BAB 20

Drama Completed 71272

Tengku Mateen duduk bersilang sambil memandang wajah Tengku Kriz yang sedang merenung wajahnya.

"Asal aku melawat kau tak boleh?"soal Tengku Mateen.

"Macamana nak kau tahu aku kenal pukul?"soal Tengku Kriz.

"Kau tu kalau kentut pun aku tahu, dah tentulah Mak Engku bagitahu Aku"ucap Tengku Mateen.

"Selalu kau dengan PA kau mana dia, selalu macam belangkas korang"ujar Tengku Kriz.

"Dia ada hal harini.Aku datang sorang pun bagus juga lagipun ni Mummy aku tak tahu tau.Kalau dia tahu ni bising sampai ke malam.Ni siapa yang pukul kau Ni?"soal Tengku Mateen.

Tengku Kriz mengeluh kecil.

"Entahlah aku tak nampak sangat malam tu"ucap Tengku Kriz cuba mengingat kembali kejadian malam itu.

"Itulah kau upah bodyguard bukan nak lindung kau tapi kau pergi ngorat dia"perli Tengku Mateen.

"Itu kau jangan.Aku rasa kau lupa pasal tangan kau hampir patah haritu"ucap Tengku Kriz.

Tengku Mateen memandang tangannya.

******

Talha membawa Tyara pulang ke rumah keluarga mereka.Dia tidak mahu adiknya itu semakin jauh dengan Umi mereka.

"Betul ke apa kita buat Ni?"soal Tyara pada Talha.

Talha memandang wajah Tyara.

"Asalamualaikum.... Umi "panggil Talha.Dalam beberapa saat muncul Puan Adliza didepan pintu.

"Walaikumusalam... Talha"panggil Puan Adliza terhenti disaat dia melihat Tyara disebelah anaknya.

"Kau buat apa dekat sini? Hidup aku aku dah cukup tenang tanpa kau"jerit Puan Adliza pada Tyara.

"Umi!! Cukuplah Talha dah penatlah dengan semua ni.Umi sebagai ibu sepatutnya lindung
Tyara tapi Umi halau dia"ucap Talha.

"Kau ajar anak aku jadi kurang ajar kan?"soal Puan Adliza.

Tyara masih tidak berganjak.

"Talha tahu hidup Umi tak pernah tenang.Dalam doa Umi selalu ada untuk Tyara.Umi tak boleh bohong Talha.Kalau Umi cakap adik ni derhaka pada Umi.Umi apa kurangnya kejam tak berhati perut pada zuriat sendiri"ucap Talha sambil memegang kedua bahu Puan Adliza.

Tyara cuba mendekati Puan Adliza.Tapi Puan Adliza mengelak.

"Tyara datang dengan niat baik.Tyara tak nak musuh dengan Umi dan Tyara cuma nak Umi tahu Tyara dah maafkan semua salah Umi pada Tyara.Lagipun kita takkan tahu macam mana pengakhiran kita nanti

Kalau ini peluang terakhir Tyara untuk jumpa Umi.Tyara minta maaf sebab gagal jadi anak yang baik untuk Umi.Umi halalkan makan minum Tyara selama Tyara dengan Umi"ucap Tyara sambil menahan airmatanya.

Talha memandang wajah Puan Adliza yang masih tidak memandang wajah adiknya.

"Ayah pernah pesan jangan sesekali putuskan ikatan keluarga kita.Walau seteruk mana pun dosa yang dia buat.Semua orang tak sempurna Umi"ucap Talha terhenti apabila Puan Adliza masuk ke dalam terus.

Talha memandang adiknya dan menarik lengan Tyara masuk ke dalam rumah.

"Takpe ke Abang.Umi takkan suka"ucap Tyara.

"Kalau Umi tak suka dia dah lama buang semua barang Tyara.Ini Abang tengok dia kadang dia bersihkan bilik adik"ucap Talha sambil membuka pintu bilik lamanya.

Tyara memandang sekeliling biliknya itu.Masih kekal seperti dulu.Tiada perubahan langsung.Dia memegang katil dan meja soleknya.Terdapat gambarnya ketika dibangku sekolah di dinding.

"Pasal Umi tu adik jangan risau, malam ni adik tidur sini ya.Lagipun adik dicutikan dengan Tengku Kriz kan?"soal Talha.

Tyara pelik dengan Talha.Macamana dia boleh tahu?.

"Tapi abang kena tolong Tyara pujuk Umi"ucap Tyara.

Talha mengangguk dan tersenyum.

*******

Tyara menapak ke dapur melihat Puan Adliza sedang duduk dimeja makan.

"Umi...adik tolong Umi ya?"soal Tyara.

"Tak perlu aku boleh buat semua sendiri"ucap Puan Adliza bingkas bangun dari duduknya.

"Takpelah Umi adik dah lama tak tolong Umi.Apa yang Umi ajar semua adik ikut?"ucap Tyara berdiri dibelakang Puan Adliza.

Tapi Puan Adliza buat-buat tidak dengar penjelasannya.Dia mengeluh kecil.Talha hanya menggelengkan kepalanya.

********

"Tyara pergi mana?"soal Tengku Kriz yang kebosanan.

"Tyara tak ada dekat rumah sewa dia.Saya pun tak tahu dia pergi mana"jelas Haziq.

"Tak dekat rumah.Aku bagi dia cuti suruh duduk rumah dia merayau.Aku sakit dekat sini bukan dia nak tengok aku"bebel Tengku Kriz.

"Mungkin dia ada urusan luar.Kenapa Tengku tanya pasal Tyara?.Haritu kan Tengku ada cakap pasal Mak Engku suruh cari calon isteri, Tengku dah jumpa ke?"soal Haziq.

Tengku Kriz menjeling tajam ke arah Haziq.

"Kau nampak aku macam tengah buat ujibakat cari calon isteri ke?.Aku tak masa nak cari.Dan kau ingat kahwin ni macam kau beli baju branded dekat butik.Kau suka kau bayar macam tu"ujar Tengku Kriz.

"Jadi Tengku nak kahwin dengan pilihan Mak Engku macam tu?"ujar Haziq.

"Itu lagi aku pening.Buatnya tak masuk dengan aku merana hidup aku"ucap Tengku Kriz.

"Dah susah sangat apa kata Tengku Kriz cuba ngorat Tyara.Saya tengok Tengku kalau dengan Tyara bukan main lain lagi kadang tu lupa saya wujud lagi"ucap Haziq.

Ngorat Tyara???....

*******

Tyara duduk berseorangan di taman milik Puan Adliza.Susunan bunga kerta itu masih ada lagi.

Talha keluar membawa secawan kopi panas pada Tyara.

"Termenung apa?"soal Talha.

"Tak ada apa-apa.Cuma tengok taman ni masih sama macam dulu.Tak ada yang berubah cuma manusia saja yang berubah"ucap Tyara.

"Adik sedap tak dapat makan lauk favourite adik tadi?"soal Talha.

Tyara senyum panjang.

"Alhamdulillah sedap Umi masak.Mana tahu ni makanan terakhir adik dapat rasa"ucap Tyara.

"Kenapa makanan terakhir?"soal Talha.

"Ialah mana tahu Umi tak nak masak dah lauk tu.Adik harap Umi boleh maafkan adik"ucap Tyara.

"Sabar itu indah adik.Doa banyak-banyak supaya Umi lembut hati.Adik pun jaga diri tu.Jangan tahu nak berani saja.Sesekali kita kena takut"ucap Talha.

*********

Sudah pukul satu pagi Tyara masih tidak boleh lelapkan mata.Dia bangun dari katil dan menuju ke meja soleknya.Dia mencari kertas dan pen.

Dia duduk menulis sesuatu pada kertas.Dia meluahkan isi hatinya pada kertas itu.Setiap apa yang terbuku diluahkan satu persatu.Sekiranya bicara itu tidak jadi.Jadi dia harap dengan menulis akan buatkan dia terluah.

*********

Kereta diberhentikan berdekatan dengan kawasan perumahan terbengkalai yang dia pernah nampak Inspektor Shahar berada bersama dengan seorang lelaki yang duduk didalam sebuah kereta berwarna hitam mewah.

Kawasan itu gelap dan agak terpencil.Jauh daripada kawasan orang lalu lalang.Dia mengeluarkan telefonnya dan membuka lampu.Dia berjalan ke arah kawasan itu.

Dia mengintip dari jauh.Terdapat beberapa orang yang menjaga kawasan itu.Ada sebuah kereta masuk dia menyorok sedikit.

"Kereta tu sama dengan kereta yang serang Tengku"ucap Tyara.

Dia mengamati ada beberapa orang lagi keluar dari kereta itu.Siapa diaorang Ni?.Tempat apa sebenarnya Ni?.

Dia cuba berjalan lebih dekat untuk mengambil gambar.Tindakannya terhenti disaat dia nampak seseorang yang dia kenali.Lelaki itu memang tidak asing lagi.Ya dari gaya berjalan dia tahu siapa?.

Tapi kenapa?.Tyara tidak terkejut dengan apa yang dilihatnya tapi yang pasti Inspektor Shahar bukan dalangnya.Orang yang naik kereta hitam mewah itu dalang sebenar.Dia berundur ke belakang sedikit tapi terpijak tin kosong.Dia memandang ke depan.

Semua yang ada disitu memandang ke arah tempat dia bersembunyi.Satu tangan menutup mulutnya.

"Diam kalau kau nak hidup"kata lelaki itu.Tapi suara itu sangat dikenali.Tyara memandang wajah orang dibelakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience