BAB 14

Drama Completed 71272

Tyara keluar dari rumah terkejut bila Tengku Kriz terpacak depan rumahnya sambil memeluk tubuhnya.

Berapa lama dia ada dekat depan Ni?.Aku lambat ke harini?.Dia melihat jam tangannya.Baru pukul lapan pagi, Tyara menyarung kasutnya dan berjalan menuju ke arah pagar.

"Asalamualaikum.Good morning"ucap Tengku Kriz dengan senyuman manis.

"Walaikumusalam.Tengku buat apa dekat sini?.Saya baru nak keluar pergi pejabat"kata Tyara.

Tengku Kriz mendekatkan dirinya.

"Saya nak ajak awak breakfast.Memandangkan Haziq cuti harini.Saya nak awak teman saya"ucap Tengku Kriz.

"Tapi kan saya tak boleh ikut Tengku pergi meeting luar"kata Tyara.

"Don't worry schedule harini dekat pejabat je.Let's go Teja" ucap Tengku Kriz.

Tyara mengerutkan dahinya.Kenapa dia panggil Teja?.Itu kan call sign dia sewaktu dia bertugas dulu.

"Tengku panggil saya apa tadi?"soal Tyara lagi sekali.

Tengku Kriz buat-buat tak dengar.Dia membuka pintu sebelah penumpang.Sambil menunjukkan isyarat tangan untuk Tyara masuk dalam kereta.

Tyara jalan ke arah tempat duduk penumpang sambil memandang wajah Tengku Kriz.

Dia pelik dengan sikap Tengku Kriz sekejap okay sekejap nanti nak terbalik Malaysia ni.

Tengku Kriz duduk di kerusi pemandu.Dia memandang Tyara yang cuba menarik tali pinggang keledar.Dia mendekatkan dirinya dan menolong Tyara menarik tali pinggang keledar.

Tyara menahan nafasnya.Dia rasa begitu dekat dengan muka Tengku Kriz sekarang.Tali pinggang dipasang dan Tengku Kriz memulakan perjalanan.

Sebuah kereta berwarna hitam mewah mengikut kereta Tengku Kriz.Sepanjang perjalanan mereka hanya banyak diam.

Tyara memandang cermin sisi sebelahnya.Dia perasan ada kereta mengikut mereka.

Dia memandang Tengku Kriz."Tengku saya rasa ada orang ikut kitalah"kata Tyara pada Tengku Kriz.
Tengku Kriz melihat cermin belakang.Betul cakap Tyara kereta itu mengikut mereka.Dia menekan pedal minyak bagi menjauh sedikit dari kereta itu.Tapi kereta itu turut mengekori mereka.

Tyara disebelah sudah cemas.Kereta hitam mewah itu melajukan pergerakan dan berada disebelah kereta Tengku Kriz.

Cuba menghimpit kereta yang dinaiki mereka.Tengku Kriz hampir hilang kawalan dan membrek secara mengejut.Tyara hampir tersembam ke depan nasib Tengku Kriz sempat menahan dengan tangan.

Mata Tengku Kriz memandang kereta itu.Tyara baru teringatkan sesuatu tentang kereta itu.Kereta yang sama dia jumpa semasa di bangunan lama.Waktu tu Inspektor Shahar berada bersama.

"Tyara awak okay tak?"tanya Tengku Kriz disebelah yang melihat Tyara diam sahaja.

"Okay Tengku okay tak?"soal Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz angguk perlahan.

*******

Haziq membelek satu persatu maklumat tentang Tyara dan dia bandingkan dengan maklumat Talha.

"Talha Adzrin Bin Marzuki"bacanya.Dan dia memandang kertas disebelah.

"Tyara Adleena Binti Marzuki"bacanya.Dia terkejut dengan apa yang dia jumpa.Memang sah Tyara dengan Talha ada kaitan.

Dan kalau betul tekaannya?.Perlu ke dia bagitahu Tengku Kriz pasal hal ni?.Atau dia perlu minta Tyara jelaskan semuanya.

******

"Saya nak minta maaf pasal semalam.Saya tak sengaja nak tolak awak"ucap Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang sedang makan didepannya.

"Takpe saya dah biasa.Lagipun dah banyak luka dekat badan saya"ujar Tyara sambil mengkuis nasi dalam pinggan.

Tengku Kriz meletakkan sudunya.

"Kalau saya tanya soalan awak jangan marah tau?"soal Tengku Kriz.

Tyara menangguk perlahan.

"Apa yang mengganggu fikiran awak selama Ni?.Maksud saya, awak nampak sedih macam awak pendam sesuatu?.Awak tak nak share dengan saya?"soal Tengku Kriz.

Tyara mengigit bibirnya.

"Saya alami dua kematian orang yang saya sayang dalam hidup saya.Satu kawan baik saya masa saya bertugas dulu.Grace dia meninggal dunia sebab nak selamatkan saya.Dan kedua arwah Ayah saya meninggal dunia tanpa sempat saya jumpa dia buat kali terakhir"cerita Tyara pada Tengku Kriz.

"Allahuakbar patutlah awak macam trauma dengan semua ni.Jadi sekarang awak okay ke?"soal Tengku Kriz.

"Tidur malam saya tak pernah lena.Setiap hari saya akan terjaga.Dan yang paling teruk sekali Mak saya marahkan saya dan salahkan saya atas apa yang jadi pada Ayah saya"ujar Tyara.

Tengku Kriz terdiam.Bagaimana seorang gadis seperti Tyara sabar dalam menghadapi ujian yang berat.

"Saya minta maaf sebab buat awak cerita pasal diri awak pada saya"ucap Tengku Kriz.

Tyara hanya mampu tersenyum.

"Tengku nak tahu jadi saya ceritakan saja.Mungkin itu akan kurangkan sikit rasa bersalah dalam diri saya"ucap Tyara.

"Awak tahu tak saya ni tak pernah tau ajak perempuan mana-mana makan dekat tempat terbuka macam ni. Kira awak ni bertuahlah"kata Tengku Kriz mengubah topik perbualan mereka.

Tyara mencebikkan bibir tidak mahu percaya.

"Tak percaya??"

"Tipulah habis Cik Lily tu.Bukan perempuan ke?"soal Tyara sambil menyedut air minumannya.

"Lily tu sepupu saya.Lagipun saya bukan ada perasan apa pun dekat dia"ujar Tengku Kriz.

"Habis kalau Tengku tak ada perasaan dekat Lily.Tengku ada perasaan dekat siapa?"soal Tyara.

Tengku Kriz mati akal mahu menjawab soalan Tyara.Dia hanya mampu tersenyum.


*******

Talha baru selesai membaca yasin.Harini dia berpeluang menziarahi kubur Ayah.Setelah lebih seminggu dia sibuk menguruskan kerja dan Puan Adliza.

"Ayah Talha dah jumpa adik.Talha janji dengan Ayah akan bawa adik jumpa dengan Mak.Satukan semula keluarga kita seperti dulu"ucapnya sambil mengusap nisan.

Dia mengulung tikar dan berjalan keluar dari tanah perkuburan.Dalam beberapa langkah dia berhenti apabila melihat Haziq berada didepannya.

Haziq muncul di tanah perkuburan.Dia memandang Haziq.

Talha menghulurkan air kepada Haziq.

"Ada apa kau datang sini?"soal Talha.Haziq menarik nafas panjangnya.Dia menghulurkan satu sampul berwarna coklat kepada Talha.

Talha mengambil sampul itu."Kau abang Tyara kan?"soalan itu terpacul akhirnya dari mulut Haziq.

Talha terkejut dengan soalan Haziq."Sebelum kau tuduh Tyara yang bukan-bukan.Aku nak kau dengar penjelasan aku dulu"ujar Talha.

Dia menceritakan semua perkara yang berlaku pada hidup Tyara pada Haziq.

"Aku harap kau tak salahkan Tyara.Semua Ni bukan salah dia.Dia minta pun semua ni jadi.Dan dia tak pernah tahu pun aku kerja dengan Tengku Mateen"ujar Talha.

Haziq mengeluh kecil.

"Aku bukan risau pasal Tyara.Tapi aku risau kalau Tengku Kriz tahu pasal korang berdua Ni"ujar Haziq.

Talha memandang Haziq disebelahnya."Tolong aku Haziq rahsiakan pasal kami.Aku tak nak Tyara sakit lagi.Cukuplah apa dia lalui selama ni.Aku pun tak terlalu terbuka pasal Tyara dekat Tengku Mateen"ujar Talha.

Haziq memandang kosong saja.Lepas dengar cerita tentang Tyara.Dia rasa lebih baik dia simpan demi kebaikan Tyara.Dan sekiranya bocor pada Tengku Kriz.Dia kena hadap.

******

"Let's go do the work, my Tun Teja"ucap Tengku Kriz bingkas bangun dari kerusi.

"My Tun Teja?"soal Tyara dalam hati.

Tengku Kriz mencampak kunci keretanya kepada Tyara.

"Awak drive harini"ujar Tengku Kriz yang masuk ke tempat duduk penumpang.

Tyara turut masuk ke dalam kereta.Dia menekan butang start.Dan menggerakkan kereta menuju ke pejabat Tengku Kriz.

"Tyara saya nak awak hati-hati dengan TMI boleh?"soal Tengku Kriz sambil membelek iPad ditangan.

"TMI? Maksud Tengku Too much Information?. Tak faham?"soal Tyara.

"Maksud saya hati-hati dengan Tengku Mateen Izzuddin.Saya tak sukalah dia tu.And don't put your trust to anybody.But put your trust to me only"ucap Tengku Kriz.

"Kenapa Tengku Kriz boleh tak sebulu dengan Tengku Mateen sedangkan Tengku berdua sepupu kan?.Kenapa perlu bersaing?"soal Tyara.

"Tiada istilah persaingan sihat dalam kamus hidup Tengku Eliza.Bagi dia hidup perlu ada satu persaingan.Awak akan tahu nanti Tyara"ucap Tengku Kriz yang masih fokus dengan iPadnya

Tyara kembali fokus pada pemanduan.Dia menggigit bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience