Completed
71272
Tyara terjaga dari lenanya.Punya dia pura-pura terlelap rupanya dia terlelap betul.Matanya memandang sekeliling ruang bilik.Dia mengerutkan dahi dengan seribu tanda tanya.
Dia rasa dia baring bukan dekat katil bilik yang dia duduk.Ini bilik yang Tengku Kriz duduk.Macamana dia boleh ada dekat atas katil ni.
Dia mahu bangun tapi terserempak dengan Tengku Kriz yang membawa dulang makanan dan ada ubat sekali.
"Awak dah bangun?. Awak nak pergi mana?"soal Tengku Kriz yang masih tercengat berdiri di depannya.
"Ahh...saya rasa saya salah bilik ni.Saya nak balik bilik saya"ucap Tyara.
"Saya yang bawa awak masuk bilik saya.Lagipun rasa tak salah kalau kita duduk satu bilik.Awak dan sayakan suami isteri"ucap Tengku Kriz pada Tyara.
Tyara menggaru belakang kepalanya.Tengku Kriz menarik tangan Tyara duduk semula dikatil.
"Mak Anom ada buatkan awak sup ayam.Awak makan dulu baru makan ubat"ucap Tengku Kriz.
Tyara hanya memandang kelakuan suaminya.Suaminya mahu menyuapkan makanan padanya.
"Takpe saya boleh makan sendiri"ucap Tyara mahu mengambil sudu ditangan suaminya tapi dihalang.
"Biar saya suapkan awak, awak tak sihat kan?"soal Tengku Kriz dengan nada serius.
Satu suapan masuk ke dalam mulut Tyara.Dia mengunyah dengan perlahan sambil menundukkan wajahnya.
Tengku Kriz mahu menyuap lagi.Tyara menggelengkan kepalanya.Dia menolak tangan Tengku Kriz.
"Kenapa ni? Awak rasa tak selesa ke?"soal Tengku Kriz yang risau melihat Tyara menangis teresak-esak.
Tyara menggelengkan kepalanya lagi.
"Saya cuma rindukan suami saya.Saya betul-betul....rindukan suami saya..."ucap Tyara dengan nada tersekat-sekat.
Tengku Kriz meletakkan pinggan nasi ke dalam dulang diatas meja.Dia rasa serba salah.
"Awak rindukan suami awak yang macamana?. Boleh awak cakap dengan saya macamana saya sebagai suami awak?"ucap Tengku Kriz pada Tyara.
Aku menyeka air mata yang mengalir.Dia memandang wajah Tengku Kriz.
"Awak suami yang akan belai saya dalam pelukan awak dan awak takkan biar saya terluka walaupun sedikit"ucap Tyara lagi.
Tengku Kriz teragak-agak mahu memeluk tubuh itu.Akhirnya dia menarik tubuh itu kedalam pelukannya.Tyara membalas pelukan Tengku Kriz yang sangat dia rindukan.Dia menangis semahu-mahunya didada bidang suaminya.
Dia mengelus rambut Tyara berkali-kali.Dia tidak tahu kenapa rasa hatinya saat ini sama seperti Tyara.Dia seakan tenggelam dalam pelukan.
*******
Mereka rasa janggal seakan-akan seperti malam pertama mereka dulu.Tyara tidak bersuara langsung begitu juga dengan Tengku Kriz.
Kedua-dua mereka memandang siling yang ada ukiran corak tanpa berkata-kata selama beberapa minit.
Tengku Kriz memalingkan badannya menghadap Tyara yang masih tidak bergerak.Dia merenung wajah Tyara sambil tangannya menyentuh lembut pipi isterinya.
Tyara tanpa segan turut memalingkan badannya menghadap suaminya.Tengku Kriz memegang jantungnya yang berdegup laju.
"Saya minta maaf sebab buat awak sakit"ucap Tengku Kriz kepadanya.
Tyara menyentuh kening, hidung mancungnya dan jarinya turut menyentuh lembut bibir suaminya.Suaminya menangkap tangan itu dari terlepas.
Dia meletakkan tangan isterinya pada dadanya.Tyara dapat merasa jantung suaminya berdegup laju.
"Jangan goda saya, saya risau saya tak boleh kawal"ucap Tengku Kriz.Ya dia tahu itu sengaja dia mengacau Tengku Kriz.Walaupun dia mungkin tidak ingat apa-apa.Tapi kemungkinan ada beberapa perkara dia ingat cuma dia tak tahu pada situasi apa?.
"Enough for tonight you're look tired My Tun Teja"
Tengku Kriz ternampak lagi situasi seperti dalam bilik ini.Dia mengatakan sebegitu kepada seseorang.Bayangan wanita yang baring itu sama macam Tyara.
Dia yakin tiada wanita lain yang akan sanggup menjaganya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan sendiri.Lalu dia menarik tubuh Tyara rapat dengannya.Bunyi hujan turun dengan lebat menemani malam mereka.Ini kali pertama Tyara dapat tidur dengan suaminya sejak suaminya hilang.
*********
Bunyi bingit jam penggera buatkan lenaku terganggu.Lantas tangan meraba-raba katil untuk mematikan jam penggera ditelefon pintarku itu.Dah pukul tujuh setengah pagi.Aku memandang Tengku Kriz yang masih lena disebelah.Dia baru teringat sesuatu lalu dia mengangkat selimut yang membaluti badannya.Lalu dia mencapai baju berdekatan dan menyarungnya.
Dia mahu bersiap kerana harini dia ada latihan menembak dengan Uncle Burn.Baru dia mahu bangun lengan Tengku Kriz memeluknya.
"Awak nak pergi mana?"soal Tengku Kriz yang mata masih terpejam.
"Saya nak mandi lepastu saya ada training menembak"ucap Tyara perlahan cukup buat Tengku Kriz menangkapnya.
Tengku Kriz membuka matanya dan memandang pelik dengan isterinya.
"Training menembak?"soal Tengku Kriz yang tidak ingat.
Tyara mengangguk perlahan.
*********
Tyara melambaikan tangan ke arah Uncle Burn yang sedang memerhati pelatih-pelatihnya.
Uncle Burn turut membalas lambaian Tyara.Tengku Kriz yang buat pertama kali datang memandang sekeliling kawasan.
"Uncle Burn ni suami Tyara Tengku Kriz.Awak ni uncle Burn kami pelatih untuk menembak"ucap Tyara pada Tengku Kriz.Mereka bersalaman.
"Tyara bagitahu yang Tengku pun handal dalam menembak betul ke?"soal Uncle Burn.
Tengku Kriz memandang isterinya.Rasanya dia tak pernah bagitahu orang lain dia ada lesen menembak.
"Ya saya ambil lesen menembak dan jalani kursus penembak tepat dalam Malbatt dulu"ucap Tengku Kriz.
Uncle Burn menarik tangan Tyara jauh sedikit dari Tengku Kriz.
"Kenapa Uncle?"soal Tyara.
"Ni ke suami kamu yang amnesia tu?.Macam tak amnesia je?"soal Uncle Burn.
"Betullah tu.Ada masa dia tingtong jugak.Harap okaylah dia nanti"ucap Tyara pada Uncle Burn.
Tengku Kriz tiba-tiba berjalan ke arah lapangan.Dia berdiri pada salah satu bahagian.Tyara dan Uncle Burn hanya memerhati tindak-tanduknya.
Tengku Kriz mencantumkan semua pistol pada bahagian dia dengan sangat pantas.Dia melepaskan tembakan pada papan dihadapannya sebelum bergerak ke papan lain.
Tyara dan Uncle Burn memandang sesama sendiri.Terkejut dengan kebolehan dimiliki Tengku Kriz.
Semua yang berada disitu turut berhenti berlatih gara-gara aksi menembak yang dilakukan suaminya.Dia mula risau terus mendekati Tengku Kriz.
Tyara melihat hasilnya dan dia memandang Tengku Kriz yang sedang melepaskan penutup telinga.Matanya dikenyitkan kepada isterinya.
"Wow.....hebatnya...dahlah hensem pandai menembak pulak tu"jerit sekumpulan wanita yang berada dihujung bahagian menembak.
Tyara memandang wajah Tengku Kriz yang senang hati bila dipuji.Dia mengigit bibirnya geram.
Lalu dia mengambil pistol dan mengisi dengan peluru lalu menembak papan didepan matanya dengan beberapa das tembakan.Dia tidak mahu kalah dengan suaminya.
Kepala Tengku Kriz berdenyut sakit, dia memejamkan matanya.Dia melihat bayangan dia menembak seseorang demi menyelamatkan..... menyelamatkan Tyara....
Dia terjatuh ke tanah.Tyara yang menoleh terkejut tengok Tengku Kriz yang sudah terduduk di atas tanah.
"Awak kenapa ni?"soal Tyara.Uncle Burn turut meluru ke arah Tyara dan Tengku Kriz.
"Kenapa ni Tyara?"soal Uncle Burn.
"Saya tak tahu kenapa"ucap Tyara.
Uncle Burn dan Tyara memapah Tengku Kriz untuk duduk dipondok Uncle Burn.Uncle Burn mengambil air didalam peti sejuk.
Lalu diberi kepada Tyara.Tyara menyuapkan air mineral kepada suaminya.Lepas beberapa teguk, dia baru rasa lega.
"Tyara balik dulu uncle Burn.Nampaknya suami Tyara tak sihat.Nanti Tyara updated dekat uncle"ucap Tyara memapah Tengku Kriz menuju ke kereta.
Tyara membuka pintu sebelah penumpang.Tengku Kriz menyandar pada kerusi dengan tangannya memicit kepalanya yang masih berdenyut.
Tyara menghidupkan enjin kereta.Dia memandang sekilas suaminya disebelah.Dia meneruskan perjalanan.
"Awak nak saya bawa pergi hospital ke?"soal Tyara.
"Tak payah bawa saya balik rumah"garau suara Tengku Kriz.
*********
Doktor Devan memeriksa Tengku Kriz yang sedang baring diatas katil.Tengku Mahzura memegang bahu menantunya.Dia turut risau bila diberitahu Tyara yang anaknya mengadu sakit kepala.
Doktor Devan selesai memeriksa suaminya.
"Macamana dengan suaminya saya?"soal Tyara.
"Jangan risau suami Puan tak ada apa-apa.Perkara biasa mungkin ada ingatan yang dia fikirkan.Atau mungkin Tengku memaksa diri untuk ingat.Tapi jangan risau sangat.Itu proses untuk dia sembuh"ucap Doktor Devan.
"Terima kasih Doktor sebab rawat anak saya"ucap Tengku Mahzura.
"Sama-sama saya minta diri dulu"ucap Doktor Devan.
Tengku Mahzura turut menghantar Doktor Devan balik.
Tyara melabuhkan punggung di sisi Tengku Kriz.
"Saya betul-betul minta maaf dengan awak.Awak jangan paksa diri awak untuk ingat nanti akan sakitkan awak"ucap Tyara sambil memeluk tubuh Tengku Kriz.
"Kenapa perlu minta maaf?. Awak tak salah"ucap Tengku Kriz sambil mengelus rambut Tyara.
"Saya yang salah"ucap Tyara.
"Shhhh.... tiada siapa yang bersalah.Keadaan buat kita macam ni,right My Tun Teja"ucap Tengku Kriz.
Tyara mengangkat kepalanya memandang Tengku Kriz tidak berkelip.Dia rasa sesuatu macamana Tengku Kriz tahu panggilan itu.Setahu dia itu panggilan Tengku Kriz sekiranya mahu memujuknya.Tak mungkin Tengku Kriz yang lupa boleh ingat panggilan itu.
Mereka memandang wajah sesama mereka.
Share this novel