Series
6301
Sebelum kejadian, di kelab pada tingkat parkir aras atas, suasana riuh rendah bercampur dengan derap langkah dan jeritan yang sayup kedengaran. Syifa sempat menarik tangan Lola, menyelamatkannya daripada Mirul dan kumpulan lelaki yang cuba mengepung. Nafas mereka tercungap-cungap, langkah kian longlai namun terpaksa dipaksa laju.
Dari arah tangga kecemasan, Mikael baru sahaja sampai. Dadanya naik turun deras, peluh membasahi pelipis. Matanya liar menyapu sekeliling, cuba menangkap kelibat adiknya yang tiba-tiba sahaja hilang daripada pandangan. Tanpa menunggu, dia terus memecut ke kawasan parkir atas itu, hatinya berdegup kencang diburu rasa tidak sedap hati.
Langkahnya mati tiba-tiba. Anak matanya membulat besar, tubuhnya kaku menyaksikan sesuatu yang mustahil di depan mata. Seorang lelaki tegap yang sebentar tadi mengejar, kini terbaring tidak berdaya. Tubuh itu dibelasah tanpa sedikit pun belas kasihan… oleh Syifa sendiri. Setiap gerakan adiknya begitu pantas, kejam, dan terlalu asing untuk digambarkan.
"Syifa…" bisik Mikael, hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Dia cuba melangkah lebih dekat, mahu mendapatkan adiknya, namun langkahnya terhenti lagi apabila sekumpulan lelaki lain tiba-tiba muncul. Sosok mereka segera mengheret Syifa masuk ke dalam sebuah kereta.
"Tidak!" Mikael menjerit sekuat hati lalu berlari, cuba merempuh jarak. Namun segalanya sia-sia. Kereta itu sudah meluncur deras, meninggalkan tempat parkir dengan bunyi tayar yang melolong kuat.
Mikael hanya mampu berdiri terpaku. Nafasnya terputus-putus, dada terasa bagai dihimpit sesuatu yang amat berat. Fikirannya kusut, dan sekelip mata ingatannya menerawang jauh ke beberapa tahun lalu. Ingatan tentang saat datuknya, Tuan Ichiro, membuat keputusan berat untuk terlibat dalam organisasi semata-mata mahu menyembunyikan Syifa daripada pandangan mereka. Semuanya demi memastikan rahsia itu terus terkubur, dengan bantuan ubatan yang diformulakan oleh Adrik.
Mikael menggenggam erat penumbuknya. Tanpa menunggu, dia segera pulang ke rumah. Langkahnya pantas, hatinya digerakkan oleh rasa cemas dan marah yang bercampur baur. Setibanya di bilik Syifa, dia mengambil beberapa botol ubat yang ditemui dalam kabinet kecil di bilik air. Semua botol itu dimasukkan ke dalam satu bekas khas yang telah dibawanya.
Satu persatu ubat baru yang diambil daripada lelaki itu disusun rapi di dalam kabinet, menggantikan botol lama yang kini sudah dimeterai dalam bekas simpanan.
Mikael terdiam, menatap pantulan wajahnya di cermin bilik air. Wajah yang letih, bercampur dengan kebingungan.
"Syifa… I never thought you’d end up living such a wretched life." suaranya tenggelam, hampir berbisik.
Kakinya melangkah keluar dari bilik Syifa dengan wajah yang tegang. Beban fikiran yang bersarang membuatkan langkahnya terasa berat. Namun tiba-tiba, getaran telefon bimbit di dalam kocek seluar menarik perhatiannya. Mikael menghela nafas perlahan, lalu mengeluarkan telefon itu. Nama yang tertera di skrin membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang.
Adrik.
Tanpa berlengah, dia menekan butang hijau dan menjawab. Nada suaranya cuba dikawal, tenang tetapi jelas menunggu penjelasan.
"So, what did you find?" soal Mikael, suaranya rendah tapi sarat dengan tekanan.
Di hujung talian, Adrik terdiam seketika. Suaranya kedengaran berat, seolah-olah menimbang setiap perkataan sebelum dilepaskan. Bunyi hela nafasnya samar-samar turut sampai ke telinga Mikael.
"Mikael… this is not the drug I created." Jawapan itu meluncur dengan tenang tetapi dingin, seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang jauh lebih parah.
Adrik ketika itu sedang duduk di dalam makmalnya. Lampu neon putih yang redup memantul di kaca botol reagen dan lembaran data yang berselerak di mejanya. Jarinya mengetuk helaian laporan analisis yang baru sahaja dibacanya, keningnya berkerut tajam.
Mikael menggenggam telefon erat, bibirnya diketap rapat. "You’re sure?" tanyanya, hampir seperti menuntut kepastian.
"Saya dah jalankan ujian melalui Mass Spectrometer dua kali," balas Adrik, nada suaranya kali ini lebih tegas. "Struktur sebatinya sudah berubah. Formulasi asal saya sepatutnya mengandungi Seraphamine-β, penstabil yang saya reka khas untuk sistem saraf Syifa. Tapi yang ini…" dia berhenti seketika, menekan jari ke helaian data. "…sudah diusik."
Tubuh Mikael kaku, urat di tangannya menegang. Pandangannya menerawang kosong ke arah dinding, otaknya cuba menafsir maksud kata-kata itu.
"Tampered, how?" soalnya, suaranya meninggi sedikit, menandakan keresahan yang gagal ditutupi.
Adrik menarik nafas panjang, sebelum menyambung dengan nada yang lebih rendah, hampir berbisik seakan takut didengar dunia.
"Sampel tu mengandungi kesan Nexorin-Diol. Sebatian sintetik yang sepatutnya tak wujud di situ. Ia bertindak balas secara berbeza bergantung pada penanda mutasi genetik dalam tubuh." Adrik menutup matanya seketika, jari-jarinya mengetap meja. "Ringkasnya… ia bukan menekan apa-apa, Mikael. Ia membangkitkan."
Kata-kata itu jatuh bagaikan batu ke dada Mikael. Matanya membulat, tangannya terketar, seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
"Awakens what?" suaranya pecah, rendah tetapi penuh desakan.
Adrik menjawab perlahan, namun setiap suku kata bagai menyalakan bara dalam hati Mikael.
"Mutasi dia, Mikael. Nexorin-Diol direka untuk mencetuskan anomali dorman apabila wujud isyarat tekanan. Maksudnya, kalau Syifa rasa terancam… tubuhnya takkan kekal tenang di bawah ubat itu."
Adrik berhenti sebentar, nada suaranya semakin mendatar, dingin.
"Sebaliknya… ia akan memaksa mutasinya timbul semula. Tak terkawal. Memusnahkan. Dan siapa pun yang menukar ubat itu..." dia menekan suara, penuh keyakinan, "...mereka tahu betul apa yang mereka lakukan."
Mikael terdiam. Dadanya naik turun deras, mindanya bagaikan disambar ribuan kilat. Dunia di sekelilingnya terasa sepi, hanya degupan jantung yang bergema di telinganya.
"Ya Allah…" bisiknya perlahan.
"That’s impossible. I never... " suara Mikael menegang, nyaring dengan penafian yang penuh keresahan.
"My original formula was meant to stabilise her. But this… this is sabotage. And Mikael… listen carefully." Suara Adrik di hujung talian kedengaran berat, tajam seperti bilah pisau yang sedang menoreh perlahan.
Mikael menggenggam telefon lebih erat, seolah-olah ingin menghancurkannya. Jantungnya berdegup kencang, hampir tercabut dari dada.
"If Syifa loses control… she won’t just hurt herself. She could level everything around her." Balas Adrik dengan nada yang hampir dingin, seperti menyampaikan fakta tanpa ruang untuk berunding.
Mikael meraup wajahnya dengan kasar, tubuhnya bergetar kecil. Nafasnya tercungap, seakan sesak dalam dada yang memberat. Dia menekan pelipis dengan hujung jari, cuba menahan amarah dan panik yang datang bertalu-talu.
"Damn it… Syifa’s been swallowing poison all this time." Keluhnya berat, hampir seperti mengaku kalah pada rasa bersalah yang menekan batinnya.
Talian sepi beberapa detik sebelum suara Adrik kembali, lebih perlahan, tapi menikam tepat ke hati.
"Not poison, Mikael. A weapon."
Kata-kata itu meremukkan sesuatu di dalam dirinya. Jantung Mikael berdetak semakin kencang, nafasnya berat dan kasar. Amarah dan penyesalan bercampur-baur, menikam dadanya tanpa belas. Dia menggenggam rambutnya, rahangnya mengetap hingga otot-otot wajahnya menegang.
"Damn it… someone wants to turn Syifa into a monster." Suaranya meninggi sedikit, bergetar menahan amarah yang sukar dipendam.
Dia menghentak dinding dengan penumbuk hingga buku-bukunya memerah. "Since when did this happen, Adrik? Why am I only finding out about this now?" soalnya lagi, kali ini dengan nada kesal, penuh kecewa kerana terlalu lama dipermain tanpa sedar.
"I’m not sure. You need to bring Syifa back to me. I’ll do what I can." Balas Adrik, tenang meski beban kebenaran yang ditanggung begitu berat.
Mikael memejam mata rapat, menunduk sedikit, suaranya keluar bergetar. "So you’re telling me I have to come clean about what happened to her years ago?" Ucapannya berat, seolah-olah menelan kerikil, pahit dan sulit untuk ditelan.
"Sudah tiba masanya dia tahu siapa dirinya yang sebenar," balas Adrik tegas, nada suaranya tidak memberi ruang untuk alasan. "Buat masa ini, hanya kau yang dia ada, kau yang tahu segalanya ketika itu. Serahkan pada saya, saya akan ambil langkah seterusnya."
Mikael mendengus kasar, dadanya turun naik laju. Untuk pertama kalinya, ada rasa takut yang nyata dalam dirinya. Bukan takut pada musuh, tetapi pada kehilangan.
"I can’t lose her. I can’t… I can’t tell her everything." Suaranya berat, sarat dengan sedih, setiap perkataan bagai dicabut dari dasar hatinya yang luka.
Adrik menarik nafas sebelum menjawab perlahan, namun tegas. "Beritahu saja apa yang dia perlu tahu sekarang, tentang status keluarganya yang sebenar. Bila tiba waktunya, selebihnya kau boleh jelaskan."
Mikael menggenggam penumbuk, menunduk lama. Bibirnya terketar saat akhirnya membalas, nadanya tegas walaupun sarat dengan kesakitan.
"Then so be it. For her sake… and for ours."
Kini. Di dalam bilik yang hanya diterangi samar cahaya dari lampu balkoni, suasana tampak muram dan suram. Adrik duduk di birai katil, tubuhnya tegak dalam balutan kemeja hitam polos yang lengan bajunya disinsing hingga mendedahkan pergelangan tangan. Jam peraknya berkilau samar, seiring gerakan tangan yang cekal sedang menyuntikkan sesuatu pada lengan Syifa yang masih terbaring kaku, tidak sedarkan diri.
Nafas Adrik ditahan seketika, jemari panjangnya menggenggam jarum suntikan dengan penuh berhati-hati. Wajahnya tegang, mata hitam di balik kaca mata memandang Syifa dengan riak yang bercampur bimbang, sesuatu yang dia sendiri enggan akui. Syifa… kenapa kau mesti tahu hal itu sekarang?
Seketika tadi, Syifa masih melawan. Gadis itu hampir memuntahkan pil yang cuba dipaksa Mikael untuk ditelannya, hingga akhirnya tubuhnya rebah, pengsan dalam dakapan singkat lelaki itu. Dan kini, hanya hembusan nafas perlahan yang keluar dari bibir gadis itu, membuatkan ruang sepi itu terasa lebih menekan.
Beberapa minit sebelum kejadian, telefon bimbit di sisi Mikael bergetar. Nama Adrik tertera di skrin. Dengan helaan panjang, Mikael menjawab.
"She knows," hanya itu kata-kata yang keluar, dingin namun sarat tekanan.
Di hujung talian, Adrik ketawa kecil tawa yang menghiris, seolah sudah menjangka segalanya. Khabar itu kini membawanya ke situasi ini, menatap sepi wajah Syifa yang masih terlena, tidak berdaya.
Adrik berdiri di sisi katil, kedua-dua tangannya menyeluk poket, mengamati dengan senyuman tipis. Pandangan matanya penuh dengan sesuatu yang sukar dibaca. "She always comes back to this state, doesn’t she? No matter how much she resists… "
Mikael menjeling, namun diam. Tangan kasarnya sempat melarik tudung Syifa yang menutupi sebahagian wajahnya, menolak perlahan ke belakang agar wajah pucat adiknya itu kelihatan jelas. Dia menahan sesuatu di dadanya, emosi yang tidak mampu disuarakan.
Adrik hanya menggeleng kecil, matanya tidak lepas dari wajah gadis itu. "Dulu… saya merawat dia dengan penuh hati. Tapi sekarang… lihatlah. Dia semakin dingin. Lebih jauh daripada sebelumnya." Bibirnya mengukir senyuman nipis, namun matanya redup, sarat luka yang dia sembunyikan di balik nada selamba.
Dia ketawa perlahan, tawa yang kedengaran kosong. “
"I can’t recall a single moment when that girl was ever warm to me."
Kesunyian masih merantai ruang itu. Semua ucapan yang terbit dari bibir Adrik hanya disambut diam oleh Mikael. Lelaki itu membatu, kepalanya sarat dengan fikiran yang berpusar. Ingatannya kembali pada saat Syifa, dengan berani, meminta penjelasan tentang siapa dirinya yang sebenar. Gadis itu sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana luka di tangannya kembali sembuh, seolah-olah tidak pernah terhiris. Mikael menekan dahinya yang semakin berkerut. Entah sejak bila Syifa mengetahui semua itu? Dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, dia buntu. Buntu untuk menjelaskan segalanya sebelum tubuh adiknya itu tiba-tiba rebah, pengsan tanpa sempat mendengar sebarang jawapan.
Melihat Mikael hanya tenggelam dalam diam, Adrik menghela nafas perlahan sebelum bersuara, nada suaranya tegas namun terkawal.
"Saya dah ambil sampel darah dia. Buat masa ini, saya akan kaji apa yang sebenarnya berlaku. Dan saya dah suntikkan ubat untuk stabilkan tubuh dia." Ujar Adrik, matanya sempat melirik ke arah Syifa yang masih terbaring lesu.
Dia menyambung lagi, kali ini lebih serius, seakan memberi amaran, "Saya harap kau tak ambil keputusan sendiri untuk cari jejak organisasi itu. Saya dah lama jejak keberadaan mereka. Saya akan update kau tentang perkembangan terbaru bila tiba masanya."
BAB 5 dan BAB 14 untuk keterangan BAB ini. Jgn lupa mengikut update wattpad, lebih difahami.
Share this novel