Completed
71272
Lama Haziq menunggu jawapan daripada Tyara.Kalau gadis lain mesti dah terhegeh-hegeh nak mendekati Tengku Kriz tapi gadis didepannya ini masih berdiam seribu bahasa.
Aduh....aku nak terima ke tak nak ya.Peluang keemasan macam ni mana boleh tolak.Ini dinamakan rezeki datang bergolek kedebuk gedebang.
"Macamana dengan keputusan Cik Tyara?"soal Haziq yang sudah tidak sabar.
"Erm... Okay saya setuju tapi saya ada syarat saya juga.Sebelum tu bagi saya jumpa dengan majikan awak ni dulu.Baru saya consider syarat saya"ucap Tyara dengan tenang.
"Owh okay kalau macam tu jumpa esok pukul sembilan tepat dekat Kiddarl Technology"ucap Haziq.
Tyara mengangguk tanda setuju.
"Kalau ada apa-apa saya rasa Encik Haziq tahu nak cari saya dekat mana?"soal Tyara pada Haziq sebelum bingkas bangun meninggalkan ruang cafe hotel.
********
"Tyara...."
Aku tersedar.Keadaan sekeliling dipandang.Gelap seperti selalu.Dia meraba ditepi bantal untuk mencari telefon pintarnya.
6.00 AM.
Enam pagi?.Pelik selalu aku tersedar dalam pukul tiga pagi ni dah pukul enam pagi.Sebab aku nak mula kerja ke aku sedar macam ni?
Aku mengeluh kecil.Selimut diselak sebelum aku bangkit mematikan penghawa dingin.Dah bersedia untuk mulakan hari yang baru.
Mandi.Solat Subuh.Kemudian mula bersiap untuk ke Kiddarl Technology.Harini hari aku akan berjumpa dengan majikan aku.Tapi aku nak pakai apa?.Dia membuka almari mencari baju yang sesuai.
Selalu aku pakai t-shirt dengan seluar jeans aje.Takkan aku nak pergi jumpa mamat tu pakai baju yang selalu aku pakai.Kang bukan takat pintu pejabat aku tak lepas masuk mahunya pintu pagar pun aku dah kena halau.
Ketukan pintu mengejutkan Tyara, Dia membuka pintu terjengul wajah Hana sambil tersenyum.
"Nah aku ada hadiah untuk kau"kata Hana menghulurkan beg kertas kepadanya.Tyara membelek isi dalamnya terdapat baju kemeja dan seluar baru.
"Hana!!!"jerit Tyara memeluk kawannya.Dia berasa terharu dengan pemberian kawannya itu.
"Thank you kau tahu aje aku tak ada baju"kata Tyara.
"Kau dapat kerja bagus jadi aku belanja kau.Nanti kalau kau dah gaji belanja aku pulak"kata Hana sambil memeluk tubuh.
"No hal ni mesti mahal kan.Nama Cik Hana mana tak branded cuma kawan aje kau tak branded kan"kata Tyara.
"Dah pergi cepat mandi siap.Lepas tu turun sarapan"kata Hana menutup pintu biliknya.
Tyara melompat-lompat ke bilik air.Selesai mandi Tyara mengenakan bedak asas dan secalit liptint pada bibirnya supaya tak nampak macam mayat hidup.
Relaks Tyara! Ujian UTK kau boleh hadap takkan benda simple ni kau tak boleh hadap.Berdegup kencang jantungnya, rasa macam naik treadmill.
Ya.....Ini merupakan kali pertama aku bekerja semula setelah lama tidak bekerja secara normal.Dulu masa kali pertama dia dapat jadi polis UTK Ayah adalah orang paling bangga dengannya.Sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa.
Tapi sekarang ayah dah tiada.Cepat aku tarik nafas panjang.Aku cuba senyum dihadapan cermin.
Aku baru nak menekan alarm kereta tetapi ada benda menarik perhatiannya.Iaitu sebuah kereta GMC HUMMER SUV berwarna hitam berhenti betul-betul menghalang keretanya keluar.Berkerut dahulu memikirkan gerangan pemilik kereta mewah itu.Bila cermin gelap diturunkan, Tyara tercengang.
"Asalamualaikum...."
"Encik Haziq!" suaraku penuh keterujaan.Kali pertama Haziq melihat wajah Tyara yang sebelum ini terselindung disebalik topi.Raut wajah yang manis dengan solekan nipis
Encik Haziq keluar dari tempat duduknya.Dia berdiri disebelahku.Semalam aku nampak dia ni biasa aje, asal lain macam pulak harini nampak segak.
"Salam saya awak tak jawab?"soal Haziq.
"Walaikumusalam.. Encik Haziq buat apa dekat sini?" Kali ini berkerut dahi ku bertanya.
Pelik.Kata jumpa dekat Kiddarl Technology ni dekat depan rumah aku apasal.
"Kerja saya.Tengku Kriz minta saya jemput Cik Tyara pergi pejabat"Kata-katanya buatkan aku tersedar sesuatu.Aku menutup mulut dengan telapak tangan.
"Encik Haziq datang dengan Tengku Kriz ke?"soal Tyara sambil merenung ke arah kereta itu.
"Don't worry.Tengku Kriz drive sendiri harini"
Aku hela nafas lega.
"Saya jemput awak harini.Masuklah"Haziq mempelawa.
"Eh tak payahlah!"Aku menolak secara halus.Seganlah aku.
"Arahan Tengku Kriz"
"Tapi....saya boleh drive sendiri"
"Please kalau awak tak ikut saya Tengku Kriz akan buang saya kerja"Dia buat muka kesian.
Aku teguk liur.Maknanya Tengku Kriz ni bukan calang-calang orang dia sampai tak ikut arahan pun boleh kena buang.Nanti aku jadi penyebab rezeki orang putus pagi-pagi ni.
"Come, Cik Tyara "pelawa Haziq.
"Encik Haziq panggil saya Tyara aje.Tak payah Cik"
Manis senyuman Haziq mendengar jawapan Tyara.
"I have to treat you like a princess"ujar Haziq sebelum menutup pintu kereta.
Amboi kau nak mengayat aku.Sorry sikit aku takkan termakan kata-kata kau.
Haziq masuk ke tempat duduk bahagian pemandu.Enjin kereta dihidupkan sebelum memulakan perjalanan.
"Kenapa Encik Haziq kena ambil saya?"soal Tyara.
"Sebab saya nak permudahkan urusan hari pertama awak.Tengku Kriz tak nak awak lambat untuk hari pertama.Sebab tu dia suruh saya ambil awak"
"Macamana dia boleh tahu rumah saya?"
Aku musykil.Seram sejuk tengkuknya bila semua tentang dirinya Tengku Kriz tu tahu.
"Sebab dia Tengku Omar Mukriz.Everything dihujung jari dia"mudah jawapan Haziq.
"Kesian Encik Haziq.Tak pasal kena jadi driver saya harini"
Haziq cuma gelak kecil.
"Encik Haziq saya nak tanya sikit boleh?"soal Tyara.
Haziq memandang Tyara.
"Tengku Kriz tu garang ke?"soal Tyara tiba-tiba.
"Nanti awak jumpa dia, awak nilailah sendiri"ucap Haziq pada Tyara.
******
Perlahan-lahan langkah diatur untuk merentasi Lobi besar itu.Rasa macam buat salah pun ada semua mata memandang ke arahnya.
Aku terus mencari lif untuk ke pejabat Tengku Kriz.Itu yang dipesan Encik Haziq tadi.Pergi berjumpa dengan Tengku Kriz untuk melapor diri.
"Cik....cik tak boleh masuk!" Halang seorang perempuan yang berada dikaunter.Baru tangan aku mahu membuka pintu tapi tak jadi.
"Saya nak jumpa Tengku Kriz aje.Tak boleh ke amoi" ucap Tyara terus melangkah laju masuk ke dalam pejabat Tengku Kriz.
Bagaikan terpaku.Beberapa meter dari tempatku berdiri, ada seorang lelaki kacak yang sedang duduk tegak di atas kerusi.Sambil tangannya ligat membelek kertas kerja.
Wanita tadi masuk terus mencuri tumpuannya.Lantas dia angkat muka.
Wajah lelaki itu dingin tidak bereaksi.Tiba-tiba dia rasa bilik pejabat ini seperti dikutub utara sejuknya.
"Do I know you?"
Itu soalan pertama yang terpacul dibibir lelaki itu.
Di memandang papan nama pada meja lelaki itu tertera nama Tengku Omar Mukriz.
"Do I know you?"suaranya.Penuh maskulin dan berkarisma.Betul ke Encik Haziq kata dia ni something.Macam tak je gayanya.
Aku telan liur.Ialah siapalah nak kenal aku.Lainlah dia sebut nama je orang kenal.Tapi aku pun tak kenal dia.
"I'm sorry Tengku Kriz.I'm going to drag her out"ucap wanita cina itu.
"Leave us"arah Tengku Kriz kepada wanita itu.
Dan sekarang tinggal aku berdua dengan dia.Aku patut tunggu Encik Haziq tadi.Ni gatal nak masuk cepat.Nasib kaulah kalau dia ngap kau kejap lagi.
Tiba-tiba dia berdiri.Automatik kakiku mengusir selangkah.Mod berjaga-jaga sekiranya dia bertindak memegang aku.Aku karate je mamat ni.
Aroma minyak wangi yang keluar dari kot lelaki itu membuatkan dia mau pengsan.Jangan sampai rosak hidung aku tak pasal-pasal terpaksa bernafas guna telinga nanti.
"Are you just going to rudely stare at me, Dame?"
"Sorry Tengku Kriz.Saya ada hal tadi.Tengku dah kenal dengan Cik Tyara Adleena"ucap Haziq yang tergesa-gesa masuk ke pejabat.
Tengku Kriz memandang Haziq dan memandang semula pada gadis dihadapannya itu.
Kenapa dia boleh tak cam? Ni gadis yang sama depan bank tempoh hari?. Pakaian yang agak lain, dan solekan nipis menyerahkan wajah manisnya.Harini baru dia boleh nampak wajah sebenar gadis itu.
"Saya Tyara Adleena" Aku perkenalkan diri.
Tengku Kriz dan Tyara memandang sesama sendiri.
Share this novel