BAB 39

Drama Completed 71272

Pintu pejabat diketuk Haziq membawa beberapa fail untuk diperiksa kepada Tengku Kriz.Nasib tak terlepas fail ditangan Haziq, mana taknya dia melihat Tengku Kriz yang selama ini begitu menjaga penampilan harini datang kerja dengan hanya t-shirt Polo sahaja.Dengan mata sembam tak cukup tidur.

"Tengku... Tengku okay tak ni?"soal Haziq sambil mengetuk meja majikannya.

Tengku Kriz mendongak memandang Haziq sebelum keluhan keluar dari mulutnya.Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Tengku Kriz.

"Kau kalau nak tahu apa aku tengah lalui sekarang.Aku nasihatkan kau timba ilmu dulu sebelum kahwin"ucap Tengku Kriz.

Haziq menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Kenapa pulak Tengku?.Apa jadi semalam sampai Tengku tak tido?"soal Haziq pada Tengku Kriz yang menguap beberapa kali.

"Kau nak tahu ni, sini aku cerita dekat kau"ucap Tengku Kriz sambil menyuruh Haziq rapat sedikit dengannya.

******

Tyara terjaga dari tidur.Dia rasa lapar mahu makan sesuatu.Dia berpaling pada Tengku Kriz yang lena tidur.Sedangkan dia tak boleh tidur langsung.

"Abang....Abang....bangunlah"kejut Tyara sambil menggoncang badan Tengku Kriz beberapa kali.

Tapi hanya bunyi yang keluar dari mulut Tengku Kriz.Dia mengeluh kecil.Lalu lagi sekali dia mengoncang tubuh itu.

Tengku Kriz membuka sebelah matanya memandang isterinya yang sedang duduk menatapnya.Dia menggosok matanya dan duduk memandang Tyara.

"Kenapa sayang?. Sayang rasa sakit ke?"soal Tengku Kriz dalam separuh mamai.

"Tak Abang jom"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

"Ahhh....jom?.Jom pergi mana?"soalnya.

"Sayang lapar"ucap Tyara sambil mengusap perutnya.

"Allahuakbar sayang lapar.Abang panaskan lauk nak"ucap Tengku Kriz mahu bangun dari katil.

"Tak nak"jawab Tyara pendek.

Tengku Kriz berpaling menghadap isterinya.

"Tak nak.Kata nak makan pastu tak nak pulak"ucap Tengku Kriz sambil menggaru kepalanya.

"Sayang nak makan mee goreng mamak.Jom pergi mamak"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz mengerutkan dahinya.Lalu matanya terus terbuka luas.Dia membelek jam ditepi katil.Jarum jam menunjukkan pukul dua setengah pagi.

"Sayang dua setengah pagi ni sayang.Ni waktu orang tidur orang tidur.Haiwan pun tidur sayang"ucap Tengku Kriz.

"Alah mamak kan dua puluh empat jam.Mamak tak tidurlah.Jomlah teman saya.Kalau awak tak nak saya pergi sendiri"ucap Tyara terus bangun turun dari katil.

Tengku Kriz menepuk dahinya lalu turun dari katil mengejar langkah isterinya.

"Kejap...kejap.. sayang.Tunggu Abang siap kejap"ucap Tengku Kriz pada Tyara yang sudah muncung panjang.

"Alah tak payah beria.Abang capai baju dengan kain pelikat jelah.Cepat sikit" arah Tyara yang sudah keluar dari bilik.

Laju Tengku Kriz mencapai kain pelikat dan baju mahu mengejar langkah isterinya yang mengidam pelik-pelik.

"Aduh sayang elok-elok turun tangga tu.Bergegar anak kita dalam tu"ucap Tengku Kriz berlari keluar dari bilik.

*******

Mi goreng mamak yang dipesan sudah sampai.Tengku Kriz meletakkan sudu dan garfu pada pinggan Tyara.

Dia hanya mendongak dagu memandang Tyara makan.

"Abang nak tak?"soal Tyara.

"Tak nak Sayang makanlah puas-puas"ucap Tengku Kriz.Dia menggelengkan kepalanya.Pelik mengidam bini aku, masa awal mengandung dulu Tyara mengidam nak naik kuda.Yang selama ni dia takut dengan kuda.Tak bagi nanti perang dunia berlaku.

Sekarang mengidam mi goreng mamak pulak.Jangan anak aku keluar muka mamak ni sudah.

"Sayang suka ke?"soal Tengku Kriz sambil mengambil tisu dan dilap mulut Tyara yang comot.

"Suka tak adalah mengalir air liur anak kita nanti"ucap Tyara.

"Kenapa dalam banyak-banyak benda sayang nak mi goreng mamak ni?"soal Tengku Kriz.

"Entahlah anyway thank you sebab sudi layan tekak sayang"ucap Tyara sambil mengusap pipi suaminya.

"Sama-sama makan cepat"ucap Tengku Kriz sambil menahan menguap beberapa kali.

*********

Haziq gelak besar dengan cerita Tengku Kriz.Patutlah muka majikannya tak semengah pagi ni.Serba tak cukup.

"Angkara mi goreng mamak Tengku Kriz tak cukup tidur"ucap Haziq sambil tergelak.

"Kau gelakkan aku sekarang?.Takpe kau tunggu waktu kau akan tiba tak lama nanti"ucap Tengku Kriz.

"Okay relaks.Tengku habiskan kerja yang ada lepastu saya hantar Tengku balik.Rehat dekat rumah"ucap Haziq menutup balik ketawanya tadi.

Tengku Kriz menyambung kerjanya semula.

*********

Tyara melipat pakaian yang sudah kering sambil menonton drama turki kegemarannya.Pintu rumah dibuka, Tengku Kriz meletakkan kunci kereta pada penyangkut dan meluru ke arah Tyara sambil memeluk dan mencium pipi gebu isterinya.

"Awal Abang balik?"soal Tyara.Tengku Kriz melabuhkan kepalanya atas peha Tyara.

"Half Day je mampu"ucap Tengku Kriz sambil tumpang menonton sekali.

"Kenapa awak tak sihat ke?"soal Tyara sambil memegang pipi suaminya.

"Tak adalah saja kesian sayang dekat rumah sorang.Sayang Abang rasa drama ni dah ulang banyak kali tau"ucap Tengku Kriz.

"Memang pun.Sayang suka tengok mafia tu dengan Doktor tu"ucap Tyara.

"Sayang keturunan Abang semua mix Chinese belum lagi ada mix Turkish ke mamak-mamak ke?"

"Ishh... Abang ni Tyara suka tengok je jangan lebih-lebih sangat.Overthinking sangat"ucap Tyara menyiapkan saki baki kain yang ada.

"Memanglah tu dalam tu anak Abang.Muka mesti sama Abang yang penting hensem"

Tengku Kriz bangun dan duduk disebelah Tyara.

"Abang dah makan?"soal Tyara.

Tengku Kriz menggelengkan kepalanya.

"Belum, tadi siapkan kerja terus balik.Sayang dah masak ke?"soal Tengku Kriz.

"Dah ikan keli belado, ulam raja dan sup isi ketam"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

"Sedapnya tapi Abang nak mandi dulu.Nanti Abang tolong sayang hidangkan"ucap Tengku Kriz bangun dan menuju ke bilik tidur di atas.

*******

Hana baru sampai dirumah sewanya.Dia mematikan enjin kereta.Dan keluar dari kereta mahu masuk ke rumah.

Tapi ada sebuah kereta berhenti tepat di depan rumah sewanya.Dia berhenti membuka kunci rumah.

Kereta yang padanya dia tidak pernah nampak sebelum ni.Satu gerangan keluar dari kereta dengan memakai sut hitam dan kaca mata.

Hana tersenyum sebaik sahaja melihat wajah itu.

"Asalamualaikum....Cik Hana"ucap Tengku Mateen sambil menayangkan sebaris giginya.

"Walaikumusalam... Tengku Mateen.Bila Tengku Mateen balik sini?"soal Hana dengan nada ceria.Dia tahu yang Tengku Mateen berhijrah ke Mekah dalam enam bulan untuk pemasangan produk teknologi syarikatnya disana.

"Baru je semalam sampai.Ni berkat Cik Hana juga saya sampai sana"ucap Tengku Mateen.

"So kiranya sekarang saya kena panggil Haji Tengku Mateen macam tu"ucap Hana mengusik.

Tengku Mateen tersengih-sengih.

"Malulah saya.Rasa tua pulak awak panggil saya Haji.Panggil Mateen pun dah okay.Oh yeah saya ada something untuk awak kejap"ucap Tengku Mateen membuka pintu belakang keretanya.Dan mengeluarkan sesuatu.

Beg kertas yang diambil dihulurkan pada Hana.Hana menyambut huluran itu.

"Apa ni?"soal Hana pada Tengku Mateen.

"Ada sedikit buah tangan dari saya untuk awak.Nanti awak bukalah.Saya ingat saya nak jumpa Kriz dengan Tyara"ucap Tengku Mateen pada Hana.

"Terima kasih sebab bagi saya ni"ucap Hana.

"Sama-sama kasih"ucap Tengku Mateen sebelum masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan perumahan Hana.

Hana masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung di atas kerusi.Dia membuka beg kertas pemberian Tengku Mateen.Terdapat satu kotak besar dan diikat reben.

Dia membuka ikatan itu lalu matanya terpana pada ukiran kaabah yang diberi oleh Tengku Mateen dan disampingnya terdapat satu kotak baldu kecil panjang berwarna putih.

Dia membuka kotak putih itu.Lalu matanya terkejut melihat seutas rantai dengan ukiran namanya dalam tulisan jawi.

"Cantiknya" puji Hana sambil membelek rantai itu.

Tengku Mateen tersenyum manis sambil tangannya mengikut rentak lagu di corong radio.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience