BAB 31

Drama Completed 71272

Terasa bahunya disentuh perlahan Tyara mendongakkan wajah ke atas.Matanya terasa berat.Terpandangkan wajah sayu Bonda, dia kembali menundukkan kepalanya.Tanpa dipinta, air mata mengalir lesu di pipinya.

"Tyara.... sudahlah tu nanti Tyara yang penat.Kita makan dulu"Tengku Mahzura menundukkan tubuh menyentuh bahu Tyara yang duduk bersimpuh di atas sejadah.

"Tyara...."

Panggilan Bonda tidak dihiraukan dan dia tahu Bonda kemudian berlalu bersama keluhan resah.

Biarlah dia membaca yasin buat kali keberapa pun demi menenangkan hatinya yang kacau sekarang.

Dia merayu supaya Allah selamatkan suaminya.Bagaimana Tengku Kriz tergamak membiarkan dia sendirian disini tanpa ditemani.

Seminggu selepas berita tentang kemalangan jalan raya Tengku Kriz, dia masih menaruh harapan bahawa suaminya ada bersama.Namun nama suaminya disenaraikan sebagai hilang berbanding yang lain.Kerana kereta yang dipandu Haziq hancur remuk tapi Tengku Kriz tidak ditemui.Seakan-akan lenyap hilang tanpa berita.

Haziq mengatakan dia tidak nampak langsung Tengku Kriz sewaktu kemalangan itu kerana dia turut tidak sedarkan diri.

Biarpun Keluarga mertua dan keluarganya sentiasa disisinya memberi kata-kata semangat,namun sedikit pun tidak menenangkan hatinya.

Suaminya belum mati, belum ada bukti dia sudah tidak bernyawa.

Rasa sebak yang berkumpul didada menghiris hatinya menjadi cebis-cebisan kecil.Dunia yang luas menjadi sempit.Terlalu sukar untuk dia menggambarkan kekosongan yang dirasai dalam keadaan begini.

Jiwa bagaikan ternanti-nanti kepulangan suaminya dan paling pilu dia sendiri tidak tahu berapa lama mereka terpisah.

Dan mungkinkah pesanan terakhir suaminya itu menandakan dia akan pergi untuk selamanya.

Ya Allah Ya tuhanku....berikan aku sedikit kekuatan dan petunjukmu.Kumohon Ya Allah...

*******

"Tyara dah tidur ke?"

Tengku Mahzura yang sedang meletakkan tuala basah dipenyindai menoleh ke arah katil.Di situ kelihatan suaminya bersandar diatas katil.

"Tak tahulah saya bang....tadi saya dah tengok tapi Tyara masih termenung atas katil"

Tengku Muhammad melepaskan keluhan perlahan.Dia kemudian menutup buku yang dibacanya.

"Saya risau dengan Tyara sekarang, dia dah tak macam dulu.Dia nampak susut sekarang ni...risau hati saya"

"Zura tahu bang, zura pun risau dengan Tyara"balas Tengku Mahzura.mengambil tempat disebelah suaminya.

"Harap Mateen boleh cari anak kita cepat.Saya risau betul dengan menantu saya.Tak sanggup saya tengok dia macam tu"


"Saya akan kerahkan orang-orang saya untuk cari anak kita juga.Saya harap dapat jumpa dalam masa terdekat Ni."

*********

"Sayang...." suara yang berbisik lembut di telinga membuahkan senyuman kecil di bibirnya.Dengan mata yang masih tutup, dia membiarkan hatinya hanyut dibelai suara lunak itu.Dia benar-benar rindu.

"Sayang ni tidur pun comel? Mimpi Abang ya?"

Memang betul Tyara mimpikan abang.....tapi mimpi Tyara terasa panjang Kali ini.Mimpi kami terpisah sebab ini mimpi Tyara terlalu rindukan Tengku Kriz.Abang takkan tinggalkan saya,kan?" bisik hatinya.

"Sayang....bangun dah subuh Ni"Suara itu berbisik lembut di telinga.

Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk berjemaah ketika solat subuh,Dia bahagia dengan suaminya.

Sayup-sayup dia terdengar azan subuh berkumandang.Dia tahu di perlu bangun, Tengku Kriz sentiasa mengingatkan dirinya bangun ketika azan berkumandang.

Dengan penuh payah, dia membuka matanya, tubuhnya tidak berdaya, terasa begitu lemah.Kepalanya yang masih berdenyut diangkat sedikit.Dia mencari kelibat suaminya didalam ruangan bilik.Kosong! hanya dirinya didalam ruangan itu.Tiada langsung haruman badan suaminya didalam ruang ini.

"Abang...? Abang dekat mana?"soalnya lemah.Dadanya mula bergetar kencang,hatinya mula diterjah sayu.

Entah dari mana kekuatan,dia bingkas duduk diatas katil.Dia mengambil baju persalinan suaminya ketika mahu solat diatas penyidai.Dia mencium bau baju suaminya.Ya Haruman badan suaminya menjadi kerinduannya.

Dia meletakkan baju itu didadanya dengan rasa perit yang menyengat ke hati.Esak tangis mula berlagu.

Yang sebenarnya ada di alam mimpi dan ilusi adalah bisikan lembut suara yang didengarinya sebentar tadi.Suara yang sentiasa akan mengingatkan dirinya adalah igauan semata-mata.

Dengan tangisan masih bersisa dia menguatkan diri untuk turun dari katil.Langkahnya yang terhuyung hayang dihala ke bilik air.Dia perlu solat dan memohon doa supaya suaminya pulang ke pangkuannya.

********

Tengku Mateen datang melawat Tyara harini.Dia melihat Tyara yang sedikit kurus daripada sebelum Ni.Dia menarik kerusi untuk memberi Tyara duduk.

"Awak dah jumpa Kriz?"soal Tyara pada Tengku Mateen.Itu soalan pertama yang selalu ditanya sekiranya Tengku Mateen datang melawatnya.

Tengku Mateen mengeluh kecil.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"I do my best to find him.Kita usaha cari dia, berdoa untuk dipermudahkan dan selebihnya kita serah pada Allah.Tyara Kriz selalu pesan pada saya to take care of you"ujar Tengku Mateen.

Tyara mengosok kepalanya.

"Kalau Kriz tengok awak macam ni mesti dia sedih, Tyara yang dulu saya kenal kuat dan sentiasa ceria.Sekarang mana pergi Tyara yang saya kenal dulu"

"You know what Mateen. I'm losing my friends Grace because she want to save me, and then I'm losing my father and know my husband.Takdir hidup saya dah cukup sakit untuk saya.Kalau sebelum ni kehilangan mereka saya ambil masa untuk pulih.Sekarang saya mengharapkan Kriz tak mungkir janji pada saya"

"Saya yakin Kriz akan balik pada awak.Uncle Muhammad dan Saya akan tolong awak cari Kriz begitu juga dengan Haziq.Kami akan pastikan dia balik pada awak"

Tyara menangguk perlahan.

*******

Tyara masuk ke dalam rumah dia melihat Tengku Mahzura berdiri tercegat diruang tamu.

"Bonda..." sapa Tyara.

"Tyara..."

Hilang riak jernih di wajah Tyara apabila nada suara wanita itu kedengaran sayu dan ada esakan kecil.

"Bonda.... Kenapa Ni?"Kenapa Bonda menangis?"soalnya resah.

"Tyara sayang... Bonda nak bagitahu pasal Kriz"

Sebaris nama itu disebut oleh Tengku Mahzura.Dia tidak ralat kerana nama itu sudah banyak kali disebut oleh Tengku Mahzura.

Apa yang pelik Bonda menangis teresak-esak?

Selama dua minggu, dia hidup dalam ketakutan,kebimbangan dan hari ini dia mengharapkan dia menemui titik noktah demi dirinya.

"Bonda tolong ceritakan pada Tyara apa sebenarnya yang berlaku, "pinta dengan nada tersekat-sekat.Air mata yang bergenang ditubir diseka dengan belakang tapak tangan.

"Tyara Bonda baru dapat call dari hospital "

Terhenti nafasnya beberapa saat dan setiap detik seakan terhenti Dia boleh meramalkan apa yang akan berlaku, dia memang sudah menjangkakan semua itu.

Jadi benarlah Tengku Kriz sudah meninggalkan dirinya,sudah terpisah dari alam yang berbeza, sudah pergi tidak kembali.Namun kenapa kenyataan ini amat menyakitkan?.

"Tyara orang dah jumpa Kriz.Kriz masih hidup"

Mata Tyara terbeliak luas.Tanda tidak percaya dengan apa yang didengarinya."Ap...apa?"

"Ya Tyara ada orang cam muka Kriz.Sekarang Ni Kriz On the way dihantar balik sini.Kita tunggu dia dekat sini ya!"

Suara Tengku Mahzura yang bertukar ceria itu tidak lagi menyentuh telinganya.Dia terpaku.Hilang semua fikirannya sebelum ini, hanya menanti seraut wajah yang dia rindu..

Ya Allah... suaminya masih hidup? Alhamdulillah.... memang ini doanya siang dan malam,Dan seketika itu juga hatinya teracik halus dengan sebuah kenyataan.

Jika selama ini Tengku Kriz masih hidup, Kenapa lelaki itu tidak pernah pulang ke sini mencarinya?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience