BAB 5

Drama Completed 71272

Tyara duduk dikerusi diruang kerusi dalam pejabat Tengku Kriz.Air minuman dihidangkan untuknya.Dia melihat secawan coklat panas dengan marshmallow.Nampak menarik perhatian Tyara.Lalu dia menghirup perlahan-lahan sambil tersenyum.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang sedang duduk membelakanginya.

"Asal kau tak cakap yang dia tu Tyara?. Kau pun satu hantar maklumat pasal dia tapi gambar tak ada"kata Tengku Kriz berbisik-bisik dengan Haziq.

"Minta maaf Tengku Kriz saya pun susah nak dapat gambar yang jelas.Sebab Cik Tyara nampak private sikit orangnya"ucap Haziq.Haziq terus keluar meninggalkan ruang untuk Tengku Kriz dan Tyara.

Tengku Kriz membetulkan sutnya sebelum berjalan ke arah Tyara.Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dihadapan Tyara sambil menyilangkan kaki.

"Sorry pasal tadi so ada apa-apa yang I boleh tolong?"

"Saya datang sini sebab Encik Haziq cakap Tengku Kriz perlukan saya jadi bodyguard Tengku merangkap pembantu peribadi kedua Tengku"

"Oh...pasal hal tu.That right I make a deal to Haziq to make you agree with my request.And the answer is yes right"jelasnya sambil memandang wajah Tyara.

"Ya Saya setuju tapi saya nak juga tahu kenapa Tengku pilih saya?"

Mencerun mataku memandangnya.

"Ya saya pilih awak.Because you're different from other person out there and I think it's time for me to make you special and no turning back"katanya sambil mata tepat merenung ke arahku.

"Special? Apa dia?"soalku ingin tahu.

Lelaki dihadapannya hanya mendiamkan diri.Tyara turut berdiam diri.Terdengar lelah dilepaskan daripada Tengku Kriz.

"Jadi Kenapa awak berminat nak kerja dengan saya?"soal Tengku Kriz.

"Sebab saya tak ada pilihan dan saya rasa skop kerja ni sesuai untuk saya"ujar Tyara.

Tengku Kriz menghulurkan tangannya ke arah Tyara.Tyara memandang wajah Tengku Kriz.

Dia menyambut huluran tangan Tengku Kriz.

"Saya ada soalan sikit.Tengku saya nampak sihat aje.Kenapa Tengku Kriz perlukan bodyguard? dan Bodyguard perempuan pulak tu?"soal Tyara.

" I have enemies everywhere.But don't be mistaken, I'm not a bad person"ucap Tengku Kriz.

Susah juga jadi orang kaya, bila dah kaya banyak musuh pulak.Miskin pun banyak musuh juga.Senang cerita tak kira kaya miskin tetap orang dengki.

"Tengku Kriz betul ke bayarannya dua puluh ribu ringgit dan tambahan bonus"ujar Tyara.

"Pasal tu bergantung pada prestasi kerja awak" jawab Tengku Kriz.

"Kalau macam tu boleh saya tengok kontrak kerja?"ujar Tyara.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara.Betul ke dia ni boleh jaga aku.

"Boleh tak lawan lengan dengan saya?"soal Tengku Kriz pada Tyara tiba-tiba.

"Lawan lengan"

Tengku Kriz bersedia menunggu Tyara.Dia menurut sahaja kemahuan pelik majikannya.

Tangan digenggam kuat.

"Awak cuba tolak tangan saya?"ucap Tengku Kriz.

Tyara mengigit bibirnya.

"Apa kata Tengku Kriz yang tolak tangan saya?"soal Tyara.

Tengku Kriz rasa tercabar dengan Tyara.Dia cuba menolak tangan Tyara tapi tak boleh lalu Tyara menolak semula tangan Tengku Kriz.

Tengku Kriz terus bangun dan menahan sakit tangannya yang terkena meja.

"Minta maaf Tengku.Sakit ke?"soal Tyara yang melihat Tengku Kriz terbongkok-bongkok menahan sakit.

Dia berpaling dan memberi senyuman manis.Tangan kanannya menekan telefon menghubungi Haziq.

"Haziq tolong bawakan kontrak masuk pejabat" ucap Tengku Kriz.

*******

Tyara membaca isi kontrak yang disediakan oleh Haziq.Dia melihat angka kosong yang banyak pada kontrak itu.Dua puluh ribu ringgit?.

Tengku Kriz memberi arahan mata pada Haziq.

"Cik Tyara boleh sign dekat sini"ujar Haziq disebelahnya.

Tyara menandatangani kontrak kerja itu.

Haziq mengambil kontrak ditangan Tyara semula.

"Saya ada syarat? Boleh Tengku dengar syarat saya?"soal Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz mendekatkan diri sedia mendengar syarat Tyara.

"Saya harap Tengku tak berkeras dengan saya kalau saya ada buat salah"ujar Tyara.

Tengku Kriz terkesima dengan syarat Tyara itu.Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Haziq pun turut memandang Tengku Kriz.

"Jadi apa tugas saya sebenarnya Tengku?"soal Tyara.

"Your job is to protect me.You have to keep me safe"ucap Tengku Kriz lembut nadanya menusuk ke dalam jiwa Tyara.

Tyara menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Jadi saya boleh balik ke?"soal Tyara.

Tengku Kriz bangun mengambil telefonnya diatas meja.

"Ikut saya pergi rumah saya"ucap Tengku Kriz.

Tyara terus menutup dadanya dengan kedua-kedua tangannya.Jantungnya macam nak pecah dekat situ.Balik rumah dia? Nak buat apa?.

Tengku Kriz memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya.Sambil matanya memandang dari atas ke bawah.Jangan dia fikir nak buat apa yang aku tengah fikir sekarang?.

"Jangan harap saya nak.."

"Relaks....saya tak sangka gadis macam awak boleh fikir macam tu sekali.I'm not interested with any woman".

Dia cantas perkataan ku.Mukanya jelas menunjukkan kebenaran kata-katanya itu.Muka tak berminat langsung.

Aku termalu sendiri dengan pemikiranku.

"Habis tu?"

Agaknya betullah dia ni gay.Sebab dia kata tak minat dengan perempuan?.Jadi kalau bagi model antarabangsa pun dia tolak mentah-mentah agaknya.Bukan takat model ni mahu tea lady pun dia tak pandang.

Tengku Kriz tersenyum sinis.

"You know what despite your innocence look, you have quite dirty mind"

Cis ini sudah melampau.Tenang Tyara kau kalau tumbuk dia mahu kau ke dalam kejap lagi.Kuatkan Iman kau, jangan layan mulut puaka mamat ni.

"Tengku ajak saya pergi rumah Tengku nak buat apa?"soal Tyara.

"Nak bawa balik rumah"

"Ishh....dia Ni kan.Saya tahu balik rumah Tengku tapi buat apa?" soal Tyara lagi.

"Saya nak bawa jumpa keluarga saya.Saya nak kenalkan awak pada keluarga saya bahawa awak ni bodyguard saya mulai esok"jelas Tengku Kriz.

Kan senang jelaskan.Ni nak kena sediakan kertas ke nak jawab soalan mudah aku.

Tengku Kriz terus berjalan.Terkedek-kedek aku mengejar langkah kakinya dengan tumit tinggi milik Hana sedikit longgar.

******

Sampai di parkir bawah tanah, Tengku Kriz tiba-tiba berhenti dan Tyara terhantuk pada belakang Tengku Kriz.

Nasib tak jatuh terlentang ke belakang.Tengku Kriz berpaling dan menghulurkan kunci kereta.

Dia menunjukkan arah keretanya yang terparkir di hadapan.

"Pergi hidupkan enjin kereta"kata Tengku Kriz.Tyara tercengang.

Dia menekan punat dan secara automatik enjin kereta mengaum berbunyi.

Tengku Kriz terus mengambil semula kunci ditangannya dan masuk ke bahagian pemandu.

"Jomlah masuk"pelawa Tengku Kriz.Tyara mahu membuka pintu belakang.

"opppss....awak ingat naik grab ke? Duduk depanlah"ujarnya sebelum menutup pintu.

Tyara rasa geram.Mulutnya mula mencarut dalam hati.

Dia masuk ke tempat duduk penumpang.Menarik tali pinggang dan dipakai.

"Bukan saya patut bawa kereta ke?"soal Tyara.

"Harini awak ikut aje saya.Nanti entah celah mana awak bawa saya pergi.Mana tahu sampai golok ke"jawab Tengku Kriz sambil menekan skrin membuka radio.

Tyara menjeling tajam ke arah Tengku Kriz yang selamba tiada reaksi.

Sepanjang perjalanan mereka sangat canggung.Tyara lebih menghabiskan masa memandang luar.Manakala Tengku Kriz lebih suka diam tidak bersuara kadang-kadang terdengar siulan dari mulutnya.

"Oh yea dekat laci tu ada iPad.Awak buka iPad tu"ujar Tengku Kriz.

Tyara menekan laci dihadapannya.Dan betul ada iPad didalamnya.Dia mengambil iPad tersebut dan membukanya.

"Awak pergi bahagian schedule.Awak tengok schedule saya this week.Kalau nak sent dekat awak lagi baik"arah Tengku Kriz.

Matanya membelek jadual kerja Tengku Kriz.Dan apa yang membuatkan dia tertarik.Siap ada waktu bangun tidur Tengku Kriz.

Kenapa tak cakap je mandi pakai sabun apa? Cuci muka guna apa?. And guess what schedule Tengku Kriz tak masuk akal?.

Semua tentang kerja tiada sosial interaksi langsung.Dia memandang wajah Tengku Kriz yang sedang memandu.Tak pasal aku pun nanti tak ada sosial dengan orang sebabkan dia seorang.Macamana Encik Haziq boleh tahan kerja dengan dia Ni?.Nampaknya aku tak boleh biar Tengku terus hanyut.Aku kena buat sesuatu Ni?".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience