Completed
71272
Tengku Kriz melihat gambar keluarga Tyara yang berada diatas almari.
"Mari duduk Tengku kita minum.Makcik kebetulan ada kek pisang Makcik buat"ucap Puan Adliza menghidangkan air teh panas dan kek pisang kepada Tengku Kriz.
Tengku duduk di sofa.
"Terima kasih sebab hantar Tyara balik.Makcik tak tahu pun dia pergi sana jumpa kamu"ucap Puan Adliza.
Tengku Kriz menghirup air teh panas itu.Dan meletakkan cawan semula diatas meja.
"Sama-sama Makcik.Lagipun saya patut minta maaf pada Makcik sekeluarga.Saya serba salah sebabkan bapa saudara saya, anak Makcik jadi mangsa"ucap Tengku Kriz ikhlas.
"Semua orang buat salah dalam hidup, Makcik tak lepas buat salah.Tapi sebab kejadian tu Makcik hampir hilang dia selamanya.Dan kalau bukan sebab kamu juga Tyara mungkin takkan selamat"ujar Puan Adliza.
Tengku Kriz mengangguk perlahan.
"Makcik minta maaf saya tanya lelaki sebelah Makcik tu Ayah Tyara ke?"soal Tengku Kriz.Puan Adliza memandang bingkai gambar itu.
"Ya itu arwah suami Makcik.Dia meninggal dunia empat tahun lepas.Ayah Tyara sama macam Tyara bekas polis juga.Ayah Tyara pernah bertugas di istana.Jaga raja-raja melayu.Itu yang Tyara ikut jejak arwah Ayah dia"cerita Puan Adliza.
Dia memandang bingkai gambar itu.Seperti dia pernah nampak wajah itu tapi dia tak berapa ingat di mana.
"Terima kasih Makcik siap buatkan air.Saya minta maaf lagi sekali.Nanti kalau saya ada masa saya datang sini lagi"ucap Tengku Kriz pada Puan Adliza.
"Iyalah nanti Makcik cakap dengan Tyara apa yang kamu bagitahu Makcik tadi"ucap Puan Adliza.
Tengku Kriz bersalam dengan Puan Adliza sebelum meninggalkan rumah keluarga Tyara.
********
Sampai dirumah Tengku Mahzura sudah menunggu khabar tentang Tyara daripada anak bujangnya.
Tengku Kriz turun sahaja dari kereta terus diterpa Tengku Mahzura.
"Kenapa bonda?" soal Tengku Kriz.
"Tyara macamana?.Kenapa dia boleh nak pitam?"soal Tengku Mahzura.
"Bonda boleh tenang tak?.Kriz baru balik bagilah Kriz naik mandi ke?"ujar Tengku Kriz.
Tengku Mahzura memukul belakang Tengku Kriz kuat.Tengku Kriz terasa sakit dibelakangnya.
"Bonda kenapa pukul Kriz?.Sakitlah?"soal Tengku Kriz mengosok badannya.
"Itu sebab kamu sakitkan hati Tyara.Kamu ni memang tak ada hati perut ya buat perempuan macam tu.Haziq bagitahu bonda kamu pulaukan Tyara"ucap Tengku Mahzura.
Haziq pun satu semua benda nak cerita dekat Tengku Mahzura.
"Mana ada bonda.Kriz cuma sibuk dengan kerja saja.Lagipun Kriz tak nak kacau Tyara berehat"ujar Tengku Kriz mengawal ayatnya.
"Kamu kena ingat ya? Perjanjian kamu dengan bonda untuk cari calon isteri?.Jangan buat-buat lupa"ucap Tengku Mahzura mengingatkan kembali Tengku Kriz tentang calon isterinya.
Tengku Kriz tercengat berdiri diluar rumah memikirkan tentang jodoh bondanya.
*******
Tyara baru selesai mandi.Rambutnya yang panjang sampai ke paras bahu itu dikeringkan terlebih dahulu.
Dia membelek telefonnya tiada sebarang mesej yang masuk pun.Dia mahu mesej Tengku Kriz tapi dia membatalkan niatnya.Mungkin Tengku Kriz sibuk agaknya.
Telefonnya berbunyi nasib tak tercampak telefonnya kerana terkejut tertera nama Tengku Mateen.
Dia menjawab panggilan itu.
"Asalamualaikum...."ucap Tengku Mateen ditalian.
"Walaikumusalam.. Tengku.Ada apa-apa Tengku telefon saya ni"ujar Tyara.
"Saja nak tanya khabar awak.Awak sihat?"soal Tengku Mateen.
"Alhamdulilah sihat.Lama tak nampak Tengku datang sini.Tengku sibuk ke?"soal Tyara.
"Ya saya sibuk.Ada projek baru masuk"ucap Tengku Mateen.
"Oh yeke.Alhamdulilah rezeki Tengku luas"ucap Tyara.
"Okaylah Tyara saya nak sambung buat kerja.Lain kali saya telefon ya"ucap Tengku Mateen menamatkan panggilan.
Dia memandang Tengku Eliza yang menjeling tajam padanya.
"Tak habis lagi dengan budak tu.Mateen tahukan Mummy tak suka Mateen rapat dengan dia.Lagipun dia tu bodyguard Kriz.Mummy tak nak dengar media bercakap pasal ni"ujar Tengku Eliza.
Mateen hanya mampu mengeluh dengan sikap mengongkong Tengku Eliza.Dia kadang berharap dapat hidup seperti Tengku Kriz.Dia cemburu melihat Tengku Kriz yang ada keluarga sempurna tidak seperti keluarganya yang tidak sempurna.
Kadang dia rimas kerana semua diaturkan oleh Tengku Eliza.Setiap keputusannya mesti dibantah oleh Tengku Eliza.
Sebab itu dia memendam perasaan pada Tyara.Walaupun sebagai kawan sahaja, Tengku Mateen sudah gembira.
******
Tengku Kriz melihat Tengku Muhammad sedang menonton drama di televisyen.Dia turut duduk di kerusi.
"Ayahanda tengok drama apa ni?"soal Tengku Kriz.
"Drama melayu sekarang semua dari buku.Ni drama Hero Seorang Cinderella.Sejak bila Kriz minat nak tengok TV.Selalu terperap dalam bilik tak pun dekat pejabat memanjang.Tyara macamana?"soal Tengku Muhammad.
Tengku Kriz membetulkan kedudukannya.
"Alhamdulilah cuma dia perlu banyak berehat.Dia nak kerja dengan Kriz lagi tapi Kriz berat hati sikit dengan kesihatan dia belum pulih lagi"ucap Tengku Kriz.
"Tunggulah dia baik.Kriz jangan paksa dia sangat"ucap Tengku Muhammad.
"Ayahanda ingat lagi tak polis pengawal yang bertugas untuk keluarga kita dulu?"soal Tengku Kriz.Kerana dia baru teringat tentang Ayah Tyara.
"Ingatlah jasa mereka jaga keluarga kita dulu.Mereka sanggup ketepian anak isteri demi jaga keluarga kita.Encik Salleh, Encik Imran dan Encik.."Tengku Muhammad seakan memikirkan nama terakhir itu.
"Encik Marzuki??"ucap Tengku Kriz.
Tengku Muhammad terkejut dengan nama yang disebut Tengku Kriz.
"Macamana Kriz boleh tahu?"soal Tengku Muhammad.
Ternyata dunia itu kecil.Putarlah berapa kali mereka akan ditemukan pada satu tempat sahaja.
"Encik Marzuki Ayah Tyara "ucap Tengku Kriz.Tengku Muhammad menegakkan badannya.
"Ya ke ni Kriz? Macamana kamu tahu Encik Marzuki tu Ayah Tyara?"soal Tengku Muhammad.
"Kriz ada pergi rumah dia tadi.Kriz nampak gambar keluarga Tyara.Di situ Kriz tahu"ucap Tengku Kriz.
"Encik Marzuki sihat lagi?"soal Tengku Muhammad bertanya khabar.
"Encik Marzuki meninggal dunia empat tahun lepas"cerita Tengku Kriz.
Tengku Muhammad terkejut dengan berita itu.Satu-satunya polis pengawal yang sangat jujur ketika bertugas dulu.Tidak menyangka Tyara ikut jejak langkah arwah ayahnya.
*******
Pagi lagi Tyara dengar riuh diluar biliknya.Setahu dia dalam rumah ni hanya ada tiga orang.Umi, Abang dan juga dia.Dia yang tidak menahu keluar dari bilik.Dengan mamai dia keluar ingin tahu apa yang riuh sangat.
Langkahnya mati tatkala mereka bertentangan mata.Tyara melihat dirinya yang masih berbaju kelawar dengan rambut kusutnya manakala dia melihat Tengku Kriz yang sedang duduk dimeja makan memandangnya dari atas ke bawah.
"Arghhhhhhh...."jerit Tyara terus berlari masuk ke dalam bilik semula.Tengku Kriz hanya gelak kecil melihat langkah kelam kabut Tyara berlari masuk ke dalam bilik.
Tyara melihat wajahnya dicermin.Ya Allah dia nampak aku macam ni ke tadi.Matilah aku kena bahan dengan dia nanti.Terus dia mencapai tuala masuk ke dalam bilik air.
********
Lima belas minit kemudian Tyara sudah duduk dimeja makan.Dia mengelak memandang Tengku Kriz yang masih merenungnya.
"Jemput makan Kriz.Sarapan kami biasa saja"ucap Puan Adliza.
"Mana ada biasa Makcik.Lagipun saya dah nampak yang luar biasa"ucap Tengku Kriz.Tyara mendongak dia menyuruh Tengku Kriz diam.
"Tyara kenapa tak ambil makanan lagi?"soal Puan Adliza memandangnya.
"Takkan malu dengan Tengku?"soal Talha.
"Mana ada...adik nak makanlah ni"ucap Tyara sambil tangannya mahu mencapai mangkuk berisi mee goreng didepan Tengku Kriz.
Tengku Kriz mengambil mangkuk mee goreng dan dicedok dalam pinggan Tyara.
"Makan banyak-banyak ya"ucap Tengku Kriz sambil mengenyitkan matanya.Tyara rasa geram.Dia cuba memijak kaki Tengku Kriz tapi tersalah pijak.
Talha menjerit kesakitan.
"Kamu dah kenapa Talha tiba-tiba menjerit?"soal Puan Adliza.
Tengku Kriz mengawal gelaknya.Tyara terus makan sambil menunduk.Dia geram macamana Tengku Kriz boleh bersarapan pagi dirumahnya.Dan sejak bila pula Abangnya dan Tengku Kriz berbaik?.
Share this novel