Series
6301
Sekolah Sri Bestari. Suasana koridor dipenuhi dengan deruan suara guru mengajar di dalam kelas. Namun, kesunyian yang paling menggigit bukan di situ, tetapi di tandas. Seorang gadis duduk di atas penutup tandas, kepala tertunduk, bibir mengetap rapat menahan amarah. Di atas riba tergenggam dua garis bacaan ujian kehamilan, tangan penuh kesan lebam biru. Matanya berkaca, menatap nasibnya sendiri yang seakan-akan hancur di depan mata.
Lola perlahan-lahan mengangkat muka, pandangan kosong menempel pada pintu tandas yang terkunci. Wajahnya yang penuh plaster dan lebam merah menampakkan kesakitan fizikal dan emosi. Dalam benaknya, terlintas riak wajah Syifa yang selalu tersenyum, yang selalu berada di sisinya. Namun kini, semuanya hancur akibat tindakannya sendiri, memerangkap Syifa hingga dilecehkan oleh lelaki bernama Mirul. Dan kini, situasi itu menimpa dirinya sendiri.
"Aku mengesal…" bisiknya perlahan, hampir tidak kedengaran. Sesak di dada menambah kepedihan apabila bayangan wajah dingin Syifa muncul dalam fikirannya. Syifa yang kini tidak lagi peduli padanya seperti dahulu.
"Kalau boleh putar masa, aku harap… aku tak sebodoh ini." Suaranya tersekat, air mata yang ditahan akhirnya tumpah.
"Aku tak ada sesiapa yang berharga, Lola… tapi terima kasih sebab ada dengan aku."
Kata-kata Syifa bermain-main dalam benaknya. Betapa tulusnya ucapan itu, namun semua hancur kerana lelaki tak guna itu. Hasutannya meruntuhkan dunia yang dulu baik-baik saja.
Lola mengesat air matanya perlahan sebelum berdiri. Tangannya menggenggam erat ujian kehamilan itu, nafasnya turun naik, wajahnya penuh tekad.
"Kalau manusia melihat kau sebagai santapan… jadilah santapan yang tak boleh dilupakan si penjama."
Kata-kata Syifa itu masih segar di telinganya, teringat saat Syifa menghulurkan tangan membantu Lola berdiri selepas menumbuk beberapa pelajar perempuan yang membulinya. Wajahnya terkebil-kebil, mata berkaca-kaca ketika menerima tangan Syifa. Kini dia sedar, masih ada orang yang peduli, orang yang lebih memahami penderitaan orang lain.
Dengan langkah penuh kemarahan, Lola keluar dari tandas. Setiap langkahnya membawa luka yang tidak mampu lagi dipendam. Dia nekat, bersedia melakukan apa saja. Lelaki tak guna itu tidak akan lagi disembunyikan di sebalik senyuman palsu dan godaan racunnya. Dunia ini, sekurang-kurangnya, tidak akan membiarkan dirinya terus dimanipulasi begitu sahaja.
Lola melangkah laju menaiki tangga menuju ke kelasnya. Ada perdebatan yang harus diselesaikan, dan mungkin keputusan kali ini akan membuat dirinya lebih celaka. Namun kali ini dia sudah nekad, tidak akan membiarkan lelaki itu terus memijak maruahnya dengan tipu daya.
Tanpa disedari, bahunya tersentuh perlahan seorang lelaki tinggi. Namun itu tidak menghentikan Lola daripada terus melangkah, tanpa menoleh atau meminta maaf. Muaz berkerut dahi tatkala gadis itu berlalu, matanya tertumpu pada sesuatu yang digenggam erat di tangan Lola. Terjongketkan kening, Muaz mengukir senyuman sinis. Tanpa disedari, langkahnya mula mengikuti gadis itu dari belakang, seakan ingin tahu apa yang bakal terjadi.
Lola melihat cikgu mereka baru sahaja keluar dari kelas. Dengan tekad yang membara, dia berlari anak, memasuki kelas yang sebelumnya bising dengan suara pelajar. Semua hening tatkala Lola berdiri di depan meja cikgu, menghamparkannya dengan kuat. Mata semua pelajar tertumpu padanya, riak wajah mereka campur aduk antara terkejut dan ingin tahu. Mirul, yang duduk di meja salah seorang pelajar perempuan, menoleh ke arah Lola dengan pandangan datar. Lola membalasnya dengan amarah yang menjerit di matanya.
Muaz, berdiri di luar koridor, mengamati semua itu dari balik tingkap. Tangannya bersilang, menikmati ketegangan yang tercipta di dalam kelas.
"Kau lelaki sial! Aku pregnant anak kau! Anak sial yang berbenihkan kau!" bentak Lola dengan suara lantang, matanya mencucuk tajam ke arah Mirul sambil menunjukkan test kehamilan itu pada semua orang.
Pelajar lain bersilih ganti memandangnya, riak wajah mereka jelas dipenuhi rasa ingin tahu dan terkejut.
"Kau cakap apa, perempuan murahan!" tengking Mirul, berdiri tegak membalas tatapan Lola.
Lola mencebik, wajahnya merah dengan debaran dan getaran amarah.
"Kau tahu aku perempuan murah, sebab aku serahkan diri aku bulat-bulat dengan kau. Kau bukan sahaja lakukan ini pada aku, tapi juga pada perempuan lain, jantan tak guna!" pekiknya, suaranya memecah kesunyian kelas.
"Tutup mulut kau sebelum aku pecahkan!" bentak Mirul, berjalan mendekat dengan langkah kasar.
"Aku ada bukti semua yang kau buat kat aku, dari chat dan video kita lakukan… Aku nak kau bertanggungjawab!" sebelum Lola sempat menghabiskan ucapannya, Mirul mencekik lehernya kuat untuk menghentikan kata-kata gadis itu.
Suasana menjadi tegang. Pelajar lain mula memasang riak wajah terkejut. Beberapa daripada mereka sudah mengeluarkan telefon untuk merakam kejadian itu.
"Shut up. Now, or I’ll make sure you never speak again." Suara Mirul dingin, perlahan, menatap mata Lola yang kini berkaca-kaca.
"Oh, adikku… begitu kah kau melayan pat kau setelah membuatnya tunduk?"
Suara Muaz datang dari pintu, bersandar santai di sudut dengan tangan bersilang. Senyumannya melereng, seakan mengejek apa yang dilihatnya tadi.
Tangan Mirul masih mencengkam leher Lola, namun gadis itu sekuat hati melepaskan diri. Mirul menoleh ke arah suara yang cukup dikenali itu. Muaz masih bersandar, tenang, menikmati kekacauan yang tercipta.
"Lepaskan dia. Aku tak boleh bersihkan terlalu banyak kekotoran kau." Senyum tipis Muaz, tatapannya datar, memaksa Mirul dengan kasar melepaskan cengkaman itu. Lola tertolak ke belakang, cuba mengawal nafasnya.
"Yang merakam tadi, dengan jasa baik anda, delete… atau pagi ini terakhir anda." Senyum Muaz mesra tapi mengancam, penuh tertib dan bertimbang rasa.
Mendengar itu, pelajar yang merakam segera menghentikan rakaman mereka. Semua mula akur dengan arahannya. Muaz berjalan mendekati Mirul, membisikkan sesuatu. Mirul berkerut, riak wajahnya penuh amarah sebelum mencebik kesal, lalu keluar dari kelas.
Tatapan Muaz kini berpindah ke Lola, yang membongkok memegang lehernya yang terasa kebas.
"Awak kawan Syifa?" tanya Muaz dingin, membongkok sedikit supaya wajahnya sejajar dengan gadis itu.
Mata Lola terbeliak, terkejut dengan nama sahabatnya.
"Dia hilang beberapa hari ini. Bolehkah saya mencarinya bersama awak?" suara Muaz dingin namun lembut, menatap Lola yang masih tercengang.
Lola diam, tidak menjawab. Muaz membongkok, mengambil test kehamilan yang terlepas dari tangan Lola ketika cengkaman Mirul tadi. Matanya melirik tajam ke arah benda itu. Lola segera menghulurkan tangan, mendesak:
"Bagi balik. Itu milik saya." Tangannya terangkat, memastikan lelaki itu menyerahkan kembali test kehamilan itu.
Muaz menatapnya tajam, dingin, seakan menilai dari atas ke bawah sebelum kembali menatap mata Lola.
"Bolehkah saya menyimpannya… untuk pastikan awak jadi milik saya pula?" soal Muaz dengan nada dingin, sedikit mengoda, diikuti senyuman sinis yang mengejek.
Terbeliak mata Lola mendengarkan itu. Baru saja dia menyelesaikan sesuatu yang menegangkan, kini muncul lelaki yang tidak dikenali, seakan menambah masalah lain. Muaz tetap tersenyum, seakan menikmati situasi itu. Lola sedar, kini dia tidak boleh berbuat apa-apa selain menunggu dan mengetahui tujuan sebenar lelaki itu di hadapannya.
Share this novel