Completed
71272
Tengku Kriz memandu dengan tenang menghantar Tyara pulang ke rumah.Dia memandang sekilas Tyara disebelah yang lena tidur.Mungkin kepenatan harini, dari pagi tadi temannya main kuda lepastu Bonda ajak makan tengahari sama-sama.
Tapi apa yang membuatkan Tengku Kriz sedikit terganggu harini.Tyara nampak lebih sensitif harini.Dia teringatkan kejadian di Equestrian Centre Putrajaya pagi tadi dan apa yang berlaku dekat rumahnya.
Kereta Maserati Ghibli milik Tengku Kriz berhenti betul-betul dihadapan pagar rumah Tyara.Dia memandang rumah yang terang dengan lampu di laman sahaja.
Dia mengalihkan pandangan ke arah Tyara yang masih lena dibuai mimpi.Dia terfikir sejenak apa yang mengganggu fikiran Tyara sebenarnya.
Tyara terasa kereta tidak bergerak, dia membuka matanya dan pandangan matanya bertemu dengan pandangan mata Tengku Kriz.
********
Talha memegang bingkai gambar keluarganya.
"Talha akan satukan keluarga kita semula.Talha janji dengan Ayah"ucapnya sambil mengusap bingkai gambar itu.
Dia teringatkan perbualanmya dalam kereta Tengku Mateen tadi.
"Saya tak sangka boleh jumpa dia semula.Gadis bermata pudar dan mempunyai raut wajah yang manis itu"ucap Tengku Mateen sambil tersenyum nipis.
Talha memandang Tengku Mateen.
"Tengku maksudkan siapa?"soal Talha.
"Tyara bodyguard Kriz.Kau nampak kan tadi gadis disebelah Kriz.Dialah yang aku selalu ceritakan dekat kau selama ni.Aku fikir aku takkan dapat jumpa dia lagi.Lepas ni makin keraplah aku datang jumpa dia.Sebab aku dah tahu nak cari dia dekat mana"ujar Tengku Mateen dengan teruja.
Talha disebelah hanya mampu berdiam diri sahaja.Apa reaksi Tengku Mateen kalau dapat tahu yang Tyara ada kaitan dengannya?.
Talha mengurut tengkuknya yang serabut.Dia pun tidak menyangka Tyara boleh jadi bodyguard kepada Tengku Kriz.
"Aku kena jumpa Tyara.Itu je satu cara untuk aku betulkan semua ni"ujar Talha.
*******
"Oh dah sampai ke?"soal Tyara menguak tangannya hampir terkena muka Tengku Kriz yang tadi memandangnya.
Tengku Kriz mengawal riak mukanya.
"Terima kasih sebab hantar saya balik"ucap Tyara pada Tengku Kriz sebelum keluar dari kereta.
Tengku Kriz turut keluar dari keretanya menghantar Tyara.
"Awak okay ke duduk sorang ni?"soal Tengku Kriz pada Tyara.
"Macamana Tengku boleh tahu saya duduk sorang?"soal Tyara semula.
"Semua dekat hujung jari saya aje"kata Tengku Kriz sambil buat muka berlagak.
"Ceh poyo betul puji diri sendiri.Saya okay je apalah sangat duduk sorang.Saya dah biasalah"Tyara pun sama naik nak tunjuk berlagak pada Tengku Kriz.
"Esok awak cuti kan, rehat dekat rumah.Saya rasa awak perlukan banyak rehat"kata Tengku Kriz sambil menyandarkan tubuhnya di pintu kereta.
"Baik Tengku patik menurut perintah"ucap Tyara sambil menunjukkan gaya seorang hamba kepada putera raja.
Sebenarnya besok dia ada perancangan lain.Perancangan bulanan dia.
"Okaylah awak pergi masuk dulu, saya tunggu sampai awak masuk"ucap Tengku Kriz dengan nada bertukar serius.
Tyara mencebikkan bibir membuka pagar rumah dan terus berjalan masuk sambil tu dia menoleh ke belakang melihat Tengku Kriz masih memerhatikan dirinya.
Dia segera tutup pintu rumah.Disebalik langsir dia melihat Tengku Kriz masuk ke dalam kereta sebelum menghilang dari pandangan matanya.
*******
Dia meletakkan beg atas meja dan membaringkan badan di sofa.Dia mengeluh kecil.
Dia berfikir tentang pertemuan dengan abangnya Talha tadi.Maknanya sekarang ni Abang Talha kerja dengan Tengku Mateen dan aku kerja dengan Tengku Kriz.
"Tengku Kriz dan Tengku Mateen tak sebulu.Dan Tengku Kriz pulak tak berapa suka dengan Abang Talha.Kalau Tengku Kriz tahu Abang Talha tu abang aku bermakna dia pun akan benci aku ke?"soal Tyara dalam hati.
Dan dalam banyak tempat, hari dan keadaan kenapa dia harus berjumpa macam tadi.Dan aku dah tunjuk kelemahan aku pada Tengku Kriz?.Aku kena berhenti kerja ke?.
"Argh...pening kepala aku.Baik aku pergi mandi dulu"kata Tyara melangkah laju naik anak tangga menuju ke biliknya.
*******
Cermin tingkap diturunkan dia memandang ke arah rumah dua tingkat yang pernah menjadi kenangan hidupnya semenjak dari kecil.
Masih sama seperti masa mula-mula dia keluar dari rumah itu.Cuma ada penambahbaikan sikit.
Terdapat banyak pokok bunga kertas.Pokok kegemaran Puan Adliza.
Hatinya dirobek setiap kali menjejakkan kaki di sini.
"Mak kenapa Mak buang semua baju Tyara dekat luar?"soal Tyara pada Puan Adliza
Bersepah semua bajunya termasuk begnya turut dicampak keluar dari rumah.
"Kau keluar dari sini aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi" kata Puan Adliza dengan nada marah.
"Apa salah Tyara Mak? Tyara dah minta maaf dekat Mak?"soal Tyara sambil memegang tangan Puan Adliza.
Puan Adliza menolak Tyara jatuh ke lantai.Tangannya sedikit melecet.
"Kau bangga sangat jadi polis UTK tu kan? Sekarang kau tak perlu risau Aku tak halang kau lagi? Laki aku mati pun sebab kau"jerit Puan Adliza sambil memukul badan Tyara.
"Orang tak minta semua ni jadi.Ayah meninggal sebab sakit bukan sebab Tyara Mak"ucap Tyara dengan air mata sudah mula basah.
"Dia sakit sebab tunggu kau balik jumpa dia"ujar Puan Adliza.
"Mak....jangan mak Tyara dah tak ada siapa lagi? Jangan buat Tyara macam ni?" Tyara merayu pada Puan Adliza.Dia memegang kaki Puan Adliza kuat.
"Berambus dari sini!!!"jerit Puan Adliza.Talha yang baru sampai rumah terkejut tengok semua baju Tyara berada dekat luar rumah.
"Mak apa Ni? Kesian dekat adik"soal Talha pada Puan Adliza.
"Dia tak pernah kesian dekat kita.Dia boleh hidup sendiri"ucap Puan Adliza.
Talha mengambil baju Tyara yang berada dilantai.
"Kamu jangan cuba nak tolong dia.Kalau kamu nak jadi anak derhaka macam dia kamu boleh keluar dari rumah ni"jerit Puan Adliza sebelum masuk ke dalam rumah.
Tyara memandang Talha.Baju ditangan Abangnya diambil.
"Adik Mak tengah sedih? Jangan ambil kisah sangat?"soal Talha menghalang Tyara.
"Kalau ini yang terbaik untuk Mak.Adik sanggup Abang.Abang pun dengar apa Mak cakap tadi.Abang jangan jadi anak derhaka macam adik"kata Tyara mengambil begnya dan berlalu pergi.
"Adik!!! adik!!"jerit Talha memanggil Tyara.
Airmatanya mengalir tanpa sedar, dia mengesat airmatanya.penyesalan itu dipendam seorang diri.Dengan pemergian Grace buat dia jatuh manakala pemergian Ayah pula membuatkan dia hampir mati.Kalau bukan sebab Hana mungkin sekarang dia tidak sekuat harini.
Dia menekan pedal minyak meninggalkan kawasan rumahnya.Talha yang masuk ke perkarangan kawasan taman perumahan bertembung dengan kereta Tyara.Dia memberhentikan kenderaannya mengejut.
"Tu Tyara??.Dia balik jumpa Mak ke?"soal Talha dalam hatinya.Dia meneruskan perjalanan menuju ke rumah.
Sampai dirumah dia melihat Puan Adliza sedang duduk di gazebo.Dia berjalan ke arah Puan Adliza.
"Asalamualaikum.. Mak sihat?"soal Talha bersalam dengan Puan Adliza.
"Walaikumusalam..sihat Alhamdulillah.Ni Abang dah makan belum?.Tutik ada buat sarapan pagi tadi"kata Puan Adliza begitu ceria melihat Talha.
"Mak tadi ada orang datang rumah ke?"soal Talha sengaja.
"Mana ada Talha je yang datang.Siapa pulak yang nak datang rumah kita?"soal Puan Adliza.
Talha serba salah mahu memberitahu yang dia sudah jumpa Tyara.Dia memegang tangan Puan Adliza.
"Mak Abang ada benda nak cakap?"
"Apa dia? Abang nak kahwin ke?"
"Taklah, pasal adik.Abang dah jumpa Tyara"ucap Talha.
Puan Adliza menarik tangannya semula.Dia rasa sedikit terganggu dengan nama itu.
"Adik dah berhenti kerja yang Mak tak suka tu"ucap Talha.
"Aku tak dengar pasal dia.Kau jangan sebut nama dia.Anak aku sorang je.Talha Adzrin saja anak aku"ucap Puan Adliza terus masuk ke dalam rumah dengan perasaan marah.
Talha memejamkan matanya.Nampaknya hati Puan Adliza masih belum memaafkan Tyara.
"Sabar Talha...doa orang yang sabar Allah selalu dengar"ucapnya dalam hati.
Share this novel