Completed
71272
Tyara hanya berdiri di pintu masuk menunggu arahan Tengku Kriz yang sedang bercakap melalui telefon.Tengku Kriz hanya bercakap dengan telefon sepanjang mereka sampai ke pejabat.
Tengku Kriz mematikan talian telefonnya.Akhirnya!
"Tengku saya buat apa dekat sini?"soalku.
Tengku Kriz panggung kepala untuk melihatku.Tapi tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya.Hanya memerhatikan aku.
"How about nothing?" Duduk aje teman saya buat kerja.Memandangkan saya kerja dekat pejabat harini.Awak kena duduk dalam pejabat saya"katanya sambil menunjukkan arah tempat yang bakal aku duduk seharian.Couch mahal tu!.
"Takkan tak ada kerja langsung harini, Tengku "bangkangku.Apa pula kata staf yang masuk nanti.Berdua-duaan dalam pejabat.
"itulah kerja awak sekarang teman saya sepanjang hari.Okay My Tun Teja!!"
Again!!!.Sah aku tak pekak.Kejung terus lidah aku lepas dengar dia cakap macam tu.Apatah lagi pandangannya ketika ini tepat pada anak mata aku.
Tyara jangan syok sendiri.Sebab kalau tak nanti kau yang sakit hati.Takkanlah Tengku ada perasaan dekat aku.Anggaplah Tengku hanya bergurau senda dipagi hari.
"Tapi Tengku takkan langsung tak ada kerja untuk saya.Habis satu hari ni saya nak buat apa?" Acah-acah kau paling rajin pulak.Sedangkan kau suka tak ada kerja cuma kena duduk sebilik itu akan menghimpit nafas aku harini.
"Sit and do nothing"jawab Tengku Kriz malas.Nampak dia belek dokumen.Sikit pun tak memandang aku.
"Kalau macam tu baik saya duduk rumah.Sekurang-kurangnya ada TV."Kataku geram.
Tengku Kriz tidak respon.
Akhirnya aku duduk di sofa itu.Silang tangan di dada.Sekarang Ni apa aku nak buat?"
******
Buku tebal dirak Tengku Kriz aku ambil sebagai pembacaan aku.Tapi satu haram apa aku tak faham.Kau gila aku ni nak habis buku sejarah pun susah ini pula buku tajuk "How to become millionaire" by Mark Lee Alch.
Aku rasa satu muka surat satu kali aku menguap.Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Untuk hilangkan mengantuk dia berjalan ke arah tingkap pejabat Tengku Kriz.
Dia cuba mengira berapa bangun yang ada dekat luar bangunan pejabat Tengku Kriz.Dia menggelengkan kepalanya.Dia memandang Tengku Kriz yang masih lagi fokus pada kerjanya.
Terdapat satu aura yang menarik minat Tyara.Dia memandang Tengku Kriz yang tekun melihat satu persatu lakaran model.
"Hensemnya...."terpacul dibibir Tyara.Dia menampar pipinya berkali-kali sebelum kembali duduk di sofa.
Tengku Kriz meregangkan tangannya.Dia terpandang Tyara yang sudah tersengut-sengut di sofa.Dengan buku masih ditangannya.
Dia tersenyum nipis.Dia bangun dan jalan mendekati Tyara.Dia melabuhkan punggung di atas meja menghadap Tyara yang terlena.
"Tidur malam saya tak pernah lena.Setiap hari saya akan terjaga"
"Mesti dia penat sebab tak cukup tidur.Aku pulak suka arah macam-macam dekat dia.Rehatlah Tyara, rehat banyak mana awak nak"ucap Tengku Kriz perlahan.
"Tengku saya nak hantar...." Alice yang masuk tiba-tiba mengejutkan Tengku Kriz yang sedang merenung wajah Tengku Kriz bingkas bangun dan buat-buat meregangkan otot pinggangnya.
Alice menutup mulutnya.Tengku Kriz beriak biasa menuju ke arah Alice.
"Tyara tidur ke Tengku?"soal Alice.
"Dia terlelap jangan kacau dia.Dan awak cakap dengan yang lain kalau nak jumpa saya lagi setengah jam"ucap Tengku Kriz pada Alice.
Nasib baik Alice jenis memahami dia.Alice hanya tersenyum.
"Baik Tengku.Saya keluar dulu"kata Alice.Tengku Kriz melepaskan nafas panjangnya.
Nasib Tyara tak tersedar kalau tak dia malu kali kedua.
******
Tyara tersedar dan dia terasa lama dia terlelap.Dan dia mengeliat tanpa sedar Tengku Kriz memandangnya.
"Maaf Tengku Kriz saya terlelap pulak.Buku ni best sangat sampai saya terlelap"ucap Tyara membetulkan kedudukannya sambil membelek mukanya di telefon.
Tengku Kriz masih merenungnya tanpa henti.
Kenapa dengan dia Ni?. Aku ada cakap bukan -bukan ke masa tidur tadi yang dia pandang aku semacam Ni?. Atau aku ada carut dia masa aku tidur tadi?.
Tyara bingkas bangun mahu ke tandas.
"Awak nak pergi mana?"soal Tengku Kriz membuatkan langkah Tyara terhenti.
"Saya nak pergi tandas pun tak boleh ke?"soal Tyara pada Tengku Kriz.Ah sudah sampai hal privasi aku pun tak boleh ini sudah melampau.
Tengku sambung buat kerjanya.Tyara cepat-cepat keluar dia sudah tidak tahan mahu terkucil.Mana taknya penghawa dingin pejabat Tengku Kriz bukan main kuat.Aku tak tahu macamana dia boleh tahan.Mungkin kulit buaya dia tu.
******
Tyara keluar dari tandas setelah selesai buang air kecil.Dia membuka pili air untuk membasuh tangan.
"Aku dengarkan Tengku Kriz dia suruh bodyguard dia duduk dalam pejabat"suara itu dari dalam tandas.
"Ya ke apa agaknya dia buat dalam pejabat berdua kan?"suara di tandas sebelah pula bersuara.
"Entah tak takut dosa pulak"balas lagi.
Tyara selesai membasuh tangan dia menuju ke pintu keluar.Dia tersenyum senget.Suis lampu ditepi belakang pintu ditekan berkali-kali membuatkan dua wanita dalam tandas itu menjerit-jerit.
"Padan muka kau.Lain kali mengumpat lagi"kata Tyara dalam hati .Terus dia keluar dari tandas dan berjalan menuju ke pejabat Tengku Kriz semula.
Langkahnya terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang tidak asing dari pandangan matanya.
"Apa dia buat dekat sini?"soal Tyara dalam hati.Dia meneruskan langkah kakinya dengan laju.
Tyara masuk ke dalam pejabat.Dia nampak Tengku Kriz memeluk tubuh lelaki tadi yang dia nampak.Pelukan yang sangat mesra.
Lelaki berusia lebih kurang sebaya dengan ayahnya itu memandangnya.Ya betul dia orang yang sama dia pernah nampak semasa dia sekolah dulu.Lelaki ini sering menemui arwah ayahnya.
"Tyara apa awak berdiri dekat situ?.Ni saya kenalkan bapa saudara saya Tengku Murshid"Tengku Kriz memperkenalkan gerangan didepannya.
Tyara menarik nafas dalam.Dia mengepal penumbuknya menahan rasa marah.Dia tidak tahu kenapa dia rasa seperti itu.
"Saya keluar dulu Tengku.Saya sediakan minuman untuk tetamu Tengku"ucap Tyara terus keluar dari pejabat.
******
Dia menggenggam tangannya.Dia mundar-mandir diruang pantri.Apa harus aku buat sekarang?.
Alice memegang bahunya.
"Tyara awak okay ke?. Tengku cari awak tu"ucap Alice.
"Sebentar saya buatkan air untuk mereka"ucap Tyara.
*******
Dalam pejabat Tengku Kriz suasana bertukar dingin sedinginnya melainkan Tengku Kriz yang rancak berborak.
"Jadi Uncle sekarang ni stay dekat Malaysia lah.Lepas ni boleh Kriz bawa pergi jalan-jalan makan-makan"ucap Tengku Kriz.
"Boleh je lagipun sekarang dah banyak tempat seronok uncle tengok"ucap Tengku Murshid sambil tersenyum.
Telefon pintar Tengku Kriz berbunyi.Dia bingkas bangun dan menjawab panggilan tersebut.
Tinggal Tyara dan Tengku Murshid diruang itu.Tengku Murshid memandang Tengku Kriz yang sedang menjawab panggilan.
"Long time no see Tyara Adleena Binti Marzuki"ucap Tengku Murshid sambil tersenyum manis memandang wajah Tyara yang sudah tegang.
Tyara rasa terganggu dengan senyuman itu.Senyuman itu membuatkan dia teringat tentang masa lalunya.Dan senyuman itu yang buatkan Ayah bersara lebih awal dari waktunya.
Tyara bingkas bangun dari sofa.Dia memandang wajah Tengku Murshid sambil menahan marah.Dia terus keluar dari pejabat Tengku Kriz tanpa peduli apa yang bakal Tengku Kriz fikirkan.
Tengku Kriz memandang Tyara yang keluar dari pejabatnya dengan langkah laju.Dia melihat arah Tengku Murshid yang sedang tersenyum sinis.
Dia menyambung perbualan dalam telefonnya semula.
Tyara berdiri di ruang lepak di atap.Dia cuba mengawal marahnya.
"Ayah berhenti sebab Ayah tak nak buat kerja kotor.Ayah tak nak tanggung dosa orang lain"ucap Encik Marzuki padanya ketika ditanya soalan kenapa Ayahnya berhenti kerja sebagai polis pengawal ketika itu.
Tyara memandang wajah Encik Marzuki.Walaupun dia tidak faham apa-apa ketika itu.
"Arghhhh......"jerit Tyara kuat sekuatnya diruang atap itu.
Share this novel