Series
6301
Ruang itu sunyi, hanya bau anyir darah yang menusuk tajam memenuhi udara. Lantai marmar yang dahulunya berkilau kini bertukar ngeri, dipenuhi kesan merah pekat yang mengalir bercantum-cantum seperti sungai hitam. Seorang remaja lelaki, tidak lebih belasan tahun, terpaku di tempatnya. Dia menyaksikan sendiri bagaimana budak perempuan itu dengan gerakan sekelip mata memenggal kepala pembantu wanita tersebut. Tiada senjata jelas di tangannya, namun melihat kuku-kuku tajam yang memanjang seperti cakar binatang, mungkin itu senjata paling menggerunkan.
Budak itu menoleh perlahan, mata merahnya bersinar redup seperti bara yang menyala, urat hitam pekat menjalar di seluruh kulit wajah dan lehernya. Tatapan matanya memburu, seakan menilai mangsa seterusnya. Mikael berdiri kaku di ambang pintu yang terbuka sedikit, tubuhnya seolah tergam di tempat itu. Dia menelan liur, matanya terkebil-kebil tidak percaya dengan apa yang baru saja dilihatnya.
Dengan langkah berat, Mikael cuba melarikan diri, namun belum sempat kakinya diatur, tubuhnya ditarik kasar. Dia ditumbangkan ke lantai, bahunya menghentam keras hingga mengerang kesakitan. Aurora menindih tubuhnya, nafasnya pendek, liar.
Di tangannya kini tergenggam sebatang gunting, entah sejak bila benda itu muncul. Besi tajam itu diangkat tinggi, bersedia mencunam laju ke leher Mikael. Panik, Mikael memejamkan matanya erat, menahan nafas, menunggu detik akhir menjemput maut.
Namun beberapa saat berlalu, tiada sakit menusuk. Sebaliknya, tubuh kecil itu terkulai rebah ke dadanya. Mikael segera membuka mata, bingung. Pandangannya liar mencari penjelasan.
Di ambang pintu, tegak berdiri sosok Adrik. Wajahnya tenang, tidak terusik. Pada jarinya masih terselit jarum kaca yang berkilau samar. Mikael sempat mengerling tajam ke arah benda itu, mungkin cecair di dalamnya yang membuatkan tubuh budak perempuan itu tumbang.
"Kau tak apa-apa?" soal Adrik, tenang dengan senyuman tipis di bibir. Dia melangkah masuk, duduk rendah, lalu mengangkat tubuh Aurora dengan cermat dari dada Mikael.
Mikael masih terpinga. Dia tidak menjawab, hanya mengekori gerak-geri Adrik dengan mata. Lelaki itu membaringkan Aurora kembali ke atas tilam, tubuh kecil itu diselimuti semula seakan suasana ruang ini bukanlah dipenuhi mayat dan darah yang melimpah.
Mikael menelan liur, rasa pahit menusuk kerongkong. Perlahan dia bangkit duduk. Adrik, dengan wajah tanpa riak, memasang botol infusi baharu. Cairan jernih dalam larutan garam itu bertukar hijau pucat setelah disuntikkan cecair tambahan. Jarum halus dipasang pada tangan budak perempuan itu, dan perlahan cairan hijau mengalir masuk ke uratnya.
"Siapa budak perempuan tu?" suara Mikael akhirnya pecah, serak. Dia berdiri, memandang Adrik yang masih sibuk di sisi katil.
Adrik menjawab datar, tanpa menoleh.
"Khawla Syifa. Ahli keluarga baru anda."
Kening Mikael terjongket, terkejut mendengar kenyataan itu. "Apa maksud kau?" soalnya ingin kepastian.
Adrik berhenti sejenak, lalu menoleh perlahan. Senyuman tipis kembali singgah di wajahnya, kaca matanya ditolak ke atas batang hidung mancung.
"Buat masa ini, dia akan tinggal di sini untuk pemulihan. Setelah dia lulus ujian, barulah dia menjalani kehidupan seperti orang lain."
Tatapan mereka bersilang.
"Tuan Ichiro akan jelaskan selebihnya," sambung Adrik, nadanya dingin. "Dan berkaitan situasi yang kau lihat tadi… percayalah, selepas ini ia akan menjadi kebiasaan."
Dia kemudian melangkah mendekati Mikael, berhenti di sisinya. Bahu Mikael ditepuk perlahan, namun ucapannya seterusnya menusuk lebih tajam daripada apa pun.
"Dia perlu terkawal, Mikael. Atau dia akan membunuh kita semua."
Adrik berlalu, meninggalkan bau ubat-ubatan bercampur dengan anyir darah.
Mikael berdiri tegak, dahinya berkerut. Kata-kata Adrik berulang-ulang bergema di kepalanya. Perlahan pandangannya jatuh semula kepada tubuh budak perempuan itu yang kini terbaring diam, bagai mayat hidup.
Mikael menarik nafas panjang, berat, sebelum akhirnya melangkah pergi.
Di luar penthouse mewah yang menjulang tinggi, malam itu tampak indah namun dingin. Di dalam lorong menuju ke pejabat Lucian Greyford, langkah Haris terdengar tenang dan berat. Kemeja hitam yang membalut tubuhnya seakan menyerap segala cahaya lampu, menjadikan sosoknya kelihatan semakin suram.
Dia berhenti tepat di hadapan pintu besar berukir elegan. Seorang pengawal peribadi yang bertubuh sasa segera mengangkat tangan, memberi isyarat agar Haris tidak meneruskan langkah. Haris berdiri tegak, tidak membantah, hanya menunggu dengan wajah kaku tanpa emosi. Pengawal itu mengetuk dua kali, bunyinya bergema singkat, lalu beredar tanpa sepatah kata.
Beberapa detik kemudian, ruang itu bergema dengan suara ketawa wanita, renyah, mengganggu sunyi malam. Pintu terbuka perlahan dari dalam. Muncul seorang wanita dalam lingkungan usia tiga puluhan, berpakaian menjolok mata. Dia melirik Haris dengan senyuman tipis, bibirnya merah menyala. Jemari halusnya mengetuk perlahan tangan Haris dengan hujung jari telunjuk, seakan menggoda, sebelum dia berlalu pergi meninggalkan ruang itu, meninggalkan jejak aroma minyak wangi yang pekat dan menusuk.
"Come." Suara berat, datar, bergema dari dalam.
Tanpa ragu, Haris melangkah masuk. Pintu ditutupnya rapat. Bau alkohol bercampur wangian wanita tadi masih melekat di udara, menyesakkan dada. Haris terus duduk di sofa empuk yang tersedia, tubuhnya bersandar malas namun matanya tetap tajam.
Lucian muncul dari arah lain, rambutnya sedikit kusut, kemeja putihnya senget tidak berbutang kemas. Riak wajah Haris tidak berubah, hanya sempat mengerling seketika. Dia tahu benar, lelaki itu baru sahaja bersama wanita tadi. Tetapi hal peribadi ayah angkatnya bukanlah sesuatu yang dia pedulikan. Lucian Greyford memilih hidup bujang kerana itu, dia bebas menikmati sebanyak mungkin wanita, berganti tanpa rasa bersalah.
"Did I bring you in too early? Seems I was a little too eager to find out," ujar Lucian sinis, sambil duduk bertentangan dengan Haris. Tangannya bermain-main dengan gelas wain, memutarkan perlahan cecair merah pekat di dalamnya.
Haris membalas dengan sekadar gelengan kepala. Tiada kata. Lucian mencebik, seolah tidak terkejut dengan respons dingin itu.
"Mereka semua hidup berpegang pada harapan, kononnya cinta akan datang menyelamatkan mereka," ujar Lucian perlahan, matanya masih menatap wain yang berpusing di dalam kaca. "Tapi hakikatnya, cinta itu tidak pernah wujud. Lelaki hanya gilakan perempuan murahan. Dan akhirnya? Mereka tetap akan menikahi wanita yang punya nama, kedudukan, dan terpandang."
Kata-katanya penuh bisa. Dia meneguk sekali gus wainnya, sebelum meletakkan gelas itu dengan bunyi halus di meja di antara mereka. Pandangannya kembali tertumpu ke arah Haris, dingin, seolah langsung tidak terganggu dengan pengakuannya sendiri.
"So… you’ve found your choice, have you, son?" sindir Lucian, menyoal dengan nada yang terlalu tenang, terlalu menusuk.
Tatapan Haris tidak berganjak. Suaranya datar, tanpa riak.
"To make her a prisoner, I need confirmation to keep her." Dia berhenti seketika, senyum sinis menguntum di bibirnya. "Aku tahu, bukan itu jawapan yang kau mahu dengar."
Lucian menyilangkan kakinya perlahan, wajahnya berubah kaku. "Nampaknya kita tidak dapat apa-apa pun daripada semua usaha penelitian kau selama ini?" katanya dingin.
Dia tahu eksperimen yang dijalankan Haris ke atas wanita itu tidak membuahkan hasil seperti yang mereka harapkan. Namun Haris tetap tenang, wajahnya tidak menunjukkan walau sedikit pun rasa kecewa. Malah seakan ada sesuatu yang disimpannya, rahsia yang membuatkan dia kelihatan yakin, seolah-olah kegagalan ini bukanlah titik noktah.
Lucian merenungnya tajam, bibirnya terherot dengan senyuman sinis yang penuh makna.
Ruang itu kembali senyap, ketenangan memenuhi udara antara tatapan datar yang penuh permainan dan seorang lagi yang menyorot dengan rahsia tersimpan. Haris tidak segera menjawab. Matanya sekadar melirik sekilas pada sebuah gambar di meja, memaparkan dirinya bersama Lucian, berdiri tegak dalam satu bingkai. Gambar itu tersusun rapi, sebelum Haris mencebik sinis.
"I know you won’t throw me away… after all, I’ve saved plenty for you," ujar Haris dengan nada lirihnya. Lucian mengangkat kening, seakan terhibur dengan ucapan anak angkatnya itu.
"Walaupun semua tak berjalan seperti yang diinginkan, ia belum menunjukkan jalan buntu. Kami menemuai ubat terkawal, Somnix. Ubat ini biasa digunakan pada monster untuk melemahkan tubuh mereka, itu menandakan dia pernah hilang kewarasan," kata Haris tenang, benaknya kembali teringatkan bagaimana wanita itu melawan musuhnya tanpa berfikir dua kali.
Haris mengeluarkan telefon bimbitnya, meletakkannya di atas meja kaca di hadapan mereka. Lucian berkerut, menatap video yang terhenti menunggu sentuhan untuk dimainkan. Tanpa menunggu lama, Lucian mengambil telefon itu dan menekan butang play.
"Dua video itu menunjukkan dia mempunyai kekuatan luar biasa melawan lelaki-lelaki itu, selepas saya memberikan Nexorin-Diol," ujar Haris datar.
Video pertama menayangkan Syifa melawan sekumpulan lelaki kawan Mirul, manakala video kedua menunjukkan dia melawan Aisy dan Aqil. Lucian menatap dengan minat, sebelum mengalihkan pandangan ke Haris, meminta penjelasan selanjutnya.
"Kau tahu Nexorin-Diol hanya digunakan untuk expel rimen terlarang, bagaimana kau boleh fikir untuk memberikan itu?" soal Lucian, datar, sambil meraup rambut depannya ke belakang.
"Saya dapat tahu dia sebahagia dari laporan Dr. Hill yang diselamatkan oleh Dr. Ichiro dulu. Mereka mungkin menyembunyikan tubuh asalnya. Nexorin-Diol boleh membangkitkan perubahan dalam tubuh, memecahkan pertahanan ubat yang melindunginya untuk kembali ke bentuk asal," jelas Haris.
"Intriguing. Care to share your plan?" soal Lucian, senyum sinis mula melorek di hujung bibirnya.
"Visit from time to time and see… because talking alone just makes you second-guess," jawab Haris datar sebelum berdiri. Mendengar itu, Lucian sedikit tersentak, lalu mencebik gelak kecil.
Haris tidak menunggu sebarang respons lagi, semua yang dijelaskan sudah cukup jelas untuk Lucian memahami. Langkahnya meninggalkan ruang itu, meninggalkan Lucian yang menatap sosok budak yang dulu dia kutip, kini sudah dewasa. Sosok itu hilang, dan ruang itu kembali sunyi.
Lucian bersandar di kepala sofa, benaknya mula mengembas kembali memori ketika pertama kali dia menemui Haris di jalan hujan. Tubuh budak itu kurus kering, hanya tinggal kulit dan tulang, berjuang bertahan hidup. Lucian, berselubung kot hitam, duduk dengan satu kaki ke depan, memayungi tubuh kecil Haris yang kesejukan di dinding bangunan agar tidak basah. Haris ketika itu hanya diam, tubuhnya diangkat oleh pengawal lelaki itu.
"I find pieces of myself within you," ujar Lucian dengan nada sinis, sebelum mengarahkan pengawalnya membawa Haris menuju keretanya. Haris, yang ketika itu lemah, hanya menunduk, menerima takdirnya.
Share this novel