BAB 26

Drama Completed 71272

Ruang pejabat terasa dingin seperti dalam bilik mayat.Haziq melirik ke arah Tyara yang dari tadi bungkam tidak bersuara begitu juga dengan Tengku Kriz yang masih tidak bersuara.

Dua-duanya keras kepala.Satu tak nak mengalah satu pula tak nak menyerah.Haziq tersepit ditengah-tengah antara mereka.

Haziq berdeham bagi meredakan rasa sunyi dalam pejabat.

"Tengku..kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu"ucap Haziq memandang wajah Tengku Kriz yang masih tidak lepas memandang iPad ditangannya.

Dia keluar meninggalkan ruang pejabat itu kepada Tyara dan Tengku Kriz.

Tyara memandang lantai sahaja.Dia menanti arahan daripada Tengku Kriz.Sedang dia pandang lantai dia rasa ada susuk tubuh seseorang didepannya.Dia mendongak memandang Tengku Kriz yang turut memandangnya.Ketinggian Tengku Kriz itu memaksanya untuk mendongak sedikit.

Ada debaran dalam dirinya sekarang.Dia memegang dadanya.Dia salah makan ubat ke pagi tadi?.Kenapa rasa semacam pulak ni?.

"Saya minta maaf sebab sakitkan hati awak, Tyara.Boleh kita mula dari awal?"soal Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara sedikit terkesan dengan ungkapan Tengku Kriz.

Tangan Tyara diraih dan dipegang."Saya tak nak awak pergi tinggalkan saya lagi.Saya perlukan awak dalam hidup saya.Saya cintakan awak Tyara Adleena"ucap Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara rasa pelik dengan perasaan ini.Benarkah dia pun cintakan Tengku Kriz?.Sebab tu dia rasa semacam setiap kali Tengku Kriz tidak peduli tentang dirinya.

"Saya tahu saya tak patut ada perasaan pada awak.Tapi saya tak boleh tipu diri saya.Saya harus akui perasaan saya kalau saya tak nak hilang awak lagi"ungkap Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara tersenyum manis.

"Saya pun sama.Saya tak boleh jauh dari Tengku.Sebab tu saya cuba cari alasan untuk sentiasa ada dekat dengan Tengku.Saya pun cintakan Tengku"ucap Tyara membalas cinta Tengku Kriz.

Tengku Kriz melepaskan nafas panjang.Dia lega akhirnya terluah juga perasaan yang selama ini dia pendam.Dia menarik Tyara dalam pelukannya.

Tyara turut membalas pelukan Tengku Kriz.

Haziq berdeham sengaja mengacau suasana romantis antara Tengku Kriz dan Tyara.Mereka melepaskan pelukan apabila Haziq masuk.

"Kau ni cepat sangat masuk kenapa?"soal Tengku Kriz.

"Oh cepat ke...saya keluar baliklah"ucap Haziq.

"Tak payah asal kau masuk ni?"soal Tengku Kriz.

"Saya dah jumpa Tengku Mateen"ucap Haziq.

Tyara dan Tengku Kriz memandang sesama mereka.

*********

"Selalu ke Tengku Mateen lari rumah?"soal Tyara memandang Tengku Kriz yang memandu tenang.

"Dulu pernah sekali dia buat.Itu pun puas juga orang cari dia.Dia stress kadang-kadang sebab terkongkong dengan Tengku Eliza"cerita Tengku Kriz.

"Nampaknya tak ada bezalah hidup orang berada dengan orang biasa macam saya.Semua ada masalah"ucap Tyara.

"Tahu takpe.Nanti sampai sana kita cuba nasihat dia.Awak kalau nak tidur, tidurlah dulu.Kita ada satu jam lebih nak sampai"ucap Tengku Kriz mengusap rambut Tyara.

"Takpelah saya teman Tengku"ucap Tyara memandang Tengku Kriz.Dia tersenyum manis.

Tak sampai tiga puluh minit, Tengku Kriz tersenyum melihat Tyara sudah terlelap.Dia memberhentikan kenderaannya di kawasan rehat dan rawat.

Dia menurunkan kerusi Tyara sedikit bagi Tyara selesa tidur.Lalu dia mencapai jaket hitam dibelakang dan diselimut badan Tyara.Dia risau kalau Tyara kesejukan nanti.Lalu dia sambung memandu menuju ke Port Dickson.

*********


Tengku Mateen duduk berseorangan di tepi pantai.Dia membiarkan angin pantai menampar lembut mukanya.Dia rasa tenang dan hilang stress.

Tyara dan Tengku Kriz berjalan menuju ke tepi pantai.Tiba-tiba Tyara berhenti, Tengku Kriz berpaling ke arah Tyara.

"Kenapa?"soal Tengku Kriz.

"Takpelah Tengku pergi pujuk dia.Saya tunggu dekat sini saja.Lagipun lelaki dengan lelaki lebih mudahkan"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

"Betul ni, awak jangan pergi mana-mana.Duduk sini aje"kata Tengku Kriz berjalan menuju ke arah Tengku Mateen.

Tengku Mateen mengeluh berat.

"Aku ingat jauh sangat kau lari.Buat membazir minyak kereta aku je"ucap Tengku Kriz yang berdiri dibelakang Tengku Mateen.

Tengku Mateen mendongak memandang sepupunya itu.

"Kau buat apa dekat sini? Macamana kau tahu aku dekat sini?"soal Tengku Mateen.

Tengku Kriz melabuhkan punggung di atas pasir.Dia menghadap laut yang luas.

"Hujung jari aku je.Sekejap je aku jumpa kau, lagipun kau takkan lari jauh pun"ucap Tengku Kriz.

"Ni mesti Aunty bagitahu kau kan?.Kau datang ni dia tahu ke?"soal Tengku Mateen.

Tengku Kriz menggelengkan kepalanya.

"Tak tahu lagipun aku dapat tahu terus aku datang sini dengan Tyara"ujar Tengku Kriz.

Tengku Mateen mendengar nama Tyara.Tyara ada dekat sini.Dia mencari kelibat Tyara.

"Dekat sana dia duduk"ucap Tengku kriz.Tengku Mateen memandang Tyara yang duduk di buaian.Dia melambaikan tangan ke arah Tyara.

Tyara turut membalas dan tersenyum.

"Kau bawa Tyara dia dah sihat ke?"soal Tengku Mateen.

Tengku Kriz memandang wajah Tengku Mateen.

"Mestilah sihat kau tengok siapa yang jaga dia.Kau tu tak nak balik ke?. Mummy kau tu dah macam apa dekat rumah"ucap Tengku Kriz.

"Aku penat dengan hidup terkongkong macam ni.Aku tak tahu apa dia nak dengan hidup aku.Kau lain keluarga jenis support"luah Tengku Mateen.

"Dahlah kau tahu Aunty buat semua ni sebab dia tak nak hilang kau macamana dia hilang Uncle dulu.Kau sebagai anak kau kena yakinkan dia.Tak payah merajuk lama-lama tak sesuai dengan muka kau"ucap Tengku Kriz memegang bahu Tengku Mateen.Sempat lagi dia mengenakan Tengku Mateen.

"Tengoklah aku nak rehat dekat sini"ucap Tengku Mateen masih dengan keputusannya.

"Jomlah aku dengan Tyara belum makan.Jom makan sekali lepastu aku nak balik KL semula.Tu nak hantar buah hati aku balik"ucap Tengku Kriz mahu bangun tapi tangannya ditarik.

Dia memandang Tengku Mateen yang menarik tangannya.

"Kau dengan Tyara dah declare ke?"soal Tengku Mateen.

"Barulah lagi dalam dua jam tiga jam lepas"ucap Tengku Kriz dengan yakin.

Tengku Mateen melepaskan tangan Tengku Kriz.Alhamdulilah Tyara jumpa dengan orang yang benar sayangkan dia.Lagipun kalau dia suka Tyara tapi Tengku Eliza tidak suka.Dia tidak mahu menyakiti Tyara.

*******

Tyara memandang wajah Tengku Kriz tanpa lepas.Tengku Kriz memandang Tyara yang tidak lepas memandangnya dari tadi.

"Kenapa pandang saya macam tu?.Awak tak puas tengok muka saya lagi ke?"soal Tengku Kriz.

Tyara memandang ke arah jalan.Dia hanya diam.

Tengku Kriz mencapai tangan Tyara.

"Kenapa? Cuba cakap dengan saya?"soal Tengku Kriz.

"Tak ada cuma saya teringat pasal malam kejadian tu.Malam yang awak datang dengan sisi lain awak.Kenapa awak upah bodyguard sedangkan awak mampu lawan semua tu?"soal Tyara.

"Ohhh pasal tu.Saya ingat apalah tadi.Buat saya risau je awak ni.Saya upah awak sebab saya nak tutup mulut orang cakap pasal saya dan takkan saya nak expose diri saya pada musuh saya.That way Saya sorok sisi lain saya"cerita Tengku Kriz.

"Dan sebab tulah Tengku buat tak endah aje kalau saya ajak training menembak? Sebab Tengku tahu menembak"ucap Tyara.

Tengku Kriz memandang Tyara dengan senyuman.

"Okay saya buka rahsia saya pada awak seorang.Saya mengaku saya pernah sertai Malbatt dan sempat ambil kursus asas sniper"cerita Tengku Kriz pada Tyara.

"Malbatt??"

Tyara macam tak percaya dengan cerita Tengku Kriz.Dia termenung sejenak.

"Ya tapi tak lama sebab saya fikir saya satu-satunya anak Bonda dengan Ayahanda.Kalau apa-apa jadi pada saya nanti kesian keluarga saya.Sebab tu saya berhenti"ucap Tengku Kriz.

Tyara memandang ke arah Tengku Kriz dan tersenyum manis.

"Boleh tak awak jangan senyum macam tu"ujar Tengku Kriz.

"Kenapa? Tak boleh ke?"soal Tyara.

"Awak buat saya tak keruan.Saya risau saya tak boleh fokus"ucap Tengku Kriz yang sedang memandu.

Tyara menampar lembut bahu Tengku Kriz.Mereka tergelak sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience