BAB 36

Drama Completed 71272

"Awak dah ingat ke?"soalan itu muncul bibir Tyara.Lama dia menanti jawapan daripada Tengku Kriz.

"Ya saya dah ingat semuanya tentang kita"ucap Tengku Kriz sambil tersenyum.Tyara terus mencium-cium pipi suaminya.

"Dah-dah penyet saya nanti"ucap Tengku Kriz pada Tyara.

"Buat saya risau je"ucap Tyara.

"Dah tapi awak rahsiakan daripada orang lain okay.Saya nak diaorang sendiri yang perasan"ucap Tengku Kriz yang masih baring.

"Okay"

*********

Harini Tengku Kriz mengajak Tyara untuk pergi bercuti memandangkan sejak mereka kahwin, mereka tidak berbulan madu kerana kesibukan suaminya.

Tengku Kriz sendiri mencadangkan mahu ke Pulau Redang, Terengganu.Kebetulan syarikat milik Tengku Kriz mengadakan seminar sekali jadi sambil bercuti dan kerja sekali.Bermakna Haziq turut serta dalam perjalanan nanti.

Untuk mengelak bosan Tyara meminta izin Hana untuk ikut sekali.Jadi kalau suaminya pergi seminar,Hana boleh teman dia dekat sana.

Usai solat jumaat kami bertolak ke Pulau Redang.Kami pergi menaiki dua buah kereta.Tapi apa yang membungkam perasaan Tyara bila munculnya Lily yang tiba-tiba ada mahu mengikut perjalanan mereka.Tengku Kriz juga tidak tahu tentang hal itu.

Tyara sudah memeluk tubuh memandang sinis pada Lily yang tergedik-gedik dengan suaminya.Hana merapatkan dirinya disebelah Tyara.

"Beb, minah ni kenapa nak terkencing ke?.Aku tengok macam tak sihat je?"soal Hana.Mana taknya dengan baju mana kuning terang topi warna merah.Memang fashion terrorist betul.

Kami bahagikan kepada dua kereta.Tyara dan Kriz satu kereta manakala Haziq, Hana dan Lily satu kereta.

"Kriz... please tolong angkat beg I.Beratlah"adu Lily.Sambil menunjukkan ke arah beg yang sederhana besarnya itu.Dari tadi lagi terkial-kial cuba mengangkat,tapi kekuatannya tidak cukup.

Tengku Kriz mahu mengangkat tapi dihalang oleh Tyara.Tyara mengangkat beg itu macam angkat kapas dan dicampak dalam bonet kereta BMW milik Haziq yang sedang terbuka itu.

"Thank you Tyara.You tahu tak I excited sangat nak bercuti especially dengan Kriz.Dah lama I tak bercuti dengan dia"Lily tayang muka teruja.

"Oh yeke.I pun excited sangat nak bercuti dengan husband I.Maklumlah dah halal ni rasa lebih nikmat bila nak bercuti"ucap Tyara sambil memegang dada Tengku Kriz.

Terus terdiam Lily dengan kata-kata Tyara.Hana yang berdiri disebelah Haziq hanya mampu gelak.

"Okey dahlah jom panas dekat luar ni"

Malas-malas aku tarik beg pakaian.Nak sumbat masuk ke dalam kereta.Baru je aku nak angkat, ada tangan asing yang mencelah.Tengku Kriz.Tanpa mengucapkan apa-apa aku terus berlalu mahu masuk ke kereta.Tempat duduk di depan dah dihuni oleh Lily.Dia membuka pintu kereta itu dan memandang Lily yang tergedik-gedik.Tangannya menarik tangan Lily keluar dari kereta.

"Ouch sakitlah.Kriz tengok isteri you ni"adu Lily.

Tengku Kriz malas mahu masuk campur dia terus masuk ke sebelah pemandu.

"Tempat seorang isteri disebelah suaminya.I think you lupa yang I isteri Kriz.So kalau you nak ikut,you kena ikut rules I.If not you can get out from here"ucap Tyara sebelum masuk dan menutup pintu dengan kuat.

Lily menghentak kakinya lalu membuka pintu belakang dan masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan mereka banyak diam dari bercakap.Bukan tak nak bercakap tapi rasa bingit dengan mulut Lily yang macam mulut murai.Tyara rasa macam nak bagi minum pil tidur saja lepas tu campak dekat mana-mana perhentian.

Tengku Kriz meraih tangan Tyara.Dia tahu Tyara terganggu dengan kehadiran Lily.

*******

Jarum menunjukkan pukul lapan malam.Alhamdulilah kami semua selamat sampai di Laguna Redang Island.Perkara pertama yang harus dilakukan sebaik sahaja tiba dah tentulah check in dulu.

Tengku Kriz memilih bilik executive suite untuk kami.Begitu juga dengan yang lain.Bagi Kriz dia lebih suka sama rata sahaja mudah.

"Tyara.. kitaorang nak jalan-jalan,Nak ikut tak?"ajak Hana.

"Jalan-jalan? Dengan siapa?"soalku pelik.

"Abang Haziq.Jomlah Tyara.Bila lagi nak jalan-jalan"

Jalan-jalan tu macam best tapi masalah sekarang aku penat.Lagipun nak keluar kena minta izin Tengku Kriz dulu.Nak ke dia bagi dengan tempat orang ni?.Aku dapat rasa macam tidak.

"Tak apalah.Kau keluar berdua dengan"Abang Haziq" .Aku stay"putusku.

Akhirnya mereka semua meninggalkanku .Niat asal mahu ke bilik dimatikan bila dia terpandang pemandangan di pantai.

Bila aku toleh belakang Tengku Kriz dah tak ada.Mana pulak laki aku ni?.Dia ternampak Lily sibuk memegang lengan Tengku Kriz.Terus dia berlari ke arah mereka dan menolak badan Lily ketepi.

Dia memegang erat lengan sasa itu.


******

Pintu bilik dibuka cepat Tyara menarik tangan Tengku Kriz ke dalam lalu menutup pintu bilik dengan kuat.Tak peduli dengan reaksi bengang Lily.

Nasib bilik Lily jauh sedikit gara-gara lambat booking.Dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan beg diatas katil.

"Are you jealous, Tyara?" Lagi nak tanya.

Orang gila je tak cemburu kalau perempuan lain duk peluk-peluk.Silap-silap balik ada title arwah dekat Lily tu.

Aku cuma diam.Mogok!

"Dah....jangan merajuk lagi"suaranya memujukku.

"Mana ada saya merajuk"nafiku.

"Kalau tak merajuk jangan muncung lagi.Kita datang sini nak spend time.Pedulikan Lily tu"ujar Tengku Kriz.

Tyara mengangguk perlahan.

"Dah pergi mandi dulu.Segarkan badan awak.Kalau tak larat malam ni kita makan dalam bilik aje.Abang buat pesanan"arah Tengku Kriz.

Aku akur.Ni pun dah rasa belengas badan berpeluh.Aku menonong berjalan ke arah pintu bilik air.

"lock pintu nanti Abang join sekali lama nanti"sempat aku dengar Tengku Kriz mengusik.

Dan pintu aku hempas dan kunci.

Kemudian kedengaran Tengku Kriz gelak jahat diluar.

*******

"Dahlah tu pakai baju lagipun berapa lama sayang nak pakai telekung?" Tengku Kriz bersuara tanpa berpaling.Khusyuk matanya menghadap komputer ribanya.

"Salah awaklah lupa keluarkan beg saya dalam kereta.Maklumlah nak berkepit dengan lily punya pasal"

"Sorry kejap lagi Abang keluar pergi ambil beg dekat kereta.Pakai jelah baju Abang tu"

Masalahnya sekarang kalau aku pakai baju suamiku nanti baju tu besar.Dah kena pakai t-shirt pagoda warna putih pulak tu.Tiada baju t-shirt lain selebihnya dia bawa baju kemeja sahaja.Tidur pun bukan pakai baju, itulah jadi lelaki senang kalau perempuan almari pun dia nak bawa pergi bercuti.

"Pakai baju ni"Kali ini suara Tengku Kriz berbaur arahan.Aku terpaksa akur.Hulurannya bersambut.

"Abang nak keluar pergi ambil beg sayang sekali order makanan.Western cuisine okay?"tanyanya pula.

Aku angguk.

Aku dengar Tengku Kriz keluar.Dia memandang baju t-shirt pagoda putih itu.Aku bebel sorang-sorang.

Dia merenung dirinya dalam baju t-shirt itu.Kenapa t-shirt ni jarang sikit menampakkan bentuk badannya dalam.Dia cuba mencari bathrobe dalam almari lalu dibalut ke badan.Aku rasa selamat macam ni daripada tadi.

Dia baru mahu mencapai telefon pintar Tengku Kriz yang tertinggal di atas meja.Terdapat mesej masuk, daripada Lily.Lalu dia membuka mesej itu, dan matanya terbuntang dengan mesej Lily.

Lalu dia menekan butang blocked terus dia blocked nombor Lily.Padan muka kau! Kau sengaja nak panaskan hati aku.Kau tunggu ni bekas polis UTK kau nak kenakan siap kau langau jadian.

"Tyara buat apa?" terkejut aku apabila ditegur sebegitu Nasib tak melambung iPhone baru Tengku Kriz itu.

Aku letak balik telefon itu ditempat aku jumpa.Sempat aku sengih padanya.

Tengku Kriz memandang aku dari atas sampai bawah.

"Baju tu sesuai dengan awak tapi kenapa awak tutup dengan bathrobe.Ke awak takut terlalu seksi untuk saya"Garau suara Tengku Kriz.

Tengku Kriz perlahan-lahan mahu membuka ikatan baju bathrobe yang dipakaiku.Aku pejam mata.

Ting!! Tong!!!

Yes!!!. Makanan dah sampai!!!.Aku terus buka mata.Tengku Kriz melepaskan satu keluhan kecewa.Aku hanya memandang wajah kecewa Tengku Kriz.

"Makanan dah sampai.Jom makan"

Aku angguk sambil menahan tawa.Tak tahulah aku rasa lega atau kelakar sekarang melihat wajah Tengku Kriz yang kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience