Completed
71272
Walau langit cukup cerah hari ini hatinya tetap mendung.Dia memeluk tubuh merenung wajahnya didalam air kolam didepannya.
Walaupun berkecil hati dengan Tengku Kriz, Tyara cuba memahami keadaan lelaki itu yang tidak ingat apa-apa tentang mereka berdua.Namun walau apa pun ujian, dugaan dan cabaran Tyara tahu dia perlu kuat.
Jika benar Allah sudah melenyapkan semua memori indah suaminya ketika mereka hidup bersama, dia bertekad akan mencipta memori lain yang lebih indah suatu hari nanti.Dia sanggup berusaha untuk mendapatkan semula suaminya.Demi ikatan perkahwinan yang amat disayangi ini.
"Asalamualaikum..."
Tyara yang sejak tadi termenung di kolam pantas memalingkan muka.Terpandangkan wajah Tengku Mateen yang muncul dibelakangnya.,dia mengukir senyuman.Lelaki itu tenang menghampirinya.
"Walaikumusalam. Awak dari mana?"
"Saya dari pejabat"balas Tengku Mateen melabuhkan punggung di kerusi.Melihat wajah Tyara yang tidak bermaya, dia mengeluh perlahan."Are you okay Tyara?.You nampak tak sihat je?"
"Saya okay je Mateen, penat sikit kot?"
"Penat? You buat apa sampai penat?"soal Mateen dengan suara bergetar.
"Errrr..banyak fikir kot"
"You fikir pasal Kriz?"
"Mana ada I fikir pasal tu"
"Mesti pasal Kriz kan?.Dia buat apa dengan you?.Dia ada sakitkan you ke?"soal Mateen dengan soalan yang banyak.
"Tak pun dia okay aje dengan saya cuma dia perlukan masa untuk pulih.Kata you nak mintak tolong apa?"soal Tyara beralih kepada topik asal mereka.
Tengku Kriz yang mendengar ada orang bercakap terus dia menuju ke arah kolam renang.Disitu dia melihat Tengku Mateen dan Tyara berbual-bual sambil tersenyum.Dia memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya.
Tadi masa bersarapan pagi, tiada sepatah kata dari mulut Tyara keluar.Ini dengan Mateen bukan main rancak lagi.
Tengku Mateen menunjukkan contoh konsep yang dia minta Tyara untuk pilih.Kepala mereka berdua hampir dekat.Tengku Kriz cepat-cepat melangkah ke arah mereka berdua.Dia menolak sedikit kepala Mateen menjauh dari Tyara.
Mereka berdua terpegun melihat Tengku Kriz berdiri di tengah-tengah mereka.
"Hei Kriz aku ingat kau tidur lagi"tegur Tengku Mateen.
Kriz menarik kerusi duduk di antara Tengku Mateen dan Tyara.Mereka menyambung perbualan mereka tanpa menghiraukan Tengku Kriz disitu.
"Terima kasih Tyara sebab tolong saya pilih konsep"ucap Tengku Mateen.
"Sama-sama Mateen.Oh yea kejap awak tunggu kejap saya ada buat kuih seri muka pagi tadi.Saya pergi ambil dekat dapur"ucap Tyara bingkas bangun dari duduknya menuju ke dapur.
"Wah dapat juga aku rasa kuih air tangan Tyara"ucap Tengku Mateen dengan nada beria-ia sengaja mengacau Tengku Kriz.
Tengku Kriz bangun dari duduknya menuju ke arah dapur.
********
Tyara memotong kuih seri muka itu.Dan diletakkan dalam pinggan.Tyara membasuh tangannya sebelum berpaling untuk mengambil pinggan berisi kuih seri muka mahu bawa ke Tengku Mateen.
Elok dia berpaling dia terkejut Tengku Kriz muncul didepannya.
"Awak nak apa?"soal Tyara pada suaminya.Tengku Kriz mendekatkan diri pada Tyara.Kedua-dua tangannya menghalang laluan Tyara.
Wajahnya begitu dekat, Tyara menundukkan pandangannya.
"Kenapa dah tak sudi nak pandang muka saya? Ke awak dah jumpa pengganti saya?"soal Tengku Kriz dengan nada serius.Tyara memandang wajah Tengku Kriz.
"Saya tak nak cakap pasal perkara ni.Awak suami saya dan saya isteri awak"ucap Tyara sambil mahu melepaskan diri tapi ditahan kuat oleh Tengku Kriz.
Lelaki itu merenung tajam ke arahnya.
"Lepaskan saya kita ada tetamu dekat luar"ucap Tyara perlahan.
Tengku Kriz mendengus marah dia berpaling dan terpandang pinggan berisi kuih seri muka itu.Tangannya mencapai pinggan itu dan dibuang ke dalam tong sampah lalu berlalu pergi.
Tyara tergamam dengan perbuatan suaminya.Tergamak Tengku Kriz membuang kuih yang dibuatnya.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengambil pinggan baru untuk kuih seri muka yang baru.
********
Sejak pagi tadi suaminya tidak keluar dari biliknya.Tyara rasa bersalah dengan suaminya.Dia tahu suaminya perlukan perhatian darinya.Dia mengetuk pintu bilik itu tapi senyap tanpa suara.
"Awak....saya ada bawa makanan untuk awak.Awak makan nanti awak sakit"ucap Tyara.
"Keluar!!!!! aku tak perlukan kau pun.Kau nak pergi jumpa siapa kau pergi!!"jerit Tengku Kriz didalam.
Tyara memejamkan matanya rapat.
"Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati awak.Saya tak sengaja.Awak jangan seksa diri awak tak makan nanti masuk angin"ucap Tyara lagi.
Tyara tidak berjaya memujuk Tengku Kriz.Dia berlalu meninggalkan bilik Tengku Kriz.
********
Tyara turun dari tangga menuju ke ruang tamu.Dia terkejut melihat susuk tubuh yang cukup dikenalinya sedang duduk disebelah suaminya.
"Hai Tyara"tegur Lily sambil melambaikan tangan ke arahnya.Tyara memandang Tengku Kriz yang sedang duduk sambil menonton televisyen.
Dia mengepal penumbuk.Dia cuba bersabar, Tengku Kriz sengaja menguji kesabarannya.
"Tyara....you nampak pucat.Tengok I cantik lagi kan Kriz?"soal Lily sambil memandang wajah Tengku Kriz.
Mak Anom yang menghampiri Tyara hanya mencebikkan bibir menyampah dengan kehadiran Lily.
"Tyara..."panggil Mak Anom.Dia berpaling memandang wajah Mak Anom.
"Ya Mak Anom.Ada apa?"soal Tyara.
"Tyara nak pergi klinik ke?"soal Mak Anom.Perbualan Tyara itu dapat ditangkap Tengku Kriz.Dia memalingkan mukanya memandang Tyara.
"Aah Mak Anom.Saya rasa tak sedap badan"ucap Tyara sambil memicit tengkuknya.
"Lah yeke kalau macam tu minta Pak Deris hantarkan"kata Mak Anom.
Tyara senyum.
"Tak payahlah saya boleh bawa kereta.Susahkan Pak Deris nanti.Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu"ucap Tyara terus keluar meninggalkan ruang tamu dengan langau jadian.
Tengku Kriz menolak tubuh Lily.Dia mengejar langkah kaki Tyara.Lily yang ada diruang tamu menghempas begnya.Mak Anom hanya menjeling puas.
*******
Tyara menekan punat alarm keretanya.Dia membuka pintu kereta tapi dihalang oleh Tengku Kriz tiba-tiba.
"Awak nak apa ni.Saya tak kacau awak kan.Saya nak cepat ni"ucap Tyara dengan nada perlahan.
"Saya hantar pergi klinik"ucap Tengku Kriz.
Tyara hanya tergelak kecil.Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Saya tak nak kacau orang tengah berasmara dekat dalam.Kesian tetamu awak tu.Takpe saya dah biasa macam ni mungkin lepas ni saya akan lebih biasa"ucap Tyara cuba membuka pintu kereta tapi tangan Tengku Kriz masih melekat pada kereta.
"Lily tu sepupu saya tak lebih dari tu pun"ucap Tengku Kriz dengan nada serius.
Tyara mendengus perlahan.Dia sebenarnya malas nak bertegang urat dengan Tengku Kriz.Sebab dia betul-betul tak sedap badan sekarang ni.
Tyara menyerahkan kunci pada Tengku Kriz terus dia berjalan masuk ke tempat duduk sebelah penumpang.
*********
"Apa yang kena dengan saya doktor?"soal Tyara.
"Tak ada apa serius awak cuma kurang rehat dan ada stress"ucap doktor.
"Mungkin saya penat sangat kot"ucap Tyara.
"Takpe nanti saya bagi ubat.Makan ikut waktu dan jangan skip.Kalau boleh perbanyakkan aktiviti untuk elak stress"ucap doktor.
Tyara mengangguk perlahan.
Tengku Kriz menunggu diluar bilik doktor.Tadi dia mahu menemani Tyara tapi Tyara menolak.Pintu bilik rawatan dibuka, Tyara berjalan keluar.Dia mahu memegang tangan Tyara tapi pantas Tyara mengelak.
Dia duduk sambil menunggu ubat.Tengku Kriz duduk disebelahnya.Suaminya mencapai tangannya.
Tyara mahu menarik tangannya tapi Tengku Kriz menggenggam erat."Doktor cakap apa?"soal Tengku Kriz.
"Tak ada apa-apa saya penat saja"
Tengku Kriz rasa bersalah dengan sikapnya.Dia tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini dia begitu sensitif.
*********
Sepanjang perjalanan balik dari klinik, Tyara pura-pura memejamkan matanya.Dia penat mahu bercakap dengan suaminya.Tengku Kriz memandang Tyara yang lena disebelahnya.Dia seperti pernah melihat situasi ini tapi tak tahu dekat mana.
Sambil dia memandu keretanya, dia terpandang jari isterinya yang masih tersemat sebentuk cincin silver.Mungkin itu cincin nikah mereka dulu?.
Dia mencapai jari jemari Tyara dan dikucupnya berkali-kali.Tyara yang rasa tangannya dicium membuka matanya perlahan.Dia dapat lihat suaminya itu mengalirkan airmata.Ya Allah ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan kami Ya Allah.Keadaan ini menyebabkan kami menyakiti perasaan masing-masing.
Share this novel