Series
6301
Di dewan megah yang kini dipenuhi dengan bau darah dan keheningan pasca pertempuran, satu derapan langkah perlahan mula bergema. Bunyi tapak kasut menghentam lantai dengan irama tenang namun menggetarkan, seolah-olah setiap jejak membawa bersama tekanan yang sukar dijelaskan. Seseorang sedang melangkah masuk.
Czar Alexe
Langkahnya tegap, tenang, namun setiap gerakan membawa aura yang menyelimuti seluruh ruang, mencuri perhatian walaupun hanya dalam bisu. Tatapan matanya dilempar ke seluruh dewan yang kini berselerakan dengan jasad dan senjata. Darah mengalir bagai lukisan suram atas lantai marmar dingin itu. Dan di atas sana, di takhta yang gah di hujung dewan, terbaring tubuh seorang lelaki, Edward.
Alexe menghampiri perlahan. Matanya tidak berkelip, memerhati tubuh itu yang masih terbaring, seolah-olah tidak bernyawa. Namun Alexe tahu lebih baik daripada sesiapa, Edward bukan lelaki biasa. Dia ialah mutasi, dan luka menembusi jantung sekalipun bukan penghujung bagi makhluk seperti itu.
Dengan wajah kosong, Alexe menunduk sedikit, memerhati wajah Edward, sebelum mencebik sinis. Tanpa bicara, dia menarik keluar pedang yang masih tertancap dalam dada lelaki itu. Bunyi pedang itu diseret dari daging mengisi ruang seketika.
Edward membuka matanya perlahan. Nafasnya berat, tetapi matanya menyala dengan amarah. Namun senyuman sinis tetap terbit di bibirnya, cuba meredakan suasana tegang yang jelas sedang memuncak.
"Huh... I see you’re still grumpy as hell." ucap Edward selamba, seakan mencabar.
Namun Alexe tidak tertipu. Tatapannya kekal tajam, membakar, mencerlung tepat ke dalam mata Edward yang kini perlahan duduk menjauh, cuba mewujudkan jarak. Dia kenal lelaki itu luar dan dalam. Edward mungkin genius dalam makmal, saintis mutasi yang licik, tetapi dia juga pengecut apabila terdesak. Dan dia juga tahu bahawa luka di dadanya akan sembuh dalam beberapa minit, selagi tiada sesuatu yang benar-benar mampu menyekat kekuatannya.
"¿Dónde está esa chica? (Mana budak tu?)" soal Alexe, suaranya garau dan tegas. Amarah yang terkawal itu membuatkan aura sekeliling jadi berat.
Edward menjungkit bahu sambil menyapu rambut depannya ke belakang. Wajahnya masih menunjukkan sikap acuh tak acuh seperti tiada apa berlaku.
"Lo viste tĂş mismo... cĂłmo causĂł el caos aquĂ. ÂżCrees que yo podrĂa detenerla? (Kau tengok sendirikan... macam mana dia buat kucar-kacir kat sini. Kau fikir aku boleh halang dia?)" balasnya selamba, seakan tidak mahu berbicara lebih lanjut tentang hal itu.
Namun kata-kata itu hanya membakar lebih dalam ke dalam dada Alexe. Tangan kirinya mula mengepal, dan dalam sekelip mata, bilah pedangnya yang kini bersinar merah terang, sudah pun teracung ke arah Edward. Bilah itu bukan sebarang senjata. Ia dicipta khusus untuk menewaskan makhluk mutasi. Dan Edward tahu itu.
"¡Puedo obligarte a decir la verdad, maldito! (Aku boleh paksa kau bercakap jujur, sialan!)" tengking Alexe garang, suaranya mengaum dalam dewan sunyi. "¡Dime la verdad de una vez! (Beritahu aku hal yang sebenarnya?!)"
Edward menarik nafas, sebelum mengangkat kedua-dua tangannya tinggi, seolah-olah menyerah kalah. Namun senyuman tetap tidak lekang dari wajahnya.
"Esa chica ya se escapó. (Budak tu dah lari.)" Ucap Edward dengan sinis, penuh nada mencabar. "No pudiste detenerla… como lo hiciste con la doctora Hill…(Kau tak boleh tahan dia… macam mana kau buat kat Doktor Hill…)"
Belum sempat ayatnya habis, bilah merah menyala itu menikam tepat ke dadanya sekali lagi.
Jeritan keluar dari kerongkong Edward. Pedang itu menusuk jauh lebih dalam dari sebelumnya. Tubuhnya menggeletar, darah memancut dari luka yang tidak dapat sembuh seperti biasa. Bilah itu anti-penyembuhan, direka khas untuk menghapus kekebalan manusia jadian. Edward tahu itu… dan tetap memilih untuk mencabar Alexe.
Kini dia kembali melutut, darah membuak di bibirnya. Tangannya menekan dada, cuba menahan kesakitan yang luar biasa. Matanya memerah, menahan amarah yang tak tertanggung.
Tatapan mereka bersabung. Edward yang tercedera, dan Alexe yang berdiri dengan bilahnya masih menitik darah merah pekat. Tidak ada belas. Tidak ada maaf.
Hanya dendam lama… dan rahsia yang belum terjawab.
"No te pedĂ que revivieras el pasado, maldita. Ahora dime lo que sabes sobre esa chica. (Aku tak minta kau imbas masa lalu, sialan. Sekarang, bagi tahu aku apa yang kau tahu tentang budak tu,)" ujar Alexe dengan nada yang penuh amarah. Suaranya bergema lantang dalam dewan megah yang kini sudah sunyi, hanya diisi bau darah dan jasad yang tidak bernyawa. Tanpa memberi ruang untuk Edward berhelah, Alexe menekan bilah pedangnya menusuk lebih dalam ke dada lelaki itu.
Jeritan Edward memecah keheningan. Pedang itu menghiris jauh, mencederakan organ dalamnya. Bahangnya seakan membakar dari dalam, membuatkan urat-uratnya menegang, menembus permukaan kulit seperti ingin keluar. Tubuhnya bergetar hebat menahan rasa sakit. Alexe hanya mengukir senyuman tipis, dingin dan puas melihat lelaki mutasi itu akhirnya merasai azab sebenar.
Namun tiada belas kasihan. Tekanan pada bilah semakin dalam, mendesak Edward menjawab soalannya.
"La chica... esa chica... (Budak… budak tu…)" suara Edward tersekat-sekat. Nafasnya tercungap, dan darah mula meleleh dari sudut bibirnya. Namun senyuman tetap muncul di wajahnya.
"Se convirtió en un monstruo desde que estaba en el vientre... sabes a lo que me refiero, ¿verdad? (Dia sudah jadi monster sejak dalam kandungan lagi… kau tahu maksud aku, kan?)" ujar Edward, kini matanya melirik ke arah Alexe dengan sinar licik yang menyimpan dendam lama. Kata-katanya tidak disusun sekadar provokasi, tapi sebagai panah yang menusuk dalam ke hati Alexe.
Mata Alexe menajam, dan tanpa membuang masa dia menarik keluar pedangnya dari dada Edward. Darah memancut namun Edward masih belum tumbang. Alexe melutut, menarik kolar baju Edward kasar-kasar, menggenggam erat sambil wajah mereka kini hampir bertemu.
"¿Quién empezó? (Siapa yang mula?)" desis Alexe perlahan tapi tegas.
"La primera persona que usĂł el Suero de MutaciĂłn, Proyecto VantaCell-09... fue la Doctora Hill. (Orang pertama yang gunakan Serum Mutasi, Projek VantaCell-09... ialah Doktor Hill.)" Edward menyeringai. Wajahnya tampak puas, walau tubuhnya sedang dicengkam kesakitan yang tak tertanggung. Matanya bersinar penuh makna, ada sesuatu dalam ucapannya yang ingin disampaikan secara langsung ke dalam jiwa Alexe.
Mata Alexe terbuka luas, seperti disambar petir. Tangan yang menggenggam kolar Edward melonggar. Dia terduduk sesaat, sebelum berdiri tegak, wajahnya membatu. Nafasnya berombak tidak teratur, dada sesak menahan maklumat yang terlalu berat untuk dicerna.
Tanpa sepatah kata, Alexe merogoh sakunya dan mengeluarkan sebutir kapsul ubat penyekat rasa sakit dan penyembuh mutasi. Dengan gerakan pantas, dia melemparkannya ke arah Edward.
Edward menyambut ubat itu dengan lemah namun tangkas, terus memasukkannya ke dalam mulut. Beberapa detik kemudian, tubuhnya yang menggigil mula mengendur, nafasnya kembali stabil sedikit demi sedikit. Namun matanya masih tajam, penuh ejekan, tidak puas selagi tidak dapat melihat Alexe tumbang oleh emosi sendiri.
Alexe, masih berdiri di tempatnya, hanya menatap datar ke arah lelaki itu. Tubuhnya tegang. Kata-kata Edward berputar dalam fikirannya, VantaCell-09. Doktor Hill. Budak itu…
Dia mula melangkah perlahan, meninggalkan Edward yang masih bernafas tercungap di belakangnya.
"ÂżTe arrepientes de haber sabido esta verdad? (Apakah kau menyesal mengetahui kebenaran ini?)" suara Edward tiba-tiba menembus senyap, sinis dan menguji, dari belakang tangga besar itu.
Langkah Alexe terhenti.
Dalam fikirannya, bayangan itu kembali, rumah yang berselerak, darah yang memenuhi lantai, tubuh Dr. Medeia yang terbujur dengan mata masih terbuka, menghadapnya dengan sisa nafas yang terakhir. Dan di sebelahnya, seorang budak… berlumuran darah, berdiri terpinga-pinga. Apakah benar budak itu anaknya? Dan lebih dari itu… apakah budak itu pembunuh Medeia?
Segala memori yang cuba dikunci selama ini kini merayap keluar, menyerang setiap penjuru hatinya.
"¿Ja... una pequeña reunión familiar, eh? (Hah… pertemuan semula keluarga kecilkah?)" ujar Edward dari bawah, mengejek, senyumannya melebar seolah-olah puas melihat Alexe mula goyah.
Alexe memejam mata seketika. Dia tahu ini perang psikologi. Dia tahu Edward hanya cuba menjatuhkannya dengan kata-kata. Tapi untuk sekali ini, kata-kata itu terlalu dekat. Terlalu benar.
Namun Alexe tidak menoleh. Tidak juga memberi sebarang amaran. Dia tahu tiada gunanya membalas. Edward akan terus berkata-kata… hingga ke akhir hayatnya.
Maka dengan langkah berat dan dada yang menanggung beban kenyataan yang baru diterima, Alexe terus berjalan meninggalkan dewan berdarah itu. Tanpa kata. Tanpa dendam yang reda. Hanya dengan luka yang kini lebih dalam dari mana-mana tusukan pedang yang pernah dia alami.
Satu cahaya biru memancar terang di tengah keheningan malam, menyuluh ruang hutan seketika sebelum lenyap secepat kilat, seolah-olah ditelan bumi. Udara kembali sepi, dan di tengah bulatan kecil dipenuhi dedaun kering, tubuh seorang gadis berdiri terpinga-pinga, Syifa.
Dia berkelip beberapa kali, cuba menyesuaikan pandangan dengan kegelapan yang menyelubungi. Di mana dia? Pandangan mata meliar ke sekeliling. Tidak lama kemudian, dia mengenal pasti tempat itu. Ya, ini hutan, hutan tempat latihannya, tempat asal sebelum segala episod ngeri dalam menara bermula. Suasana gelap, hanya diterangi cahaya bulan yang malap dan sesekali terlindung oleh awan bergerak perlahan di langit.
Syifa menghela nafas panjang lega, lelah dan penuh beban yang ditinggalkan di belakang. Tanpa ragu, dia membenamkan tubuh ke tanah, membiarkan dirinya rebah di atas dedaun kering yang berselerakan. Matanya menatap langit yang mula diselaputi awan gelap. Bayangan bulan menghilang, dan kegelapan memeluk hutan sepenuhnya.
Dalam gelap itu, Syifa tersenyum. Tipis dan hening. Ia bukan senyuman kemenangan, tetapi satu rasa lega kerana akhirnya dia bebas dari neraka yang bernama menara itu.
Perlahan-lahan dia bangun, duduk bersandar pada batang pohon. Nafas ditarik sekali lagi, lebih dalam. Rasa perit mula menjalar pada tubuhnya. Darah kering melekat pada kulit, luka-luka terbuka menyengat dingin malam. Dia sedar sepenuhnya, dia telah gagal. Tubuhnya memberi jawapan yang tidak mampu disembunyikan. Kecederaan di perut dan lengan cukup untuk membuktikan ujiannya tidak sempurna kali ini.
Namun tidak ada riak penyesalan. Tidak juga sedih.
Sebaliknya, perasaan aneh yang tidak pernah dia alami mula timbul, ini bukan kekalahan biasa. Ini adalah kegagalan yang sebenar, yang untuk kali pertama tidak ditutup dengan kepura-puraan atau keangkuhan. Mungkin kegagalan ini lebih lantang daripada semua kemenangan yang pernah dia raih. Mungkin ini… hadiah untuk datuknya, yang tidak pernah menghargai walau satu pun kemenangan yang dia peroleh.
Dan jika hukuman menanti, maka biarlah. Dia sudah tidak peduli.
Syifa berdiri perlahan, tubuhnya mengaduh perlahan namun tetap teguh. Dia tahu jalan itu. Walaupun samar-samar, langkah kakinya tetap menemukan arah. Cahaya bulan, walau tipis, cukup membimbingnya di antara celahan pohon dan akar menjalar.
Beberapa minit kemudian, di sebalik rimbunan pokok, rumah agam itu mula kelihatan. Gagah dan sunyi dalam bayang pagi yang belum menyingsing sepenuhnya. Syifa menghampiri sebuah pokok besar tidak jauh dari situ, bersandar sejenak. Masih ada beberapa minit sebelum waktu yang ditetapkan datuknya untuk dia kembali.
Tangannya bergerak membuka jaket yang menyelimuti tubuhnya penuh kesan debu, darah dan koyakan. Dalam cahaya samar, luka di perut kiri dan lengan kiri tampak jelas. Tidak boleh dibiarkan terbuka. Dia meraba ke bawah buku lali dan menarik keluar pisau lipat yang disorokkan di situ, sebelum mula memotong bahagian dalam jaket yang mempunyai lapisan kain lebih tebal.
Balutan segera dibuat. Luka diperut dibalut kemas dengan cebisan jaket, diikuti luka di lengannya. Pergerakannya cermat, pantas bukan kerana ingin pulih, tetapi kerana dia tahu, waktu telah hampir. Dia perlu sampai tepat pada masanya, walaupun keseluruhan markahnya pasti ditolak kerana kecederaan ini.
Langit mula bertukar jingga, cahaya matahari pertama menyimbah di celahan ranting. Dengan tubuh yang masih terasa perit dan lelah yang bersisa di mata, Syifa mula melangkah.
Langkahnya menuju kembali ke rumah itu, bukan sebagai pemenang, bukan juga sebagai mangsa tetapi sebagai seseorang yang telah melihat sisi gelap dunia yang selama ini tidak pernah dia jangkakan. Dan kini, dia kembali… membawa luka, dan mungkin, kebenaran yang selama ini tersembunyi di sebalik darah.
Share this novel