Series
6301
Kata-kata lelaki itu terucap dengan tenang, terlalu tenang sehingga kedengaran seperti ancaman. Syifa berkerut, memandang sekeliling. Tidak ada jalan. Tidak ada tanda-tanda kehidupan. Hanya kabus dan tebing yang menggantung di antara langit dan jurang.
"Permainan apa?" gumamnya perlahan. Suaranya hilang dibawa angin dingin yang menampar lembut secara tiba-tiba kewajahnya.
Haris berhenti melangkah. Perlahan dia berpusing menghadap Syifa, lalu mengangkat lengannya. Di tengah nadinya, dua garisan hitam terukir jelas, seolah diukir dengan tinta yang tak pernah pudar.
"Setiap manusia ada sisi yang mereka sembunyikan," katanya perlahan, matanya menatap tepat ke dalam mata gadis itu. "Dan kadang-kadang, rahsia itu bukan tentang siapa kita… tapi tentang siapa yang kita terpaksa jadi."
Mata Haris mencerlung sedikit, ada sesuatu yang berat dan tak terucap di balik renungan itu. Syifa terpaku. Dalam kekosongan pandangan lelaki itu, dia dapat merasakan sesuatu, seolah ada badai yang bersembunyi di sebalik ketenangan itu.
"Line hitam itu untuk apa?" soalnya nada suaranya serak, berhati-hati.
Haris mengangkat sedikit bibirnya, senyum sinis yang tampak seperti menyimpan rahsia dunia. Anehnya, ada sesuatu yang menjalar halus dalam dirinya saat mendengar suara gadis itu, sesuatu yang tak sepatutnya dia rasa.
"Line kehidupan," jawabnya ringkas.
Dia menurunkan tangannya perlahan. "Jika kau masuk ke dalam permainan ini, kau akan diberi tiga peluang untuk hidup. Setiap kesakitan, setiap detik yang berlaku di bawah sana, semuanya nyata. Jika kau mati di sana, tiada siapa akan mampu menarik kau keluar dari neraka itu. Tapi kalau kau bertahan… dan masih ada garisan yang tersisa di tangan kau, maka kau akan keluar dalam keadaan sama seperti yang kau alami di dalam sana."
Syifa tidak membalas. Hanya berdiri diam, pandangannya tajam namun sunyi. Dalam renungan itu, Haris terasa seolah-olah sedang dihakimi bukan oleh manusia, tapi oleh sesuatu yang lebih dalam, lebih murni… seperti jiwanya sendiri.
Haris berpaling perlahan, menatap tepat wajah gadis itu. Suaranya kali ini lebih rendah, tetapi ada ketegasan yang menggigit di setiap perkataan.
"You want to survive, Syifa?"
Syifa menatapnya balik, pandangan mereka bertaut dalam kabut yang tebal dan dingin itu.
"Then learn this," Haris bersuara lagi, tenang namun tajam seperti pisau yang baru diasah. "Mercy is a luxury only the dead can afford."
Kabus berputar di sekeliling mereka, perlahan namun pekat, seolah-olah dunia turut membisu untuk mendengar pertarungan senyap antara dua jiwa yang sedang berdiri di ambang sesuatu yang tak pasti.
Dan di antara kesunyian itu, permainan telah pun bermula tanpa amaran, tanpa jalan pulang.
Syifa masih memandang lelaki itu. Tatapan Haris, tajam dan tak berkelip, terasa seperti pisau yang menghiris lapisan demi lapisan pertahanannya. Namun gadis itu tidak berganjak, malah bibirnya terukir senyum sinis yang menggigit.
"Lucu…" ujarnya perlahan, namun cukup jelas untuk sampai ke telinga lelaki itu. "Kau cakap seolah-olah kau dah pernah mati. Atau mungkin kau salah satu dari mereka yang mati, tapi hidup semula… cuma untuk rasa rahmat yang kau agungkan tu."
Nada Syifa kedengaran bersahaja, tapi ada sindiran halus yang menusuk antara tiap perkataan. Suasana yang tadi dingin kini terasa tegang, seperti tali yang ditarik dari dua arah satu ingin menundukkan, satu lagi enggan tunduk.
Mendengar ucapan itu, Haris ketawa kecil. Suara tawanya rendah, namun mengandungi sesuatu yang aneh campuran marah, kagum, dan rasa terusik yang tidak dia jangka.
"Hah… aku suka cara kau cakap tu," katanya perlahan, melangkah setapak ke hadapan. Mata kelamnya meneliti wajah Syifa, setiap inci ekspresi yang cuba disembunyikan gadis itu.
"Berani… tapi berbahaya. Kau tahu tak, ayat macam tu boleh buat orang macam aku jatuh suka… atau hilang sabar."
Nada suaranya sinis, tapi ada sesuatu yang lebih berat di balik kata-kata itu sesuatu yang menyeret ke dalam bahaya. Tatapan Haris mencerlung ke anak mata heterokromia Syifa, sebelahnya sejuk seperti salju, sebelah lagi hangat seperti bara yang menunggu untuk menyala.
Syifa tetap diam. Dia sedar setiap perkataan yang diucapkan Haris bukan sekadar gurauan, lelaki itu seperti sedang menguji batasnya. Namun dalam diam itu juga, dia tahu dirinya sedang bermain dengan api.
Haris mendekat sedikit, jarak antara mereka kini terlalu hampir. Dengan gerakan perlahan, tangannya terangkat ke hujung selendang merah yang menutup sedikit bibir bawah Syifa. Jemarinya menarik perlahan kain itu ke bawah, seakan cuba menembus dinding yang gadis itu bina antara mereka.
"Cakap sesuatu, Syifa…" suaranya serak, hampir berbisik. "Mungkin ini kali terakhir aku akan dengar suara angkuh kau."
Nada itu lembut, tapi setiap patahnya penuh maksud tersirat, dan ada sesuatu dalam matanya sesuatu yang menagih, bukan sekadar kata, tapi reaksi.
Syifa hanya memandang tangannya yang kini bermain di hujung selendang itu. Matanya naik perlahan ke wajah Haris, bertemu tatapan yang tajam namun kelihatan seperti menahan sesuatu di dalam.
"Aku tahu kau hidup bukan untuk sesiapa melainkan diri kau sendiri,"sambung Haris perlahan, nada suaranya berubah lebih berat, lebih jujur. "Jadi, buat aku tak menyesal ambil keputusan selanjutnya."
Syifa menghela nafas kecil, sebelum bibirnya bergerak tanpa sebarang perubahan pada riak wajah.
"You never stop talking… and it’s exhausting to listen."
Nada itu datar, tapi setiap perkataan terasa seperti tamparan lembut yang meninggalkan kesan mendalam.
Haris terdiam sejenak. Keningnya sedikit ternaik, seperti tersentak dengan balasan yang terlalu tenang itu. Lalu bibirnya terukir senyum sinis.
"I didn’t know my voice had the power to drain you. Perhaps it’s not me who’s exhausting perhaps it’s your mind that’s too weak to keep up."
Suaranya tajam, tapi pandangannya tidak pernah lepas dari wajah gadis itu. Perlahan, tangannya bergerak naik ke belakang leher Syifa, di atas lapisan kain selendang yang masih memisahkan kulit mereka.
"If that’s what you believe…" balas Syifa tenang, tanpa berganjak, "Keep telling yourself that."
Kini wajah mereka hanya beberapa inci sahaja lagi untuk bersentuh. Nafas mereka bertemu di ruang kecil antara kabus yang menggantung. Namun, saat jarak itu hampir lenyap, Syifa menolak sedikit kepalanya ke belakang tidak kasar, hanya cukup untuk menunjukkan bahawa dia belum kalah.
Dan di saat itu, Haris tersenyum perlahan, senyum yang tidak membawa makna, tapi cukup untuk membuat dunia di sekeliling terasa lebih sunyi, lebih berbahaya daripada sebelumnya.
"You think words will save you?" suara Haris bergema perlahan dalam kabus, serak dan penuh sindiran. Dia menundukkan sedikit kepala, pandangannya jatuh ke bibir Syifa sebelum kembali menatap mata gadis itu yang tajam menentang.
"Sweetheart, I’ve never been the kind of man who gives anyone an easy way out."
Nada itu dingin seperti belati yang digilap dengan kesabaran. Setiap perkataan diucapkan tanpa terburu, seolah-olah dia menikmati setiap detik ketegangan yang menggantung di antara mereka.
Syifa hanya mengangkat kening, mencebik sinis. "Kau ingat aku cari jalan keluar yang mudah?" ujarnya, matanya tidak pernah lari dari pandangan Haris. "Tidak… aku cuma rasa kau suka alihkan tiang gol bila-bila masa yang kau suka."
Nada Syifa bersahaja, namun ada percikan marah yang terselindung. Dia bukan gadis yang mudah tunduk dan Haris tahu itu. Mungkin itu yang membuatnya semakin tertarik.
"Begitu berani…" Haris ketawa kecil, tapi tawanya kering, tajam. "Mari kita lihat sama ada ia menguasai fikiran saya, or just your pretty illusions." Dia melangkah lebih dekat, matanya kini lebih gelap daripada sebelumnya. "Hanya selepas itu saya akan memutuskan sama ada saya akan membiarkan awak tergelincir… atau membuat awak lebih ketat."
Nada sinisnya bergema dalam udara pekat itu. Sebelum sempat Syifa membalas, Haris menolak wajahnya sedikit ke hadapan gerakan tiba-tiba, cepat dan mendesak. Namun gadis itu pantas menaikkan tangan, menahan dadanya daripada menghimpit dirinya lebih dekat.
"Then it seems the game is already mine," ujar Syifa dingin, suaranya rendah tapi tajam. Tangannya masih kukuh menolak dada lelaki itu. "Because the moment you admit you’re testing me, it means I’ve already caught your interest."
Haris mengerling tajam, senyum sinisnya tak lekang. "You’re bold enough to tempt me. Tapi ingat…" nadanya turun separuh nada, menjadi lebih perlahan, hampir berbisik, "Aku boleh buat kau mengidamkan perkara yang kau akan sesali."
Nafasnya lembut menyapa pipi Syifa, menimbulkan getaran halus yang menjalar di kulit gadis itu. Namun Syifa tidak berganjak, tangannya masih teguh menolak dada Haris, menjadi satu-satunya batas antara mereka.
Syifa menarik nafas dalam, menundukkan sedikit pandangan. Ada getar kecil di tengkuknya, tapi dia menutupnya dengan ketenangan yang dingin. Kata-kata lelaki itu bergema dalam fikirannya, terlalu dekat, terlalu benar. Namun dia memilih diam. Biarlah lelaki itu menyangka dia kalah. Bukankah kemenangan lelaki seperti Haris hanya bererti apabila lawannya tunduk bukan bila dia faham?
Melihat Syifa tidak bersuara, Haris mengangkat sedikit keningnya, sinis. "Sudah bisu?" ujarnya, seakan mencabar. Dia melepaskan genggamannya perlahan, memberi ruang, namun matanya masih mengawasi setiap gerak gadis itu seperti pemangsa menilai buruannya.
Syifa mengundur selangkah, menarik nafas yang berat. Ketegangan yang menjerut udara di antara mereka belum surut. Haris beralih pandang ke bawah tebing yang diselimuti kabus pekat tiada penghujung, tiada dasar.
"Mungkin aku akan beri sedikit kelonggaran dalam permainan ni," katanya perlahan, seperti berbicara dengan dirinya sendiri. Kemudian matanya kembali kepada Syifa, menganalisis wajah yang tetap datar dan tenang, seolah-olah tidak terusik sedikit pun.
"Pernah kau merayu untuk belas kasihan?" soalnya tiba-tiba, nada suaranya berubah — separuh ingin tahu, separuh mencabar. "Say please."
Syifa membulatkan mata sedikit, lalu menaikkan sebelah kening, bibirnya tertarik membentuk senyuman kecil yang mengejek. Dia menutup mulutnya seketika, menahan tawa kecil yang sinis sebelum membalas perlahan,
"Pernah kau terfikir kenapa serigala tak pernah ada di circus?"
Haris diam, hanya menatap.
"Secara saintifik," sambung Syifa, suaranya kini lebih tenang namun menggigit, "Ia satu-satunya makhluk yang tak boleh dijinakkan. Tak tunduk pada arahan, tak patuh pada cambuk. Dia hidup dengan satu jiwa, satu mentaliti, dan harga diri yang tak boleh dibeli."
Dia melangkah mendekati tebing, berdiri hanya beberapa langkah dari Haris. Pandangannya kini tajam dan dingin.
"Jadi aku tak peduli berapa banyak kuasa, harta, atau pengaruh yang kau ada. Kalau kau tak punya maruah, tempat kau cuma di circus, bersama mereka yang pandai tunduk bila disuap."
Kata-kata itu menggema perlahan, mencarik keheningan ruang. Haris tidak menjawab. Hanya memerhati, matanya sedikit menyipit, cuba membaca sesuatu di balik kata-kata gadis itu.
Syifa berpaling sedikit, bibirnya bergerak lagi, kali ini nadanya perlahan tapi tajam seperti duri.
"Sakit jika tunduk saat kau tidak berdaya…" dia berhenti seketika, menatap lelaki itu lurus.
"But I never say please to a dog that bites while starving."
Seketika mata Haris membulat, terkejut dengan keberanian kata-kata itu. Namun sebelum sempat dia bersuara, Syifa sudah mengundur selangkah lalu menjatuhkan pandangan ke bawah tebing berkabus tebal itu.
Tanpa sebarang tanda ragu, gadis itu menjatuhkan tubuhnya ke belakang, menjunam ke dalam kabus putih yang menelan segalanya.
Haris terdiam, matanya membulat menyaksikan tubuh itu hilang ditelan kabus. Nafasnya tertahan di kerongkong, antara marah dan tidak percaya. Dia berdiri kaku, memandang ke bawah tebing yang kini kosong, kabus terus bergolak seakan menelan nama gadis itu sendiri.
Perlahan, dia mencebik senyum sinis yang menutupi sesuatu yang jauh lebih dalam. Kedua tangannya dikepal erat di sisi tubuhnya.
"Aku harap kau masih sempat hidup…" bisiknya perlahan, nadanya berat dan penuh makna. "Supaya kau boleh rasa permainan yang aku cipta khas untuk kau."
Dan di bawah sana hanya kabus yang menjawab.
Share this novel