BAB 8

Drama Completed 71272

Tyara tersedar dari lenanya yang panjang.Dia rasa nikmat tidur yang cukup tidak seperti selalu dia akan tersedar.Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bawah.Dia menangkap bau yang sangat sedap.Mesti Hana tengah buat sarapan di dapur.
"Asalamualaikum Cik Hana sedap bau pagi-pagi ni?"tegur Tyara yang menarik kerusi dan duduk.

"Walaikumusalam Cik Tyara kita dah okay?"soal Hana yang sedang mencedok nasi goreng kampung ke dalam mangkuk.

Tyara menangguk tanda okay.

Semangkuk nasi goreng diletakkan di atas meja.Dan Hana menuangkan teh panas untuk Tyara.

"Minum teh tu untuk legakan dalaman kau"kata Hana.Tyara menghirup perlahan risau panas.

"Oh ya Tengku Kriz pesan kalau kau tak sihat lagi kau boleh cuti dulu.Betul risau dia semalam tengok kau pucat macam mayat hidup"kata Hana duduk didepan Tyara.

Tyara buat muka pelik.Dia nak risau apa? Dia tu gay?.

"Entah-entah dia suka dekat kau"ujar Hana.

"Memang taklah dia suka aku.Dia tu bukan suka perempuan pun"ucap Tyara terus terang.

Hana terhenti dari menyuap dengan kenyataan Tyara.

"Kenapa betullah si Haziq tu cakap Tengku Kriz tu gay?" kata Tyara.

"Kesian muka hensem ada rupa macam pelakon hero negara China tu siapa?"soal Hana cuba mengingat pelakon pujaannya.

"Dai Ghao Zheng"ucap Tyara spontan.

Hana terkejut dengan tekaan Tyara.Maknanya bukan dia sorang nampak Tengku Kriz tu ada iras pelakon pujaannya.

"So kau harini cuti ke?"soal Hana.

"Tak aku dah okay.Aku masuk kerjalah"kata Tyara pada Hana.

Hana menggelengkan kepalanya.Bukan dia tidak tahu Tyara kalau bab kerja kesihatan pun dia boleh ketepikan.

*******

"Thanks Hana sebab hantar aku.Susah-susah je"kata Tyara sambil membetulkan bajunya.

"Takpe aku baik hati harini"kata Hana sambil tergelak.

"Okaylah bawa kereta elok-elok.Jangan kau langgar kon depan tu"kata Tyara sebelum menutup pintu kereta.

Dia menunggu Hana menghilang baru dia masuk.

Cermin kereta diturunkan ke bawah.Sepasang mata memandang ke arah perempuan yang baru sahaja melambaikan tangan itu.

"Dialah orangnya yang saya cakap tu"ucap pemandu kepada seseorang dibelakang.

"Jalan"ucap satu suara sebelum cermin dinaikkan semula.

******

Pintu pejabat Tengku Kriz dibuka dan sunyi tiada sesiapa didalam.Maknanya Tengku Kriz belum sampai pejabat atau aku yang terlalu awal sampai.

Dia berpaling dan keluar dari pejabat Tengku Kriz.Pintu ditutup semula, sebelum dia nampak Alice sedang menyusun dokumen.

"Alice"tegur Tyara.

"Cik Tyara dah okay ke?"soal Alice pada Tyara.

"Dah saya kuatlah jangan risau.Ni awak nampak Tengku Kriz tak saya tengok dalam pejabat tak ada orang"kata Tyara.

"Owh harini Tengku Kriz ada mesyuarat dengan Tengku Mateen.Dia tak cakap mungkin dia ingat awak cuti kot"kata Alice .

"Lah yeke.Habis saya datang harini nak buat apa sebab saya dah punch card tadi"kata Tyara.Dia mula rasa menyesal pulak datang harini.

Dia mengeluarkan telefon dalam poket seluar slack.Dia menulis mesej pada Haziq.Harap ada balasan cepat.Kalau tak mahu mati kering aku harini.

********

Haziq yang sedang menunggu Tengku Kriz membelek telefon pintarnya yang berbunyi tanda ada mesej baru masuk.

Dia melihat mesej daripada Tyara.

"Encik Haziq saya ada dekat pejabat.Tapi Tengku Kriz dengan Encik Haziq tak ada.Jadi saya nak buat apa?"

Haziq tergelak.

"Awak buat-buat sibuk jelah.Kami masuk tengahari nanti"

Balas Haziq.

********

Mata mereka bertentangan seketika,Ada udara dingin diantara mereka berdua.Tengku Kriz memang tak pernah sebulu dengan Tengku Mateen semua gara-gara ibu saudaranya Tengku Eliza yang suka menerapkan sikap bersaing antara satu sama lain.

"Kau mesti tahu kenapa aku datang sini?"soal Tengku Kriz pada Tengku Mateen.

Lelaki dihadapan itu tersenyum nipis.

"Mesti pasal rumours kau gay kan"ucap Tengku Mateen dengan tenang.

"Aku tak suka main kotor dalam bisnes.Kau dengan aku sama-sama bisnes.Aku rasa kau patut cakap dengan Bonda kau tu, cukuplah buat trik kotor nak jatuhkan aku"kata Tengku Kriz.

"Aku tak terlibat dalam hal ni.Semua tu kerja Bonda aku"ucap Tengku Mateen.

Tengku Kriz menggigit bibirnya.

"Hanya orang yang pengecut je akan cakap macamtu.And you know what everything about that trick just to shit "ucap Tengku Kriz sebelum bangun dan memandang wajah Tengku Mateen yang tiada serba salah.

"Aku rasa kau dengan aku dah terlalu jauh"kata Tengku Mateen.

Tengku Kriz terus keluar dari bilik pejabat Tengku Mateen dengan rasa geram.Haziq yang menunggu terus mengikut langkah Tengku Kriz yang mungkin mood tidak berapa baik sekarang.

Setiap kali pertemuan dengan Tengku Mateen mesti akan jadi bad mood.Dia berjalan terlanggar seseorang.Haziq hanya meminta maaf.Lelaki itu memandang ke arah lelaki yang dikenali sebagai Tengku Kriz dan pembantu peribadinya Haziq Amzar.

Pintu pejabat Tengku Mateen dibuka, lalu dia menyerahkan fail kepada Tengku Mateen.

"Talha aku nak kau bagitahu media pasal rumours Tengku Kriz tu.Kau bayar je berapa untuk dia tarik balik? Dan jangan kau bagitahu Tengku Eliza pasal hal ni"ujar Tengku Mateen pada Talha.

"Baik Tengku Saya akan buat sekarang"ucap Talha sebelum keluar dari pejabat.

********

Haziq memandu sambil melihat cermin pandang belakang.Dia nampak Tengku Kriz menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil melelapkan mata.

Mungkin cuba menenangkan hati yang panas.Dia mahu memberitahu yang Tyara ada di pejabat.

"Tengku...okay tak Ni? Nak balik rumah ke?"soal Haziq sambil fokus pada pemanduannya.

"Terus pejabat aku ada banyak kerja nak buat Ni"kata Tengku Kriz mengurut tengkuknya.

"Saya ada benda nak bagitahu Tengku Ni"ucap Haziq.

"Apa dia?"soal Tengku Kriz.

Tengku Kriz menunggu apa yang Haziq mahu katakan.

********

Laju kakinya melangkah ke dalam Kiddarl Technology.Bila Haziq bagitahu yang Tyara ada di pejabat tadi memeranjatkan dia sedikit.

Haziq berlari mengejar langkah Tengku Kriz.

Tyara duduk di dalam pejabat Tengku Kriz dari pagi tadi lagi.Sebab selalu dia ada arahan kerja.Harini dia rasa macam makan gaji buta datang kerja.Rasa menyesal pun ada.

Dia terdengar pintu pejabat dikuak dari luar.Muncul Lily didepannya sambil berjalan ke arahnya dengan langkah laju dengan mengangkat tangannya seakan mahu menampar muka Tyara.

Tyara memejamkan matanya serapatnya.Dia rasa bunyi tamparan kuat tapi tidak mengenanya

Dia membuka mata dan apa yang dilihatnya.Tengku Kriz berada didepannya.Maknanya tamparan kuat tadi mengena muka Tengku Kriz.

Lily serba salah dengan tindakannya.Niat dia mahu menampar muka Tyara tapi dia tidak tahu yang Tengku Kriz sudah balik ke pejabat.

Tengku Kriz yang masih lagi berdiam.Memandang sedalam-dalamnya muka Lily.

"Haziq kau halau perempuan Ni keluar sekarang!!!"jerit Tengku Kriz.

Tyara yang berada di belakang badan Tengku Kriz yang tinggi hanya mampu zip mulut.Nampaknya ribut bakal melanda.

Haziq menarik tangan Lilly keluar dari pejabat Tengku Kriz.

"Apa aku nak buat? Nak lari terjun ikut tingkap bukan patah nanti mati terus"kata Tyara dalam hati.Confirm dia tidak carutkan aku nanti.

Tubuh Tengku Kriz berpaling memandang wajah Tyara yang sedikit gugup.Hidung Tyara rasa terganggu dengan haruman badan Tengku Kriz yang kuat.

Mata Tengku Kriz memerhati tengkuknya yang ada kesan jerutan semalam.Tyara menutup dengan kedua tangan.Tengku Kriz mengalihkan tangan Tyara.Dia membelek macam belek kain leher Tyara.Dan kenapa Tyara sendiri terkaku seperti di pukau?"

Tahan Tyara jangan buat malu lagi.Kalau kau lepas dekat sini mahu mamat ni tendang kau keluar dari tingkap ni.Tapi dia tidak tahan dah.

Haruman itu benar-benar menyengat.Matanya mula berair.

"Awak okay...." Tengku Kriz belum habis tanya.

Ahcooo.....

Tyara menutup mulutnya.Dia rasa bunyi bersinnya bergema seketika dalam pejabat Tengku Kriz.

Tengku Kriz telan air liur.Dia rasa dia tahu kenapa Tyara bersin.Dia baru Tyara tak boleh terlalu dekat dengannya pasti sebab haruman minyak wangi TomFord Velvet Orchid terlalu kuat jadi dia menjarakkan dirinya sedikit ke belakang.

Kalaulah ada dia boleh menghilangkan diri sekarang, dah lama dia menghilang.Malu dia sampai cucu cicit nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience