BAB 29

Drama Completed 71272

Aku cuba untuk membuka mata.Cuba untuk bangkit daripada tidurku.Terasa sebak dan sedih.
Nafas pula turun naik.Air mata mula mengalir bila terasa genggaman tangannya terlepas dari pegangan ku.Dia semakin jauh dariku.Aku mula merayu supaya dia jangan tinggalkan Aku.

Namun segalanya sudah terlambat Aku berada disitu sendirian.Gelap dan sunyi tiada sesiapa mahupun Tengku Kriz .

"Tyara!!"Sayup-sayup suara itu

Aku terus mencari.

"Tyara!!!"lebih kuat.Kali ini bahuku digoncang sekali.

Aku tersedar.Bilik itu diterangi cahaya lampu.

"Tyara ni Saya"

Dan aku tahu semuanya tadi adalah mimpi sebenarnya.Naik turun dadanya cuba bertenang.

"Awak?"panggilku perlahan.Wajah Kriz berada dekat denganku.

"Ya sayang.Ni Saya"

"Awak"Terus aku peluk lehernya Dan esakan aku pecah.Tengku Kriz tergamam.Tapi aku tak tahu kenapa mimpi itu seakan nyata.

"Mimpi saja tu.Saya ada dengan awak"Tengku Kriz memujukku.

"Saya minta maaf sebab kacau awak. Tapi mimpi saya tadi macam betul"gumamku perlahan.

Tengku Kriz mengubah posisi tubuhnya.Dia menarik ku ke dalam pelukannya.Dan tangannya memeluk pinggangku.

"Dah saya tak pergi mana-mana.Tak ada apa akan berlaku pada saya"kata Tengku Kriz lagi.

Aku cuma diam.Tapi esakan aku masih bersisa lagi.Selalu Aku akan mimpi Grace atau sejarah lama hidupnya tapi kini mimpinya lebih kepada Tengku Kriz.

Aku sambung lenaku dengan usapan Tengku Kriz pada belakangnya.

*******

Ketang-ketung bunyi sudip berperang di dapur.

"hmmm....sedapnya bau .Masak apa, Umi?"tegurku sebaik kaki jejak dapur.

"Umi buat Nasi Goreng lebih nasi kenduri semalam"

"Kenapa Umi tak minta adik tolong Umi?"soalku.

"Tak apa dah siap pun.Kamu penat Umi faham"

Aku rasa bahang pada mukaku.Aku tahu apa yang Umi maksudkan itu.

"Adik buat air untuk minum"

Aku akur.Mula melakukan tugas yang diberikan.Capai teko dan sudu.Letak beberapa sudu gula dan air panas sebelum berdiri pada balang kopi.Tengku Kriz suka minum kopi dari teh.

"adik pergi panggil Kriz makan.Nanti sejuk Ni, baru kita boleh kemas apa yang patut dekat depan tu"kata Puan Adliza setelah segala hidangan dah diletakkan di atas meja makan.

Dia berjalan menuju ke biliknya untuk memanggil Tengku Kriz makan.Pintu bilik ditolak dari luar Sebaik sahaja aku menutupnya,pintu bilik air pula terbuka luas.Terus aku terhenti didepan bilik air.

Tengku Kriz hanya bertuala putih,badan dan wajahnya masih basah.Teguk liur.Tegugat jiwanya.Tapi apa salahnya terpegun dengan badan suami sendiri.Ni dikira versi halal.

Aku mula memandang dari atas sampai bawah.Bila mataku memandang wajahnya Tengku Kriz memberi senyuman nakal.

Gulp! Habislah dia tahu aku usha badan dia Semalam dalam gelap aku tak nampak jelas.

"Buat apa tengok? Nak pegang boleh, nak usap boleh.Dia mendekati aku secara perlahan dan aku hampir terhantuk pada pintu.

" Mana ada saya tengok awak?.Saya tengok awak dah tutup air dalam bilik air belum?"aku cuba menafikannya.

Dia berjalan ke arah penyidai dan meletakkan tuala disitu.Aku memalingkan wajahku.

"Tolong saya pilih baju"

Aku pandang Tengku Kriz yang duduk diatas katil.Senyap! Aku mencari pakaian kasual untuk Kriz pakai.Lalu dia menyerahkan baju pada Kriz.

"Thank you,sayang.Nak upah tak?"

"Upah?"

"Ya, upah sebab cari baju Saya "

"Cari baju pun dapat upah?.Kalau macam ni dari dulu saya apply jadi tukang cari baju awak"

Gelak Tengku Kriz menghiasi ruang bilik tidurku ini.

"Apa upahnya? Saya tak sabar ni"

"Kiss"

Terus jatuh rahangku memandang dia.Dia mencubit perut Kriz.Kriz terus mengalah.

" Tadi macam nak sangat.Saya semangat nak bagi awak ni.Betul tak nak?"soalnya lagi.

"Lepas siap keluar untuk sarapan.Kita ada kerja banyak harini.Nak mengemas.

"Okay madam Tyara" bisik Tengku Kriz sebelum satu kucupan hinggap dipipi Tyara.Tyara cepat-cepat keluar dari bilik risau lama-lama dengan Kriz.

*******

Sorry
Got an urgent meeting to attend.
Abang balik lambat harini.Sorry tak dapat teman sayang.


Aku mengeluh selepas membaca WhatsApp daripada Tengku Kriz.Terus aku campak telefonku diatas sofa.Sejak akhir-akhir ni, Kriz kurang memberi perhatian kepadanya.Masa dia diberi tahu yang suaminya tidak mahu dia bekerja.Dia rasa sedikit kecewa kerana kalau dia tidak bekerja dia bosan tak tahu nak buat apa.Walaupun Tengku Kriz memberinya duit tapi dia tetap rasa bosan.

Tengku Kriz pula sejak dua menjak Ni, selalu sibuk.Jarang mereka dapat berjumpa,Tyara tidak mahu kacau Kriz kalau dia sedang sibuk risau mengganggu.

Aku mengeluh.Remote Smart TV 60 inci itu diambil dan ditekan.Dia membuka saluran Netflix untuk menonton filem.Tapi semuanya hambar tidak langsung menarik minatnya.

Tapi satu lagi jadi masalah, Kriz terlalu protective padanya sekarang.Kalau nak keluar kena sentiasa inform.Pada awal lagi, suaminya bercadang mahu upah pengawal peribadi kepadanya tapi ditolak.Sebab dia tidak memerlukan langsung khidmat itu.Apa guna dia belajar seni mempertahankan diri?.

Dari aku mereput dalam rumah ni, baik aku keluar pergi buat-buat beli barang dapur ke?.atau me time sorang-sorang?.Nak ajak Hana pula dia tak ada dekat Malaysia.Minah tu pergi jelajah eropah.

********

Habis sahaja wayang aku tak sedar jam sudah menunjukkan pukul lapan malam.Lantas aku berlari mencari surau berdekatan untuk menunaikan solat magrib sekali menunggu isyak yang akan masuk.

Selesai solat aku mengambil telefon dalam beg.Skrin telefonku gelap, lalu dia mengambil powerbank dan dicas tapi masih tidak hidup.

Hah sudah takkan rosak telefon aku.Adui lama kot aku pakai telefon Ni.Macamana ni kalau Kriz cari aku.Sempat kot sampai rumah sebelum dia balik.

Lantas pantas kakiku melangkah ke arah lif untuk ke tempat parkir kereta bawah tanah.


*****

Sesampai dirumah aku melihat Tengku Kriz sudah memeluk tubuhnya didepan pintu rumah.Aku mematikan enjin kereta dan menapak keluar dari kereta.

Muka Tengku Kriz sudah tegang.Dia tahu nyawanya sekarang dihujung tebing.Aku bukan tak pernah tengok Tengku Kriz marah.Mahu pekak sehari telinga aku.

Tapi.....ini semua salah aku.Plus salah telefon aku yang nak rosak tak ikut keadaannya.

"Awak!!!"

"Masuk!!!! Saya tak nak gaduh dekat luar ni?"Keras amaran Tengku Kriz.Dia memandangku tajam.

Aku mengikutnya masuk ke dalam rumah.Dengan langkah berat dia reda sebab ini semua salahku.

"You're trouble seekers right?" Kriz menarik ku ke atas sofa.

Aku teguk liur.Aku baik diam sahaja.Mungkin sekarang dia tengah panas.Kalau aku lawan lagi panas.Jadi biar dia sejuk dulu.

"Apa patut saya buat untuk awak dengar cakap saya?.Saya pesan kalau nak keluar dengan saya.Jangan keluar sorang-sorang!!!"Tengku meraup rambutnya ke belakang.

"Saya risau kan awak.Saya mesej awak, telefon awak tapi awak tak angkat.Awak tak belajar dari apa yang jadi sebelum Ni.Saya tak nak pisang berbuah dua kali"

Aku dapat rasakan ketakutan Kriz dalam bicaranya.Aku rasa serba salah dengan membuat dia risau.

"Saya minta maaf telefon saya rosak tiba-tiba.Saya salah pada awak sebab buat awak risaukan saya"

Tengku Kriz mendekatiku, Dia mencapai tangan ku.Jelas diwajahnya dia risaukan aku.

"Dah pergi mandi".

******

Malam ini dia dapat rasakan dinginnya Tengku Kriz padanya.Mungkin masih marahkan aku lagi.Aku kena pujuk pulak nanti mahu dia yang tak dapat tidur.Fikir dosa dengan suaminya.

Dia melihat mata suaminya terpejam rapat tapi dia tahu suaminya masih belum tidur lagi.Aku memegang dada Kriz.Aku dapat rasakan suaminya mengeras mungkin terkejut dengan sentuhanku.

Mata Kriz terus terbuka.

"Awak masih marahkan saya?"

Diam.Maknanya suaminya masih marahkan dia.

"I'm sorry for make you worry about me.Tyara tak boleh kalau awak tak maafkan saya.Saya tak mampu nak lelapkan mata saya"

"I'm so mad at you"

Tahu.

"But you're my wife.Of course Saya akan maafkan awak sebab saya tak nak isteri saya tidur dalam menangis".

"Jangan buat lagi.Saya tak akan ada sentiasa dengan awak.You need to be safe"ucap Tengku Kriz mengelus rambutku.

Kriz memejamkan matanya.Aku diam tapi tangan ku masih berada di atas dadanya.Aku menulis sesuatu pada dadanya sebelum Kriz memegang tanganku.

"Don't "

Suara dia melarangku.Mungkin aku mengacau tidurnya.

"Sorry...good night"gumamku perlahan.Tengku Kriz menarik nafas dalam-dalam.Mataku bertembung dengan matanya.

"Don't try to seduce me.Saya lelaki.Saya takkan dapat kawal diri kalau sayang terus buat macam tu.Iman saya tak kuat.Jangan saya tuntut hak saya!"

Gulp!! Aku sengaja menyentuh dada bidangnya lagi.Aku dapat dengar nafasnya. Dia menolak tubuhku.

"Saya akan habiskan apa yang awak mulakan".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience