BAB 32

Drama Completed 71272

Hati Tyara menanti penuh debaran.Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh itu.Bunyi kereta memasuki laman rumah agam milik keluarga Tengku Kriz itu.Menandakan suaminya sudah sampai, dia berdiri tegak menanti penuh debar.

Tengku Mahzura sudah menangis teresak-esak apabila melihat Tengku Kriz yang keluar dari kereta.Tubuh anaknya itu susut sedikit dan ada tumbuh jambang.Masih bertampal luka dikepala.

Tengku Mateen dan Haziq hanya memandang.Tengku Kriz memeluk tubuh Tengku Mahzura dan Tengku Muhammad dimuka pintu.Dia benar-benar rindukan kedua ibubapanya.

Sepanjang dua minggu dia cuba mencari identiti dirinya supaya dia dapat pulang berjumpa keluarganya semula.

Tengku Kriz masuk ke dalam rumah.Dia memerhati sekeliling rumah.Tempat dia membesar.Lalu matanya tertumpu pada seorang gadis yang berdiri tegak di ruang tamu rumahnya.

Dia dapat melihat wajah Tengku Kriz yang sedikit kurus dan wajahnya kusut.Lelaki ini jauh berbeza dengan suaminya.

Gadis itu menangis teresak-esak apabila melihat dirinya.Lalu tanpa dia bersedia gadis itu terus memeluknya erat cuba menzahirkan kerinduannya yang tidak terucap.

Tyara merasakan dirinya ditolak kuat.Dengan rasa terpinga-pinga, pantas dia mendongak memandang suaminya yang sedang merenung wajahnya.Mengapa begini sikap Tengku Kriz?.

"Abang....kenapa ni?"

Tengku Kriz kelihatan dingin, berkali-kali lelaki itu mendengus seraya meraup wajahnya.


Pandangan sayunya bergabung dengan renungan kosong lelaki itu.Tidak ada kata-kata lembut yang dapat memujuk hati, tidak ada pandangan kasih.

Dia nampak lelaki itu cuba menyuarakan sesuatu.Dadanya kian berdebar kencang, hatinya tidak lagi mampu bertenang.

"Si... siapa awak?"

Longlai seluruh tulang-temulang Tyara apabila mendengar sebaris ayat yang meluncur tanpa diduga itu.Tengku Mateen dan Haziq berpandangan sesama sendiri.

Apa maksud semua ini? Ya Allah....apa sebenarnya yang berlalu?.

Dia tidak berdaya mampu bertahan.Dia sudah penat.Biarkan dia berehat buat seketika waktu.Tyara rasa dia boleh merasa lega kerana suaminya sudah balik.Dia mahu mencapai tangan Tengku Kriz sebelum dia pengsan.

Tengku Kriz dengan secara Alami menyambut tubuh gadis itu.Dia memandang wajah yang kelihatan pucat itu.Siapa gadis ini? Berani sungguh dia memeluknya?.

********

"Isteri????"ucap Tengku Kriz apabila mendengar cerita tentang gadis itu.Tengku Mateen dan Haziq membuka cerita.

"Tapi aku kan belum kahwin.Bila masa pulak aku kahwin?.Ni mesti apa nama dia?"soal Tengku Kriz.

"Tyara Adleena"ucap Tengku Mateen.

"Ahh Tyara tu pilihan bonda ke untuk aku?.Aku kahwin dengan dia terpaksa ke macam drama pukul tujuh tu?"soal Tengku Kriz lagi.

"Nope Tengku Kriz cintakan Tyara dan Tengku sendiri yang lamar Tyara jadi isteri"ucap Haziq.

Tengku Kriz masih samar-samar lagi.Semua orang memberitahu dia sudah berkahwin malah mereka menunjukkan gambar perkahwinannya yang berlangsung dirumah gadis itu.

Malah Tengku Muhammad turut menyerahkan kad nikah dia dan gadis bernama Tyara.

"Jadi betul dia isteri aku?.Kenapa aku tak ingat siapa dia?"soal Tengku Kriz memandang kad nikah itu.

"Kamu amnesia Kriz tapi itu sementara sahaja.Lama-lama kamu akan ingat semuanya tapi jangan memaksa sangat.Ayahanda dengan Bonda harap aku akan layan dia baik walaupun kamu tak ingat siapa dia"ucap Tengku Muhammad.

"Betul tu Kriz.Sepanjang kau hilang Tyara dah banyak terseksa.Dia jarang keluar bilik dan hanya menangis berdoa semoga kau balik semula jumpa dia.Please don't hurt Tyara"ucap Tengku Mateen sambil memandang wajah sepupunya yang masih blur.

Tengku Kriz memandang gambar dan kad nikah ditangannya.Dia memejamkan matanya cuba mencari kekuatan yang sedang ada depan matanya.Dia memandang ke arah biliknya.Dia nampak muka gadis itu pucat tidak bermaya.

******

Terjaga daripada lena yang terasa panjang,Dia kembali terkenangkan sikap suaminya yang dingin,air mata mula digenangi air jernih.Kenapa Tengku Kriz melayaninya seteruk itu?.Dan kenapa lelaki itu tidak mengenalinya?.

Tergesa-gesa Tyara bangkit dari katil.Dengan sekadar mencuci muka di bilik air,dia segera turun ke ruang bawah untuk mencari Tengku Kriz.

"Tyara.Tyara dah okay?"

Teguran Tengku Mahzura menyapa telinganya ketika dia menjengah ke dapur.

"Bonda Kenapa dengan Kriz? Kenapa dia layan Tyara macam ni?"soalnya tanpa dapat menutup rasa pilu di dada.Berkaca-kaca pandangan matanya merenung wajah Tengku Mahzura.Wanita itu kelihatan mengeluh perlahan,kemudian dia mengukir pula senyuman kelat.

"Kriz dia hilang Ingatan.Mungkin sebab kesan kemalangan jalan raya tu"

"Ap..apa Bonda? Amnesia?"

"Ya Tyara itu sebab dia ambil masa nak balik sini.Dia dapat ingat semua tapi Tyara dia tak dapat ingat.Tapi Bonda dan Ayahanda dah ceritakan semuanya pasal Tyara pada dia"cerita Tengku Mahzura seraya menggengam tangan Tyara.

"Maknanya dia tak ingat Tyara pernah jadi bodyguard dia sebelum Ni?"soal Tyara pada Tengku Mahzura.

Dia mengelus bahu Tyara.Dia tahu betapa menderitanya Tyara,dia lihat semua itu dengan mata kepalanya sendiri.

"Sabarlah Tyara....yang penting Kriz masih hidup.Kita sama-sama berusaha untuk pulihkan ingatan dia semula.Tyara boleh tolong Bonda?"

Spontan Tyara menundukkan kepalanya merenung lantai.Tabah dan kuat? Sudah pasti dia akan mencuba sehabis daya untuk memenangi semula hati suaminya.Jika dahulu Tengku Kriz yang mencuri hatinya kini dia yakin dia boleh melakukannya sekali lagi.

Tapi dia tahu jalan itu mudah,terlalu sukar.

*********

Usai bersarapan bersama Bonda dan Ayahanda, Tyara membawa roti bakar bersama sapuan mentega kacang dan segelas susu.Dia melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Kriz.Dia melihat katil kosong.

Dia terdengar bunyi pancuran air dari bilik Mandi.Dulang berisi makanan diletakkan di meja kecil di dalam ruang bilik itu.Dia mengemas banyak-bantal dan comforter ditarik supaya kelihatan lebih kemas dan rapi.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik mandi terbuka.Tyara yang sedang mengemas katil mengangkat muka dengan senyuman manis di bibir.

Senyumannya tidak lama, serta merta layu apabila lelaki itu keluar dari bilik mandi.

Seketika dia memandang badan yang susut itu.Hatinya sebak melihat ada parut di bahagian perut suaminya.Itu mungkin parut dari kemalangan.

"Abang..."

Lelaki itu menoleh sekilas,menarik muka masam dan kembali mengirai rambutnya dihadapan almari pakaian.

"Abang Tyara ada bawa first aid.Boleh Tyara minta izin nak cuci luka dekat dahi Abang"ucap Tyara.

Tengku Kriz masih diam lagi.Dia berjalan ke arah katil dan melabuhkan punggung di atas katil.

Tyara mengigit bibirnya walaupun itu suaminya tapi dia tak tahu kenapa debar di dadanya terlalu kuat.

Dia membuka kapas yang menampal luka didahi Tengku Kriz lalu dia mencuci luka itu.Perbuatannya terhenti disaat mata mereka bertembung.

"Semua orang dalam rumah ni cakap saya ni suami awak"

Itu ayat yang keluar dari mulut Tengku Kriz setelah lebih lima belas minit berdiam diri.

"Ya awak suami saya"balas Tyara sambil melanjutkan mencuci luka Tengku Kriz.Dia sedikit tidak selesa dengan pandangan yang diberi oleh Tengku Kriz padanya.

Dia mengeluh sedikit.

"Boleh tak abang jangan pandang saya macam tu?"soal Tyara pada Tengku Kriz yang masih tidak lepas memandangnya.

"Kenapa tak boleh?.Awak kata saya suami awak jadi tak salah rasanya saya pandang awak?.Ke awak nak saya?"soal Tengku Kriz sambil menarik pinggang Tyara mendekatinya.Tubuh mereka kini sangat dekat.Dia boleh rasakan hangat tubuh suaminya itu.

Tyara pelik.Suaminya amnesia ke atau penyakit ulat bulu panjat perigi dia datang?.Kalau tak kahwin lagi mahu dia karate Tengku Kriz?.Nasib suami sendiri, tapi tulah naik seram Tyara dibuatnya.Dalam tak ingat Tengku Kriz ni pun sifat gatal miang keladi tu tetap ada.Dia yang lemas rasanya!!!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience