BAB 23

Drama Completed 71272

Tyara duduk di taman hospital.Dia sengaja keluar senyap-senyap dari wad untuk menghirup udara luar.

Sebulan dia menerima rawatan di hospital bagi memulihkan kesihatannya.Nasib ramai yang membantunya terutama Tengku Mateen yang selalu datang menemaninya berbual.Tapi hatinya tetap kosong, dia masih ingat saat Haziq menyerahkan surat kepadanya.

"Surat apa ni?"soal Tyara.Dia mengambil surat tersebut dan dibuka.Dia membaca surat tersebut dan dia memandang Haziq.

"Betul Tyara.Tengku Kriz tak perlukan khidmat awak lagi.Saya minta maaf sangat"ucap Haziq.

Dia mengenggam erat surat itu.Ada air jernih jatuh di atas surat itu.Kenapa? Kenapa Tengku Kriz bersikap begini?.Dia perlukan penjelasan daripada Tengku Kriz?.

"Saya nak jumpa dia"ucap Tyara mahu bangun dari katil tapi dihalang oleh Tengku Mateen.

Sepasang mata memandang Tyara disebalik pohon.Dia memandang wajah Tyara yang tidak ceria itu.Matanya teralih pada Tengku Mateen yang datang membawa air buat Tyara.

"Kenapa suka keluar tak bagitahu saya?"soal Tengku Mateen menghulurkan air kepada Tyara.

"Terima kasih.Saya bosan duduk dalam wad jadi saya keluar sini.Boleh dapat udara segar.Tengku ni datang sini, tak ada kerja ke?"soal Tyara.

"Saya punya kerja dah selesai awal.Lagipun pun saya kena temankan kawan saya ni"ucap Tengku Mateen.

"Tengku kalau saya nak tanya pasal Tengku Kriz boleh?"soal Tyara.

Tengku Mateen tahu Tyara sebenarnya rindukan Kriz.Tapi nak buat macamana Kriz sekarang tak macam dulu.Terlalu sensitif dan perubahan sikapnya sejak dia melepaskan Tyara pergi.

"Dia sihat cuma dia bukan Kriz yang awak kenal dulu"ucap Tengku Mateen.

"Alhamdulilah dia sihat saya lega sikit"ucap Tyara sambil tersenyum manis.

Dia meninggalkan taman itu dahulu supaya tiada siapa yang perasan tentangnya.

********

"Makan ubat ni adik"ucap Puan Adliza menghulurkan ubat.Dia menelan pil untuk badannya.

"Adik kena banyak rehat.Jangan sibuk-sibuk nak buat kerja.Lagipun tutik ada"ucap Puan Adliza.

"Umi Tyara nak pergi ambil angin kejap boleh?"soal Tyara pada Puan Adliza.

"Tunggulah Abang balik"ucap Puan Adliza.

"Abang sibuk sekarang.Takpa adik okay aje.Boleh ya Umi"ucap Tyara.

********

Kakinya melangkah perlahan kerana dia masih belum boleh berjalan terlalu cepat akibat kejadian itu.

Dia masuk ke dalam bangunan Kiddarl Technology.Dia perlu buat satu perhitungan dengan Tengku Kriz.Dia keluar tadi pun tanpa bagitahu Umi dia mahu kesini.Nasib Hana ada boleh cover line.

Sampai di tingkat pejabat utama Tengku Kriz.Haziq menyambutnya dengan senyuman.

"Cik Tyara okay ke?"soal Haziq pada Tyara.

"Okay Alhamdulilah.Tengku Kriz ada kan?"soal Tyara.

Haziq mengangguk kepala.

Dia membelek surat-surat yang sampai ke pejabatnya.Tanpa sedar pintu pejabatnya dibuka.

"Haziq kan aku cakap dengan kau tunggu aku dekat luar je"ucap Tengku Kriz tanpa memandang ke depan.

"Asalamualaikum... Tengku Kriz"ucap Tyara sambil memandang tepat ke arah Tengku Kriz yang sedang duduk di kerusi.

Tengku Kriz mendongak memandang ke arah depan.Dia pelik bagaimana Tyara boleh ada dipejabatnya.

Dia bangun dari kerusi sambil tangan dalam kocek seluar.

"Apa awak buat dekat sini?"soal Tengku Kriz sambil melihat penampilan Tyara.Rasanya sudah hampir sebulan dia tidak melihat wajah itu.

Dia berdiri dekat dengan Tyara.Tyara menghulurkan sekeping sampul berwarna putih kepada Tengku Kriz.Lelaki itu mengerutkan dahi.

"Apa ni?"soal Tengku Kriz.

"Itu kontrak kerja saya dengan Tengku Kriz.Dalam kontrak tu saya ada lagi dua bulan untuk kerja dengan Tengku.Tapi Tengku lupa, jadi saya datang nak mengingatkan Tengku bahawa disaat ni saya masih bodyguard Tengku.Dan dalam kontrak cakap kalau saya tak habiskan kontrak saya, saya kena bayar tiga kali ganda"ucap Tyara.

Tengku Kriz membelek kontrak itu.Macamana dia boleh terlepas pandang.Dia memalingkan badannya.

"Jadi untuk mengelakkan saya bayar.Saya akan kerja lagi dua bulan dengan Tengku.Sama ada Tengku suka atau tak.Terpulang pada Tengku.Saya cuma nak habiskan kerja saya"ucap Tyara lagi.

Tengku Kriz membuang kontrak itu ke dalam tong sampah.

"Saya takkan minta bayaran pada awak"ucap Tengku Kriz cuba mengawal riak wajahnya.Matanya langsung tidak memandang wajah Tyara.

Tyara menarik nafasnya yang terasa sempit.Dia tak faham kenapa Tengku Kriz layan dia dingin.

"Saya akan habiskan apa yang saya mulakan.Tengku marah saya sebab Abang saya ke?"terpacul soalan itu keluar dari mulutnya.

Tengku Kriz masih diam lagi tidak bersuara.Tyara mendekati Tengku Kriz.

"Kalau tak ada apa-apa awak boleh balik.Saya ada kerja nak kena buat"ucap Tengku Kriz membelakangi Tyara.

Tyara memegang lengan Tengku Kriz.Dia sedikit terkejut dengan pegangan Tyara.

"Awak buat apa ni?.Lepaskan saya"ucap Tengku Kriz.

"Tak...saya tahu Tengku marahkan saya tapi jangan layan saya macam ni"ucap Tyara.Tengku Kriz mengigit bibirnya.

"Awak tahu saya mampu buat apa saja kan?"ucap Tengku Kriz menarik lengannya dari dipegang Tyara.

"Saya tahu walaupun Tengku Kriz marah saya tapi Tengku selalu perhatikan saya.Haziq bagitahu saya semuanya.Tengku juga yang datang selamatkan saya malam tu"ucap Tyara dengan nafas turun naik.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara.Ya sebenarnya dia rindukan wajah itu.Tapi dia menahan hatinya.

Tyara menundukkan wajahnya ke lantai."Saya tak pernah tipu Tengku.Tapi takdir hidup saya macam ni.Saya tak minta pun.Kalau Tengku nak hukum saya pun saya tak kisah"ucapnya.

Dia rasa nafasnya laju.Kesan ubat yang diambil menyuruhnya untuk banyak berehat tapi dia nekad untuk berjumpa Tengku Kriz harini.Jadi dia tak peduli kesihatan dirinya.

Dia membongkokkan badannya.Tengku Kriz yang melihat cepat-cepat memapahnya duduk dikerusi.

"Awak kenapa ni?"soal Tengku Kriz yang cemas melihat Tyara.

"Tak ada apa-apa.Bagi saya rest kejap"ucap Tyara Tengku Kriz memegang tangan Tyara.Dia membuka sebotol air mineral dan disuakan ke mulut Tyara.

"Keep breathing... Tyara.."ucapnya sambil mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap dahi Tyara yang basah.Walaupun penghawa dingin dalam pejabatnya kuat.Tapi Tyara berpeluh.

"Macamana awak nak kerja dengan saya? Kalau keadaan awak macam ni?"soal Tengku Kriz.

Tyara memandang wajah Tengku Kriz.

"Saya sanggup buat apa saja untuk Tengku"ucap Tyara.

Haziq yang masuk ke dalam pejabat melihat Tyara.

"Kenapa dengan Tyara Tengku?" soal Haziq.

"She's fine.She will okay"ucap Tengku Kriz yang masih tidak lepas memegang tangan Tyara.

"Nak saya panggil doktor ke?"soal Haziq.

Tyara menggelengkan kepala.Dia cuma penat sebab kesan kuat daripada ubat yang diambilnya.

"Haziq batalkan semua meeting harini.Saya hantar Tyara balik"ucap Tengku Kriz mengambil telefon pintarnya diatas meja dan mengendong Tyara keluar dari pejabatnya.Dia tidak peduli semua mata memandang ke arahnya.

Haziq mengikut dari belakang.Pintu kereta dibuka Tengku Kriz meletakkan Tyara di kerusi penumpang.Dia memandang Tyara yang memejamkan matanya.

Dia menutup badan Tyara dengan sutnya."Tengku..jangan marahkan saya.."ucap Tyara sambil menangis teresak-esak.

Kali pertama dia menangis teresak-esak didepan lelaki selain abangnya.Dia tak tahu kenapa emosinya lain macam selepas sedar dari hospital.

"Shh....saya tak marahkan awak.Saya hantar awak balik dulu.Awak kena rehat cukup-cukup kalau nak kerja dengan saya"ucap Tengku Kriz mengesat air mata Tyara yang mengalir di pipi.

Dia memakai tali pinggang keledar pada Tyara.Lalu menutup pintu kereta, Tengku Kriz memandang Haziq yang masih berdiri.

"Kenapa? Kau pun nak marah aku ke?"ucap Tengku Kriz mengerutkan dahi.

"Kalau Tengku sakitkan hati Tyara lagi.Saya tak nak tolong Tengku dah"ucap Haziq.Tengku Kriz bagaikan tak percaya dengan apa yang Haziq cakapkan.

"Don't pretend like Tengku Mateen okay"ucap Tengku Kriz terus masuk ke dalam kereta.Ya memang sepanjang sebulan dia cemburu melihat Tengku Mateen berjumpa dengan Tyara.

Dan setiap kali pertemuan Tengku Mateen dan Tyara mesti Haziq akan maklumkan.Dan setiap kali itu hatinya bagai diragut-ragut rasanya.Tapi riak sakit itu dia tidak tunjukkan depan Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience