BAB 38

Drama Completed 71272

Aku merasa mengah tanpa sebab nasib sakit kepala aku dah berkurang nanti kalau aku tak pergi mahu merajuk suaminya.

Tengku Kriz setia memegang tangan Tyara sampai ke dewan makan malam.Ramai tetamu bertepuk tangan menyambut kehadiran kami berdua.

Ini kali pertama Tengku Kriz membawanya ke majlis makan malam sebagai seorang isteri kepada pengusaha terkenal.

Dari jauh aku nampak meja paling depan.Disitu ada Hana, Haziq, Tengku Mateen dan juga si langau tak sedar diri Lily.

Kami duduk satu meja dengan mereka.Malam ni hanya majlis makan malam sahaja selain menghargai jasa-jasa mereka yang berkhidmat di syarikat Kiddarl technology milik Tengku Kriz.

Makan sudah terhidang didepan Tyara.Dia hanya mengkuis makanan sahaja.Tidak selera untuk makan.

Hana memandang Tyara.

"Tyara kenapa tak sedap ke?"soal Hana yang dari tadi memerhati Tyara.

"Tak adalah makanan ni nampak sedap tapi aku tak boleh makan"ucap Tyara.

"Kenapa pulak? Aku makan elok je"kata Hana.

"Makan Tyara nanti perut awak kosong"ucap Tengku Mateen yang duduk disebelah Hana.

"Betul tu dari siang tadi kau tak nak makan nanti masuk angin perut"ucap Hana.

Tyara terpandang buah jambu dengan asam.Membuatkan liurnya kecur.Dia mengambil sedikit dan dimakannya.Rasa serbuk asam itu melegakan sedikit tekaknya.

Tengku Kriz kembali duduk setelah menyampaikan penghargaan kepada pekerjanya.Dia melihat nasi dalam pinggan Tyara tidak berusik.Tyara hanya makan buah jambu dan asam.

"Sayang...kenapa tak makan nasi.Makan jambu dengan asam perut kosong"kata Tengku Kriz yang risau.

"Saya dah cakap dengan dia suruh makan nasi tapi dia tak nak.Itu je dia mampu hadap"ucap Hana sebelum terhenti mengunyah.

"Sorry saya tak selera nak telan nasi"ucap Tyara sambil sambung mengunyah jambu.


Lily hanya memandang sinis.Lalu dia terpandang sesuatu.Dia bingkas bangun dari duduknya menuju ke arah buffet.Tengku Mateen memandang ke arah Lily.

Pinggan diambil dan diletakkan beberapa kepingan jambu serta asam.Lalu dia mengeluarkan sesuatu pada tas kecilnya.Satu serbuk diletakkan diatas asam tersebut.Lalu dia kembali ke arah meja makan mereka.

"Tyara you nak lagi tak? I ada ambil lebih untuk you"ucap Lily sambil menghulurkan pinggan berisi jambu itu.Tyara mengambilnya lalu dia tersenyum sinis sebelum kembali pada tempat duduknya.

Tyara mengambil garfu dan mengambil jambu itu mahu masuk ke dalam mulut tapi dihalang oleh Tengku Mateen.

Tindakan itu mengejutkan semua orang termasuk Tengku Kriz yang sedang menikmati makanan.

"Kenapa Mateen?"soal Tengku Kriz.

"Ahh kenapa ni.Saya tak boleh makan ke?"soal Tyara.

Pinggan dimeja Tyara diambil lalu dia berjalan ke arah Lily dan meletakkan pinggan tersebut diatas meja.

"You kenapa Mateen? . I penat ambil untuk Tyara.Bagilah dia makan"ucap Lily tanpa rasa bersalah langsung.

Tengku Mateen memandang wajah Lily dengan merah padam.Semua mata memandang ke arahnya.

"I nak you makan dulu"ucap Tengku Mateen.

Haziq bangun dari duduknya menuju ke arah Lily.Lalu tas tangan yang dikepit kuat oleh Lily dirampas.Dia membuka tas itu terjumpa satu botol kecil mengandungi serbuk berwarna putih seakan-akan sama dengan serbuk asam.Dia menunjukkan benda itu kepada Tengku Kriz.

"Damn it!!! How there you Lily?"ucap Tengku Kriz dengan nada marah.Lily terus bangun dan berlari keluar dari dewan.Tengku Mateen terus mengejarnya.

Nasib semua dalam dewan tengah sibuk menikmati makanan.Langsung tidak perasan dengan situasi tegang dimeja Tengku Kriz.Hana memeluk Tyara yang masih terkejut dengan perbuatan Lily padanya.

Tangannya ditarik kasar oleh Tengku Mateen.Lily meronta-ronta mahu dilepaskan.

"You ni hidup suka menyusahkan orang.You better duduk oversea lagi bagus dari balik Malaysia"ucap Tengku Mateen.

"I nak Kriz.Kriz untuk I bukan untuk dia.Dia yang buat Kriz hilang ingatan.Memang bagus pun Kriz tu hilang ingatan selama-lamanya pun takpe.Perempuan macam tu tak layak untuk Kriz.Dasar perempuan tak guna"ucap Lily.

Satu penampar hinggap dimuka Lily.Membuatkan dia terdiam, dia memandang Tengku Kriz yang sedang menyinga menahan amarah.Perit rasanya bila pipinya ditampar oleh Tengku Kriz.

"I tak kisah you Sepupu I ke apa?.I haramkan you untuk jejak kaki dekat Malaysia ni.You dengan diri you boleh keluar dari sini.Perempuan yang you hina tu isteri I.And you know what you jangan ingat I tak ingat apa you buat pada dia dulu"ucap Tengku Kriz dengan dada berombak menahan amarah.

Tengku Mateen disebelah memandang Tengku Kriz.Maknanya Kriz dah ingat semuanya.Semuanya tentang Tyara dia dah ingat.

Lily terus meninggalkan mereka berdua sambil menghentak kakinya.

Tengku Mateen terus memeluk tubuh Tengku Kriz.

"Kau pahal pulak ni?"soal Tengku Kriz sambil menolak tubuh Tengku Mateen.

"You're back"ucap Tengku Mateen dengan teruja.

"Of course I'm back for my love "ucap Tengku Kriz.

Lalu mereka kembali bersama ke dalam dewan makan.

********

Haziq menunggu didepan dewan makan.Dia nampak Tengku Kriz dan Tengku Mateen berjalan ke arahnya.

"Haziq kenapa duduk dekat luar ni?"soal Tengku Kriz.

"Ahh kenapa duduk dekat luar?.Mana yang lain?"soal Tengku Mateen.

Haziq menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.


Hana menghulurkan air mineral kepada Tyara.Tyara meneguk air didalam gelas itu.Dia menyeka air mata yang mengalir.

"Kau okay tak ni?"soal Hana yang risau dengan Tyara .

"Aku okay cuma aku tak sangka perkara tadi jadi dekat aku.Aku ingat dia okay aje"ucap Tyara perlahan.

"Orang macam dia kena langgar treler pun aku tak tahu otak dia betul tak?.Berani tau dia buat kau depan suami kau sendiri.Ni tadi sebenarnya aku nak tanya kau soalan tapi terbantut"soal Hana.

"Apa dia?"

Hana menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Okay aku tak tahulah betul atau tak.Aku tengok kau punya simptomkan macam akak aku masa dipregnant dulu.Aku cuma rasa yang kau ni tengah mengandung"ucap Hana sambil menunggu reaksi muka kawannya itu.

Tyara bingkas bangun dari duduknya.Dia berjalan ke hulur ke hilir.Hana hanya memerhati tindak-tanduknya.

"Kau syak aku mengandung.Kejap...kalau ikutkan bulan ni aku patut datang bulan awal tapi sekarang ni dah tengah bulan.Maksudnya aku memang mengandung ke beb?Dengan pening dan berjalan sikit mengah"ucap Tyara sambil memegang perutnya.

Pintu bilik dibuka Tengku Kriz terus meluru ke arah Tyara.Dibelakangnya ada Haziq dan Tengku Mateen turut serta berjemaah dalam bilik Tengku Kriz dan Tyara.

Tengku Kriz memegang pipi isterinya.Dia memegang dahinya juga.

"Sayang okay tak ni?"ucap Tengku Kriz.

"Okay.Jambu tadi tak sempat masuk dalam mulut pun"ucap Tyara.

"Nampaknya Tengku Kriz kena bawa Tyara pergi klinik buat check up"kata Hana.

Tengku Kriz memandang Hana dengan dahi berkerut.Tadi baru dia tanya isterinya okay atau tidak.Tyara jawab okay, Kenapa pulak kena buat check up bagai?.

"Tyara kata dia okay.Kenapa kena pergi klinik pulak?.Sayang ada sakit mana-mana ke?"soal Tengku Kriz memegang pipi Tyara.

Tengku Mateen dan Haziq sudah menggelengkan kepalanya laju dibelakang.

Tyara memandang wajah Tengku Kriz tanpa berkelip.

"Saya rasa....kan...saya..."ucap Tyara.

"Awak rasa apa?"soal Tengku Kriz yang tidak menyabar.

"Saya rasa saya mengandung"ucap Tyara sambil menepuk perutnya lembut.Tengku Kriz memandang perut Tyara dan muka Tyara berkali-kali.

Yang lain sudah tersenyum melihat mereka berdua.

"Sayang...sayang... mengandung..."ucap Tengku Kriz sebelum pengsan.Tyara terkejut melihat suaminya pengsan.Tengku Mateen mengetuk dahinya.

Terus dia dan Haziq meluru ke arah Tengku Kriz.

"Apalah kau ni buat malu kaum lelaki je.Tyara bagitahu kau dia pregnant pun kau boleh pengsan"bebel Tengku Mateen.

"Baru bagitahu mengandung belum beranak lagi"tambah Haziq memapah Tengku Kriz naik ke atas katil.

Hana dan Tyara berpelukan sesama mereka.Dia mahu memeriksa nanti kandungannya bila sampai KL.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience