BAB 33

Drama Completed 71272

Demi tuhan....dia memang sentiasa mengimpikan keadaan seperti ini.Dia mahu bersama suaminya, memandang setiap gerak geri Tengku Kriz tapi kenapa semuanya serba tak kena? Dia cepat beristigfar dalam hati.

Selama ini dia berdoa siang dan malam mahukan suaminya muncul semula.Jadi kali ini dia tidak mahu merungut walau apa juga sikap buruk lelaki itu terhadapnya nanti.Bukan salah Tengku Kriz,tapi semua ini takdir Tengku Kriz yang Allah uji untuk dirinya.

Tyara menolak lembut badan Tengku Kriz.Dia menyimpan semula ubat dalam first aid.

"Abang...Tyara ada siapkan makanan untuk Abang.Abang makan ya?.Tyara bawakan roti bakar dengan sapuan mentega kaca favourite Abang"ujarnya seraya mencapai dulang berisi makanan pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz sudah memakai seluar pendek berwarna hitam.

"Abang dah kurus, baju ni nampak besar.Takpe nanti Tyara ajak Abang pergi workout balik.Kita dapatkan muscle Abang"

Tengku Kriz membelakanginya seperti resah.

"Abang .."

"Sorry saya tahu semua orang cakap saya suami awak tapi tolong bagi ruang untuk saya.Sebab saya tak kenal siapa awak"tegas suara Tengku Kriz.

Dia tidak pasti siapa perempuan dihadapannya ini.Yang mengaku sebagai isterinya.

"Abang cuba ingat Tyara betul-betul.. Abang tak ingat Tyara ni isteri Abang?"

"Isteri?" Tengku Kriz menunjukkan muka serba salah.Dia tidak pernah berkawan dengan mana-mana perempuan dan macamana dia nak percaya yang gadis dihadapannya ini isterinya?.

"Abang..."

"Can you stop call me "Abang"? .Just call me Kriz or something else but not Abang"katanya dengan nada serius."Saya nak keluar dengan Haziq"

Terlopong Tyara dengan kata-kata suaminya.

"Okay.. Abang.I mean awak nak pergi mana dengan Haziq?"

"Saya nak keluar dengan Haziq aje.Awak jangan risau okay.Haziq ada dengan saya"

Tengku Kriz mahu berjalan ke arah pintu tapi tangannya ditarik oleh Tyara.

"Kejap Abang... sorry awak boleh saya salam awak"ucap Tyara pada Tengku Kriz yang masih berdiri tercegat.

Tengku Kriz menghulurkan tangannya pada Tyara.Tyara menyambut huluran tangan Tengku Kriz.Dia bersalaman dengan suaminya.

"Sorry if I hurt you"ucap Tyara dengan tenang.

Tengku Kriz terus keluar meninggalkan ruang biliknya.Rapat Tyara mengetap bibirnya.Dalam keadaan sekarang dia dapat merasakan dirinya seolah-olah terlontar semula ke detik perkenalan pertama mereka berdua dahulu.Memang beginilah sikap suaminya, dingin dan selamba.

Baiklah, kali ini aku mengikut rentak Tengku Kriz.Dia tidak akan menjadi perempuan lemah.Aku akan buat kau terpesona dengan kecantikan aku.Kau tunggu Tengku Omar Mukriz.

*******

Tengku Kriz menyedut minuman untuk membasahi tekaknya yang kering.Haziq hanya memandang Tengku Kriz.

"Asal kau pandang aku macam tu?"soal Tengku Kriz yang sedar dirinya dipandang oleh Haziq.

"Tengku Kriz okay ke?"soal Haziq.

Tengku Kriz menegakkan badannya.Dia menyilangkan kaki.

"Okay kau nampak aku macam tak okay ke?.Dekat rumah pun sama orang asyik tanya aku okay ke tak?.Termasuk si apa nama dia tu?"soal Tengku Kriz.

"Tyara"

"Ahhh Tyara dia pun sama risaukan aku semacam.Aku pulak rasa rimas dengan dia"ucap Tengku Kriz.

"Tengku adalah orang suka sangat dengan Tyara.Kalau Tyara tu luka sikit pun Tengku marah sebab Tengku risau dia terluka.Sekarang Ni Tyara memang patut risaukan Tengku sebab Tengku suami dia.Tengku lupa sesuatu?"soal Haziq.

Tengku Kriz mengerutkan dahinya terlebih dahulu.

"Lupa apa?"soalnya.

"Tengku yang selamatkan Tyara masa Tengku Murshid cuba bunuh Tyara dulu"ucap Haziq.

Otaknya ligat memutar semula peristiwa dalam fikirannya.Tapi satu apa pun dia tidak ingat.

"Kejap boleh tak kau cerita macamana aku boleh kenal dengan dia?"soal Tengku Kriz.

Haziq membuka cerita macamana dia dan Tyara kenal.Dari situ dia dapat tangkap sedikit tapi masih tidak dapat mengingati dirinya pada Tyara.

********

Tyara selesai menunaikan solat fardu.Dia duduk berdoa kepada Allah.Dalam doa dia mengadu pada yang maha ESA untuk membantunya memulihkan semula suaminya.

Tengku Kriz menaiki tangga mahu menuju ke biliknya.Tapi langkahnya terhenti didepan bilik yang Tyara duduk.Pintu bilik itu sedikit terbuka.Dia merapatkan dirinya pada pintu.

"Ya Allah aku bersyukur kau kembalikan suami ku kepada ku.Aku bersyukur dapat melihat wajahnya walaupun hatinya tidak ada namaku.Aku memohon doa supaya suamiku dapat pulih seperti dahulu.Kerana aku rindu belaiannya dan kasih sayangnya"ucap Tyara dalam doanya.

Tengku Kriz tanpa sedar mengalirkan airmatanya.Dia melihat tangannya ada titisan air mata turun.Kenapa dia menangis?.Dia cepat-cepat berlalu ke biliknya.

Tyara mengaminkan doa.Dia dapat dengar pintu bilik Tengku Kriz ditutup.Kemungkinan suaminya sudah balik dari jumpa Haziq.Dia membuka telekungnya dan menyidai di besi penyidai.

Tengku Kriz melabuhkan punggung di atas kerusi.Dia mengelap airmatanya yang masih bersisa.Dia cuba menarik nafasnya dalam-dalam.

Dia memegang kepalanya yang sakit tiba-tiba.Gambaran seorang menerima arahannya daripadanya.Dia terduduk di lantai.Pintu bilik Tengku Kriz dibuka, Tyara mencari kelibat suaminya.Lalu matanya terpandang ke arah kiri.Dia melihat Tengku Kriz seakan-akan menahan sakit dikepalanya.

Dia cepat-cepat mendapatkan lelaki itu.Tyara memegang tangan Tengku Kriz.

"Kenapa ni awak?"soal Tyara lalu bangun mengambil ubat dan air mineral atas meja.Dan memberi ubat kepada suaminya, Tengku Kriz mengambil ubat dan minum air mineral.

Tyara memimpin Tengku Kriz untuk baring diatas katil.

"Awak okay tak Ni? Nak saya panggil doktor?"soal Tyara lagi.Tengku Kriz memejamkan matanya.

Tyara cemas.

Dia mahu memanggil Tengku Mahzura.Tapi tangannya ditarik oleh Tengku Kriz.

"Jangan....jangan tinggalkan saya sorang"ucapnya dengan payah.Tyara duduk disebelah Tengku Kriz.Dia mengurut sedikit kepala suaminya bagi menghilangkan lega rasa sakit itu.

Dia kesian melihat Tengku Kriz menahan sakit.Dalam beberapa minit, Tengku Kriz sudah terlena mungkin kesan ubat yang dimakan tadi.Dan saat ini Tyara berpeluang menatap wajah Tengku Kriz.Wajah yang dia sangat rindu untuk diusap dan dibelai.

Tanpa sedar dia turut terlena disebelah suaminya.

********

Bunyi azan magrib menyedarkan Tengku Kriz dari lena.Dia memicit kepalanya sedikit.Matanya teralih pada Tyara yang tidur menyandar pada katil.Lalu dia bingkas bangun dan memandang wajah itu.

"Betul ke dia ni isteri aku?. Dan betul ke dia ni bekas UTK?"

Dia mahu membetulkan kedudukan tidur Tyara tapi gadis itu sudah membuka mata tepat memandangnya.Dia kaku.Dia risau kalau Tyara mengatakan dia mahu membuat apa-apa padanya.

"Awak dah bangun?"soal Tyara pada Tengku Kriz.

"Dah...dah..lagipun dah magrib"ujar Tengku Kriz.

"Ahhh dah magrib.Alamak macamana saya boleh tertidur"ucap Tyara bingkas bangun dari katil Tengku Kriz.Nasib tidak menyebelahinya dia tersadung jatuh ke lantai.

"Aduh....sakit ya"ucap Tyara sambil mengosok lututnya.

Tengku Kriz yang terkejut terus menuju ke arah Tyara.Dia menunduk menggosok lutut Tyara yang merah.

"Yang awak kelam kabut turun Kenapa?.Takut saya ngap awak?"ucap Tengku Kriz.

"Mana ada saya cuma nak pergi bersihkan diri lepastu solat magrib.Nanti magrib habis"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz menarik tangan Tyara untuk bangun.

"Awak nak solat jemaah dengan saya tak?.Walau saya tak ingat siapa awak tapi saya tak nak orang gelar saya suami tak guna biar"isteri" saya solat sorang-sorang"ucap Tengku Kriz dengan nada mendatar.

Tyara rasa mahu menangis dekat situ.Dia kalau boleh mahu mencium-cium suaminya sekarang.Dia menangguk perlahan.

"Pergi bersihkan diri kejap lagi saya datang bilik awak"ucapnya berlalu ke bilik air.Tyara tersenyum manis lalu dia berlalu ke biliknya.

********

Selesai solat dan makan malam Tyara menolong Mak Anom membersihkan dapur.Dia sudah terbiasa menolong Mak Anom walaupun dihalang berkali-kali.

Itu saja cara untuk dia menghilangkan rasa bosan.

"Biar saja situ Tyara.Nanti Mak Anom buatkan"ucap Mak Anom.

"Tak apalah Mak Anom.Lagipun Tyara dah biasa macam ni.Sambil tolong Mak Anom boleh borak hilangkan bosan"ucap Tyara mengelap pinggan yang sudah dicuci.

Tengku Kriz mencari kelibat Tyara.Dia melilau mencari gadis itu.Dia terdengar suara riuh didapur.Rupanya gadis itu ada didapur sedang rancak berborak sambil membantu Mak Anom.

Dia hanya berdiri disebalik tiang dapur.Mak Anom yang perasan Tengku Kriz ada didapur memandangnya.Tengku Kriz meminta Mak Anom menutup mulut jangan memberitahu tentang kehadirannya.

"Tyara besok ada pergi mana-mana ke?"soal Mak Anom.

"Besok... ohhhh ye besok Mateen datang dia nak minta Tyara bantu dia sikit.Tapi tak tahu tolong apa?"ucap Tyara.

"Sayangkan Tyara Tengku Mateen tu ada rupa bergaya tapi tulah tak ada siapa suka dekat dia?"ujar Mak Anom.

Tyara hanya tersenyum.

"Siapa kata tak ada yang minat dengan Tengku Mateen?.Adalah Mak Anom "ucap Tyara sambil mengangkat keningnya.
Tengku Kriz mencuri-curi mendengar perbualan mereka berdua.Dia rasa topik pasal Tengku Mateen itu sangat menarik.

"Siapa?"

Nasib pinggan ditangan Tyara tidak tercampak dengan sergahan Tengku Kriz yang muncul didapur dengan berbaju melayu dan kain pelikat itu berdiri di sebelahnya.Bahu dia dan Tengku Kriz bersentuhan.

Tyara terus menyambung kerjanya tanpa berkata apa-apa walaupun Tengku Kriz menanti jawapan dari mulutnya.Dia cemburu ke?.Orang amnesia macam suaminya ada perasaan cemburu ke?. Lantak kaulah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience