Series
6301
Untuk pembaca setia saya yang sentiasa menantikan perkembangan novel Dendam Seorang Pendosa, saya ingin memohon maaf kerana terpaksa memberitahu bahawa cerita ini akan ditangguhkan (hiatus) untuk beberapa bulan.
Saya akan menumpukan perhatian kepada novel saya, iaitu Encik Papa kerana saya tidak mahu menyiapkan Dendam Seorang Pendosa secara tergesa-gesa. Novel ini adalah karya pertama saya, dan saya ingin memastikan setiap cerita yang saya tulis mempunyai perkembangan yang baik, jalan cerita yang menarik, dan nilai yang setimpal dengan usaha saya.
Saya sangat menghargai setiap daripada anda yang membaca dalam diam, meninggalkan komen, dan menunggu dengan sabar. Kehadiran anda semua memberi motivasi yang besar untuk saya terus menulis dan menyiapkan karya-karya saya. Terima kasih kerana menjadi pembaca yang bernilai bagi saya.
Share this novel