Completed
71272
Pagi-pagi lagi Tengku Kriz mengajak Tyara ke tempat latihan MMA milik suaminya.Kali kedua dia jejak kaki ke sini.Tapi hanya mereka berdua sahaja disini.Aku cuma berbaju T hitam dan berseluar sukan.
"Kita berdua je?"soal Tyara.Kening bercantum pelik.Takkan dia berdua saja?.Selalu Tengku Mateen dan Haziq ada sekali.
"Private lesson with your husband only.Lagipun Mateen dengan Haziq ada hal"Tengku Kriz senyum sahaja.
Nasib suami sendiri nak berdua-duaan pun tak mengapa.Walaupun dia sendiri dah tahu seni mempertahankan diri Tengku Kriz masih menerapkan ilmu tambahan kepada Tyara.
Terus aku letak beg ditepi dinding sebelum kembali berdiri di depan Tengku Kriz.Bersedia untuk menuntut ilmu terbaik Tengku Kriz.
"So we're going to start with?"soalku.
"Memandangkan awak suami saya?. Apa-apa jadi dekat saya siap awak?"
Tengku Kriz ketawa dengan ugutan isterinya.
"Sebelum kita mula Sayang kena buat stretching and warm up first.Start now"arahnya tegas mengalahkan jurulatihnya sewaktu dia buat latihan dulu.
*******
Tengku Kriz menunjukkan demostrasi secara perlahan-lahan.Semuanya Tengku Kriz ajar.Dan aku sebagai mentee hanya mengikut gerak geri Tengku Kriz.
"Nice shot"Tengku Kriz puas hati bila aku lulus.
Kami rehat sebentar.Berpeluh dahiku,Nampak sangat aku dah lama tak terlalu aktif macam dulu.Berbeza dengan suaminya.Mungkin kerana sudah terbiasa.Dengan singlet hitam dan seluar sukan.
Habis rehat kami sambung lagi.Kemudian aku melihat Tengku Kriz menumbuk.Kuat dan bertenaga.Mental aku sekarang tak kuat.Kenapa aku rasa Tengku Kriz ni terlalu limited person sangat?.Aku ingat malam kejadian tu, suaminya menggunakan pisau macamana?. Dengan gaya balingan tepat ke arah musuh.Tengku Kriz benar-benar menggunakan latihan semasa jadi Malbatt dulu sampai sekarang.
"Tyara!"Aku tersedar daripada lamunan selepas tangan Tengku Kriz melambai-lambai didepan mukanya.Aku memandangnya, seperti biasa tajam matanya memandangku.
"Faham tak?"
Faham apa? Bantai angguk je la, Tyara.Sebenarnya aku sedikit blur disitu.
Dengan tiba-tiba Tengku Kriz menyerangnya.Terkaku aku dibuatnya.Aku cuba mengawal rasa terkejut dek kerana Tengku Kriz menyerangnya.
Satu...Dua...Tiga....
"I got you!" Dekat suaranya di telinga kananku.Sekali lagi aku rasa nak melompat.
Dengan pantas aku menggunakan tenaga aku menterbalikkan Tengku Kriz yang tadi memegang ku kuat.
"Shit!!"Terus Tengku Kriz terbaring di atas karpet.Berkerut dahinya menahan sakit dibelakang yang bukan sedikit aku rasa.
"Opppss.... sorry! Sakit ke? Saya tak dapat kawal"Rasa tidak bersalah.
Tengku Kriz berdeham sekejap sebelum kembali berdiri tegak.
"Can we try again?"soal Tengku Kriz.
"Okay"
Tengku Kriz menyerangnya sekali lagi tapi entah macam mana kakinya boleh terpeleot pulak.Dia terlentang ke belakang sambil aku menutup mata menarik apa yang ada.Aku dapat rasakan tangan Tengku Kriz memegang kepalaku untuk menggelakkan aku terjatuh.Tapi sudah terlambat.
"Are you okay Sayang?"suara Tengku Kriz risau.
Terus aku membuka mata memandangnya.Nampaknya Tengku Kriz berada di atas badan ku sekarang.
"Okey"jawabku.Terus aku menolak tubuhnya tapi tak boleh bergerak langsung.
"Cuba sayang lepaskan diri sayang"cabarnya.
"Mana boleh! Awak dekat atas sayang.Macamana saya nak lepaskan diri"marahku.
Bunyi orang berdeham buatkan segala lamunanku terbang entah ke mana.Mereka kembali ke dunia nyata.Tangan Tengku Kriz dipinggangku turut dilepaskan.
Aku memandang Tengku Mateen yang berdiri tegak dengan penampilan kemeja jeans dan seluar hitam itu.
"Hai Tengku Mateen"Sengih .Tegur dia dengan perasaan malu yang amat.
******
"Apa kata sekarang Sayang pergi bersihkan diri dulu? Lepas ni kita nak keluar makan"ujar Tengku Kriz berbaur arahan.
Lambat-lambat aku angguk.Tapi...kenapa aku rasa macam Tengku Kriz nak halau aku secara tersirat?.Seperti sengaja tidak mahu aku mendengar perbualan dia dan Tengku Mateen?.
Mungkin hal bisnes kot.Gaya macam serius sangat.
Aku terus ke bilik persalinan.Baik aku pergi bersihkan diri dulu.Sejam juga aku mengambil masa untuk membersihkan diri,setelah puas membelek muka di cermin aku mencari Tengku Kriz.Kelihatan mereka masih diposisi bicara yang sama.
Mereka sedar kehadirannya.Mereka menoleh dan automatik mereka senyap.
"Saya pergi mandi kejap"beritahu Tengku Kriz sebelum menghilang.Kini tinggal aku dengan Tengku Mateen.
"Lama kita tak jumpa?.Awak pergi mana?" Aku berbicara.
"Tulah saya pun lama tak jumpa awak.Saya ada baru balik daripada Dubai.Awak sihat?"
"Alhamdulillah.Sihat"
"Awak cakap apa dengan Kriz?" Macam serius je?"Aku mula mengorek rahsia dua jejaka ni.
"Just a business matters"jawabnya.
Aku mencebikkan mulutku.
"Awak memang datang sorang ke?"
"Kenapa awak ingat saya datang dengan girlfriend saya ke?" Cepat saja dia membalas.
Tak adalah kalau awak ada girlfriend, boleh saya kawan dengan dia?.Saya bosan tau sejak berhenti kerja ni.Lonely tau hidup saya"
"Aik...dapat suami punya baik pun, lonely lagi ke?"soal Tengku Mateen.
Tyara hanya tergelak kecil.
********
"Abang pergi kejap je okay?.Sayang balik rumah Bonda atau rumah Umi.Tunggu sampai Abang balik.Kalau nak pergi mana-mana, ajak Hana atau Abang Talha teman.Jangan pergi sorang-sorang Abang tak nak"ucap Tengku Kriz pada Tyara.
"Tapi kenapa kena pergi dengan diaorang?.Kenapa tak pergi dengan Abang?"soal Tyara.
"Takut Abang tak sempat balik.Please dengar cakap Abang"ucap Tengku Kriz lagi.
Dia sendiri masih tidak faham kenapa Tengku Kriz baru memberitahunya yang dia akan pergi outstation.Tapi bila dia mahu ikut suaminya tak bagi ikut.Sebab dia akan pergi dengan Tengku Mateen dan Haziq.
Tangan suaminya memegang tangannya erat.Entah mengapa dia rasa tak sedap hati dengan pesanan daripada Tengku Kriz.
Lelaki itu kemudian bergerak ke pintu utama rumah dan mengekori langkah suaminya dengan pelbagai rasa.
"Abang pergi dulu sayang..."
Tyara menyambut huluran tangan suaminya yang baru selesai menyarung kasut.Lama dia tunduk mengucup belakang tangan Tengku Kriz yang hangat.Sangkannya rasa resah tadi akan hilang dan lenyap, namun kian kuat pula debaran itu mengetuk dada.
"Abang jaga diri.Balik cepat saya nanti saya rindu"ucapnya dengan pandangan berkaca-kaca.Lelaki itu tersenyum, menarik pula tubuhnya dan dipeluk kemas.Dia seakan-akan sudah mula merindui suaminya.
"Lepas habis kerja, Abang balik jumpa Sayang,Ya.Abang janji dengan sayang"Tengku Kriz mengucup pula dahi isterinya.
Sentuhan mereka terpisah apabila suaminya kembali menarik bagasi dan melangkah keluar daripada pintu utama kediaman mereka.
Baru beberapa tapak melangkah, lelaki itu berpaling ke arahnya.Dalam rasa debar, Tyara mengangkat tangannya dan melambai-lambai ceria.Dia tidak mahu Tengku Kriz pula resah dan gelisah meninggalkan dia sendiri di sini.Tidak semena-mena Tengku Kriz berpatah balik memeluknya.Hampir menitis air matanya dengan apa yang berlaku.Demi Allah... Tengku Kriz sedikit aneh!.
"I love you My Tun Teja.I always love you until Jannah"Lirih ucapan suaminya itu singgah di telinga.Tidak mampu membalas dengan kata-kata, dia hanya mengangguk kepala dengan tangisan kecil.Sebak di hati kian terasa, begitu pilu.
Tubuh terpisah dan pantas lelaki itu melangkah meninggalkannya.Tyara termangu-mangu .Kali ini suaminya tidak lagi berpaling, langsung tidak menoleh.
*********
Sudah lebih dua jam Tengku Kriz meninggalkan rumah.Tyara pun sudah siap mengemas rumah.Dia nak pergi ke rumah Umi.Sekejap lagi Hana datang menjemputnya.Bunyi loceng menandakan Hana sudah sampai dirumahnya.
Dia menuju ke arah pintu lalu dia dibuka dan Hana terpacak depan pintu.Tapi wajah Hana suram tidak seperti selalu.
"Tyara....aku harap kau sabar ya"ucap Hana.
Debaran penuh debaran, Tyara menunggu Hana berkata-kata.
"Tengku Kriz kemalangan jalan raya"ucap Hana.
Kaki Tyara terasa lembik, dia terjatuh ke lantai.Jiwa kian hancur, semua impian indahnya.Apa pula takdir yang tertulis untuk mereka berdua?.
Share this novel