BAB 22

Drama Completed 71272

Tyara dibawa oleh ambulans menuju ke hospital.Tengku Kriz menemani Tyara yang pucat itu.

Pasukan medik memberikan oksigen kepada Tyara sementara sampai ke hospital.Haziq dan Tengku Mateen turut mengikut ambulan ke hospital.

Tyara ditolak ke ruang bilik rawatan.

"Minta maaf Encik tak boleh masuk"ucap jururawat kepada Tengku Kriz.Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding.Dia melihat tangannya yang mengigil.Nyawa.....nyawa Tyara sekarang berada ditangannya.

Haziq menghubungi Talha terlebih dahulu.Talha sedang duduk bersama Puan Adliza menerima panggilan daripada Haziq.

"Walaikumusalam..kenapa kau telefon aku?"soal Talha.Puan Adliza memandang wajah Talha.

"Apa? Kenapa dengan Tyara?"soal Talha yang mula risau.Puan Adliza melihat air muka anaknya berubah tatkala nama Tyara disebut.

"Okay aku ke sana sekarang"ucap Talha sebelum mematikan panggilan.Dia memandang wajah Puan Adliza.

"Kenapa? Dia buat masalah lagi?"soal Puan Adliza.

Talha menggelengkan kepalanya.Dia rasa berat mahu memberitahu tentang Tyara.

"Umi...adik Umi...dia dekat hospital sekarang.Dia kritikal Umi"ucap Talha.Puan Adliza hanya beriak tenang.

Talha berlutut depan Puan Adliza."Tolong Umi..adik perlukan Umi.Tolong Abang Umi"rayu Talha pada Puan Adliza.

********

Tengku Mateen duduk disebelah Tengku Kriz yang masih menunggu khabar tentang Tyara.

"Sabar Kriz....banyakkan doa semoga tak ada apa-apa"ucap Tengku Mateen menepuk bahu Tengku Kriz.

"Aku gagal selamatkan dia....kalau aku tak bongkarkan kegiatan haram Uncle Murshid benda ni takkan jadi"ucap Tengku Kriz.

"Aku pun tak sangka orang yang rapat.Darah daging kita boleh khianat demi duit.No wonder Uncle Murshid tak nak pegang syarikat langsung"ucap Tengku Mateen.

"Tyara jalankan tanggungjawab dia sebagai bodyguard aku bukan untuk tutup kelemahan aku tapi dia lindung aku sampai nyawa dia sendiri hampir tergadai"ucap Tengku Kriz mengalirkan airmata.

"Tengku... keluarga Tyara dah sampai"ucap Haziq pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz memandang gerangan dibelakang Haziq.Dia memandang Tengku Mateen yang turut terkejut melihat Talha dan seorang wanita sebaya Bondanya.

"Saya Talha Adzrin.Abang kandung Tyara"ucap Talha memberanikan diri bermuka dengan dua saudara itu.Tengku Kriz bangun dan mencengkam kolar baju Talha nasib Haziq cepat menahan.Puan Adliza terkejut melihat adegan itu.

"Kau tipu aku....maksudnya kau dengan Tyara tipu aku!!"jerit Tengku Kriz menolak Haziq.

"Kami tak pernah tipu Tengku.Keadaan kami yang buat kami macam ni.Saya pun tak tahu yang Tyara kerja dengan Tengku"ucap Talha sambil membetulkan bajunya.

"Betul Tengku.Tyara tak tipu Tengku pun"ucap Haziq dibelakang Tengku Kriz.Matanya tajam memandang Haziq.

"Jadi kau dah tahu?.Kenapa kau tak bagitahu aku"ujar Tengku Kriz dengan nada marah.

"Sebab saya tahu kalau saya bagitahu Tengku mesti Tengku akan marah macam ni"marah Haziq pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia terduduk dilantai.Semua mata memandang Tengku Kriz.

Tengku Mateen hanya diam sahaja.Bilik pembedahan terbuka, seorang doktor lelaki keluar dari bilik itu.

"Boleh saya tahu keluarga pesakit siapa?"soal Doktor Devan.

Talha mara ke depan.Tengku Kriz turut bangun berdiri disebelah Talha.

"Cik Tyara buat sementara waktu akan bergantung kepada mesin oksigen dan dia mengalami patah dua tulang rusuk sebelah kiri"ucap Doktor Devan.

"Sekarang macamana dengan anak Makcik?"soal Puan Adliza.

"Buat sementara dia dalam pemantauan kami.Saya boleh katakan dia dah lepas tahap kritikal.Tapi apa-apa bergantung pada pesakit.Kita kena tunggu pesakit sedar"ucap Doktor Devan sebelum meninggalkan ruang menunggu.

Tengku Kriz berlalu meninggalkan ruang menunggu.Haziq yang memandang mahu mengikut tapi di halang Tengku Mateen.

*****

Tengku Kriz berjalan laju menuju ke arah keretanya.Tengku Mateen mengejar langkah kaki Tengku Kriz.Dia menghalang sepupunya yang sedang marah.

"Kau nak pergi mana?"soal Tengku Mateen.

"Tepilah aku nak pergi jumpa setan tu"ucap Tengku Kriz dengan dada berombak menahan amarah.

"Kau nak jumpa dia?.Nak buat apa?.Kau nak pukul dia ke Kau nak bunuh dia"ucap Tengku Mateen.

"Perhitungan aku dengan orang tua tu.Jangan kau cuba nak halang aku"ucap Tengku Kriz menolak tubuh Tengku Mateen.

"Kau nak tinggalkan Tyara macam tu je.Sebab rasa marah kau ni.Kau cuba bunuh perasaan kau sendiri"ucap Tengku Mateen pada Tengku Kriz.

Tapi Tengku Kriz terus masuk dalam kereta dan berlalu pergi dengan laju.

*********

Puan Adliza melihat Tyara melalui cermin kaca.Sekujur tubuh yang tidak bergerak.Wayar penuh dibadannya.

Tanpa sedar tangisannya jatuh.Dulu Tyara mahu bersalam dengannya dia menepis kini.Dia sendiri tidak tahu peluang untuk dia merasa anak gadisnya itu bersalaman dengannya masih ada atau tidak.

Dia masih ingat lagi dia melihat Tyara membersihkan bilik tidurnya yang sudah empat tahun dia tidak kemas.Tiada perbualan antara mereka langsung sepanjang Tyara berada dirumahnya.Dia mengelak dari Tyara.

Talha memegang bahu Puan Adliza.

"Adik kuat Umi.Umi jangan risau adik mesti bangun"ucap Talha.

"Umi sebenarnya berdosa dengan dia.Umi yang tak layak dapat kemaafan dari dia"ucap Puan Adliza.

Talha memeluk bahu Puan Adliza.Cuba menenangkan Uminya.

*********

Tengku Kriz memandang Uncle Murshid dibalik jeriji besi.Dia merenung wajah Tengku Murshid.

"Kenapa perempuan tu dah mati ke?.Baguslah dia ikut bapak dia sekali.Menyusahkan hidup aku aje"ucap Tengku Murshid dengan penuh sinis.

"Kau buat dia macam tu sebab dia bongkarkan kegiatan haram kau pada pihak polis ke?"soal Tengku Kriz.

"Aku banyak rugi sebab dia sorang.Kau apa tahu ramai orang dekat luar sana tu perlukan aku untuk hidup"ucap Tengku Murshid lagi.

Tengku Kriz tersenyum sinis.

"Judi....dadah patut uncle tolak urus syarikat denga Ayahanda.Rupanya buat kerja kotor ni dan rosakkan orang lain.Memang patut pun saya alihkan kontena tu dekat tempat lain"ucap Tengku Kriz sambil mendekatkan diri pada Tengku Murshid.

Senyuman Tengku Murshid mati.Dia baru dapat menangkap maksud sebenar Tengku Kriz.

"Kau!!!!"jerit Tengku Murshid mahu mencekik leher Tengku Kriz tapi disebabkan jeriji besi.Dia tidak dapat berbuat demikian.Senyuman sinis Tengku Kriz menaikkan amarahnya.

Tengku Kriz melambai-lambai ke arah Tengku Murshid yang sedang menjerit kuat didalam pusat tahanan.

*******

Sudah tiga hari Tengku Mateen berada di hospital.Dia sanggup membatalkan semua kerjanya demi melihat Tyara sedar.Dan sudah tiga hari juga dia tidak nampak kelibat Tengku Kriz di sini.

Hanya ada Haziq dan keluarga Tyara masih setia menanti.Dia memandang wajah Tyara yang pucat itu.Tapi masih terserlah kecantikannya.

Tengku Mateen memandang jari jemari Tyara yang bergerak-gerak.Dia melihat Tyara.Tyara membuka matanya perlahan.

"Tyara... Tyara..."panggil Tengku Mateen sebaik sahaja melihat mata Tyara terbuka.

Tyara masih mamai.

"Tengku..Kriz..mana?"soal Tyara dengan payah.

Tengku Mateen tidak tahu mahu menjawab persoalan Tyara.

"Awak jangan banyak bercakap awak masih lemah lagi.Saya panggil doktor kejap"ucap Tengku Mateen berlari keluar dari wad.

********"

"Tengku....ada berita daripada hospital.Tengku Mateen bagitahu yang Tyara dah sedar"ucap Haziq pada Tengku Kriz yang masih baring diatas katil.

Haziq tahu Tengku Kriz pura-pura tidak mendengar kata-katanya.Dia keluar dari bilik sebaik sahaja dia memaklumkan tentang Tyara.

Tengku Kriz bangun dan duduk ditepi katil.Dia mengusap perlahan mukanya.

"Aku tak boleh nak hadap muka kau, Tyara Adleena tanggungjawab kau cukup sampai sini saja"ucap Tengku Kriz menundukkan wajahnya ke bawah.Dia mengepal tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience