikap dingin gadis itu, lalu meraih tangan Syifa—berlapik kain—dan membawanya pergi.

Tubuh Syifa terhuyung-hayang, dipaksa mengikut langkah panjang Veyron. Sebelum masuk ke kereta, lelaki itu sempat menoleh, pandangannya aneh, hampir keliru. “Hey, dear… why does your face look so utterly helpless?” gumamnya, matanya melirik dari atas ke bawah seolah-olah mencari sesuatu yang hilang.

Dia menghela nafas berat, kemudian pandangan dilempar ke arah sebuah McLaren 720S hitam yang terparkir di luar pagar. Di bawah pokok besar berhampiran jalan, berdiri satu sosok gelap—tegak, diam, namun penuh misteri.

“Oh… looks like someone’s about to join us.” Bibir Veyron terukir senyuman sinis. Dia membuka pintu penumpang untuk Syifa, menolak tubuhnya perlahan agar duduk. Syifa bersandar ke kerusi, nafasnya berat.

“Come on, dear. Buckle up. I don’t give second warnings when I floor it.” Dia sendiri memasangkan tali keledar pada Syifa, senyuman sinis tidak lekang, sempat pula mengenyitkan mata nakal sebelum menutup pintu.

Tatapannya kembali pada sosok lelaki gelap di bawah pokok itu, sebelum dia masuk ke kerusi pemandu. Enjin Ferrari 488 GTB itu meraung garang, dan dengan dingin Veyron menekan pedal minyak. Deruman itu memecah hening, tayar bergeser meninggalkan jejak hitam di atas jalan, sebelum kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan banglo.

Dalam sekelip mata, kereta McLaren hitam itu kian menjauh di cermin sisi, ditinggalkan jauh di belakang. Namun, dari balik bayang pokok besar itu, sosok gelap tadi hanya tersenyum sinis—senyuman yang menyimpan janji bahaya.

Tanpa terburu, lelaki itu melangkah masuk ke dalam kereta hitamnya, enjin mengaum, lalu memburu arah yang sama, menjejaki Ferrari merah hati yang sudah menghilang dari pandangan.

Dua kereta sport itu meluncur bagaikan dua ekor binatang buas yang dilepaskan dari rantai. Deruman enjin Ferrari 488 GTB milik Veyro bergema garang di sepanjang lebuh raya, tayarnya membelah jalan raya dengan penuh angkuh. Lelaki itu memandu dengan senyuman sinis terukir di bibir, seolah-olah kelajuan itu hanyalah permainan kecil di hujung jarinya.

Syifa yang duduk di kerusi penumpang tercari-cari grab handle, namun hampa. Yang ada cuma seat kulit keras, tali pinggang keledar, dan doa yang tak putus-putus. Kereta itu membelah jalan, setiap selekoh diratah. Nafasnya turun naik, mata hanya mampu berkelip menahan jeritan yang tersangkut di kerongkong.

Dan yang celaka, lelaki di sebelahnya memandu seakan mahu bertemu Ilahi sedangkan Syifa sudah lebih dahulu merasa malaikat maut menunggu di hujung dashboard. Tubuhnya terhuyung-hayang, hampir terhumban setiap kali kereta itu memotong kenderaan lain dengan kasar. Nafasnya tak teratur, dada naik turun menahan goncangan, namun Veyro sedikit pun tidak menunjukkan belas kasihan bagi lelaki itu, setiap selekoh dan potongan hanyalah pentas untuk menunjukkan dominasinya.

Di belakang, kereta McLaren 720S hitam tidak kalah garang. Bunyi enjinnya yang rendah dan dalam mengekori rapat, seolah-olah mencabar Ferrari itu agar tidak melepaskan dirinya terlalu jauh. Kedua-duanya meluncur seakan perlumbaan tanpa garisan penamat, mencipta huru-hara di jalan raya malam yang sepi.

Hujung jalan, satu selekoh tajam menanti. Veyro mengukir senyuman tipis, lalu menekan pedal minyak sehingga kereta meraung bagaikan binatang yang diusik marah. Klik! Tali pinggang keledar Syifa ditarik kasar oleh tangan lelaki itu, tubuhnya dipaksa jatuh ke arah dadanya. Mata Syifa terbuntang luas, tangannya refleks menahan agar wajahnya tidak terbenam ke dada lelaki itu.

Kereta itu terangkat sedikit ketika mengambil selekoh dengan drift sempurna, pusingan yang terlalu berani untuk seorang pemandu biasa. Namun mata Veyro sempat melirik ke cermin sisi dan di situ, bayangan McLaren hitam juga mengambil selekoh itu dengan kemasan yang sama, tanpa goyah sedikit pun. Wajah Veyro berubah, terkejut bercampur amarah, lalu menekan pedal minyak lebih dalam.

"See that pathetic driver? Handles a real car like it’s nothing more than a toy," ujarnya geram, giginya mengetap sambil melempar senyuman sinis.

Tatapannya jatuh pada Syifa yang masih terperangkap dalam pelukannya, wajah gadis itu pucat. "Ah, small fry… I almost forgot where you truly belong," tambahnya dengan nada mengejek. Tiba-tiba, dia memotong sebuah kereta di hadapan dengan sangat kasar, membuat tubuh Syifa terhumban ke arah cermin. Namun sebelum wajahnya tersembam, baju di belakangnya ditarik kuat oleh Veyro sehingga lehernya tersentak.

"Oh, my bad," katanya polos, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Syifa segera memasang kembali tali pinggang keledar, menarik nafas panjang sambil memegang lehernya yang masih sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience