Completed
71272
Riuh rendah rumah keluarga Tyara, Puan Adliza mengadakan majlis doa selamat untuk Tyara bagi dipermudahkan urusan bersalin nanti.
Keluarga Tengku Kriz turut berkumpul bersama-sama.Rancak Puan Adliza dan Tengku Mahzura berborak bila berjumpa berdua.Macam-macam cerita nak dikongsikan.
Tyara mengenakan baju jubah berwarna biru gelap dan dikenakan dengan tudung bawal.Ini pertama kali dia memakai tudung.Entah mengapa terdetik dihatinya mahu memakai tudung.
"Sayang...dah siap belum?" tanya Tengku Kriz yang masuk ke dalam bilik.Dia berdiri tercegat didepan pintu melihat Tyara yang sangat manis bertudung.
Dia menuju ke arah isterinya.Bahu Tyara dipegang.Dia tersenyum melihat penampilan Tyara malam ini.
"Cantiknya isteri abang"puji Tengku Kriz.
"Terima kasih tapi Tyara ingat nak perlahan-lahan pakai tudung Tyara tak nak Abang nanti kena soal bila dekat padang masyhar nanti"ucap Tyara.
Pipi isterinya dipegang dan diciumnya.
"Alhamdulilah takpe Abang sentiasa sokong isteri Abang.Perlahan-perlahan tapi niat pakai untuk Allah bukan untuk Abang"ucap Tengku Kriz.
"Dah jom semua dah tunggu kita dekat bawah"ucap Tyara menarik tangan Tengku Kriz keluar dari bilik.
******
Dua jejaka bujang telajak duduk ditepi taman sambil menyaksikan pasangan yang sedang berbahagia.
Mereka berdua duduk bersilang kaki.Sambil menikmati juadah yang disediakan.
"Talha kau bila lagi?"tanya Haziq pada Talha.
Dia memandang Haziq.
"Kau tanya aku,Kau tu bila lagi?.Haritu ada peluang nak ngorat Hana, tak nak.Kan dah terlepas"ucap Talha.
Haziq gelak kecil.
"Hana tu aku anggap macam adik aku je tak lebih dari tu.Lagipun Aku rasa Hana dah lama suka dekat Mateen cuma sebab status maybe dia takut nak dekat"ucap Haziq sambil memandang Hana yang sedang berborak dengan Tengku Mateen.
Talha memegang bahu Haziq.
********
Tyara mengusap perlahan perutnya sambil duduk dikerusi memandang semua insan yang paling dia sayang.Dia rasa bahagia sangat sebab Allah menghadirkan semua orang yang sentiasa ada dengannya.
Kalau arwah Ayah ada mesti dia pun akan bahagia tengok anak perempuannya bakal menjadi seorang ibu.
Tengku Mateen menghampiri Tyara.Dia menghulurkan satu kotak besar kepada Tyara.
"Apa ni?"
"Hadiah untuk awak dan anak awak.Saya beli istimewa untuk awak"ucap Tengku Mateen sambil tersenyum.
Tyara membuka reben kotak tersebut.Terdapat baju jubah untuk Tyara dan baju baby.
"Terima kasih Mateen sebab hadiah ni sangat comel.Saya doakan awak dan Hana dipermudahkan urusan"ucap Tyara.
Tengku Mateen mengangguk kepala.
"Borak apa ni?"soal Tengku Kriz yang muncul dari belakang.
Tengku Mateen tersenyum sebelum berlalu.
Tengku Kriz menarik kerusi duduk disebelah Tyara.Sambil menatang pinggan makanan untuk Tyara.
"Mateen nak apa dengan awak?"soal Tengku Kriz yang masih ada cemburu kalau Mateen mendekatinya.
"Tak ada apa-apa.Mateen bagi hadiah untuk Sayang dengan baby.Janganlah buat muka macam tu"ucap Tyara sambil menahan tawa.
Dia meletakkan pinggan makanan diatas meja.
"Sayang nak makan apa?.Abang bawa semua yang ada dekat sini.Tapi mi goreng mamak tak ada.Abang ni dah tak lalu dah tengok mi goreng dengan mamak tu"ucap Tengku Kriz sambil mengusiknya.
Satu cubitan hinggap di lengan sasanya.Tapi Tengku Kriz dengan muka selamba tidak merasa sakit langsung.
Tyara mengambil bubur kacang didalam mangkuk.Dia menyuap ke dalam mulutnya.Tengku Kriz memandang isterinya yang makan tidak bersuara.
"Sayang Kenapa diam ni?"soal Tengku Kriz yang mulut penuh dengan satay.
"Abang mesti sakitkan nanti Tyara nak bersalin?"soal Tyara.
"Ingat apalah Sayang ni.Tak ada benda yang tak sakit sayang.Ketip kuku kalau termiss sikit pun akan sakit sayang.Macam ni sayang jangan risau nanti masa dekat labor room Abang akan ada dengan sayang.Abang akan teman sayang.Abang janji"ucap Tengku Kriz dengan konfiden yang tak tahu dia beli dari mana.
Tyara menjeling tajam padanya.
********
"Puan teran lagi!!!"kata Doktor syifa sambil melihat bukaan Tyara.
Tyara meneran hampir sepuluh minit.Tengku Kriz yang berada disebelahnya turut memegang tangannya erat.Peluh renek jatuh satu persatu.
"Sikit lagi Puan"
Tyara menarik nafas dan meneran buat kali terakhir.Dan saat itu dia terdengar suara yang amat dia nantikan.Jeritan tangisan anaknya memecah dalam bilik bersalin.
Tengku Kriz tersenyum melihat wajah anak sulungnya.
"Abang anak kita"ucap Tyara sambil memandang wajah Tengku Kriz.Dalam Tengku Kriz memandang Tyara.Dia terus pengsan berdekatan katil Tyara.Betul suaminya lemah semangat bab-bab ni.Pelik-pelik....
"Abang...."jerit Tyara yang tak percaya suaminya boleh pengsan.
Doktor menghulurkan anaknya buat pertama kalinya.Masyallah kacaknya wajah anaknya.Hidungnya mancung mesti terkenan hero drama turki yang dia tonton dan matanya sepet seperti suaminya.
Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat jururawat dan doktor menolong suaminya yang pengsan.
*******
Tengku Kriz memegang kepalanya yang sakit.Dia memandang sekeliling ruang.Dia tidak ingat dia dekat mana.
"Daddy..."panggil satu suara dari belakangnya.Dia berpaling dan Tyara mengangkat keningnya memandangnya.
Dia bingkas bangun dari sofa.Dan meluru ke arah Tyara.
"Sayang...betul ke anak kita dah keluar?"soal Tengku Kriz padanya.
"Betul... Abang ni kata nak teman Tyara.Boleh pengsan pulak.Kalau macam ni nak mengandung nak bersalin penatlah asyik tengok Abang pengsan"ucap Tyara sambil memandangnya.
Tengku Kriz menggaru belakang kepalanya.Dia tersengih dan mencium dahi Tyara.
"Sorry Abang tak mampu nak kawal.Anyway thanks sebab lahirkan zuriat Abang.Tadi Abang tak sempat nak tengok muka anak kita betul-betul.Dia ikut rupa siapa?"soal Tengku Kriz.
"Kalau Tyara cakap dengan Abang.Abang jangan marah ya?."
Tengku Kriz menunggu reaksi Tyara.
"Hidung dia mancung macam orang Turkish tapi mata dia sepet macam Abang.Dan yang penting dia hensem macam Daddy "
"Alhamdulilah tak kisahlah rupa dia macam mana.Janji dia sihat dan Sayang pun sihat juga"ucap Tengku Kriz.
*********
Keluarga Kriz dan keluarga Tyara berkumpul didalam wad untuk melihat cucu mereka yang pertama.
"Alah comelnya dia.Terima kasih Tyara sebab hadiahkan permata yang comel macam ni"ucap Tengku Mahzura sambil memeluk tubuh Tyara.
"Alhamdulilah punya lama nak cucu akhirnya terlaksana hajat Bonda kamu dan Umi kamu.Lepas ni tak rehat diaorang berdua berebut nak jaga"ucap Tengku Muhammad.
"Takpe bergilir-gilir jaga nanti.Sama-sama merasa"ucap Puan Adliza.
Tengku Kriz memeluk bahu Tyara.
"Tapi tulah Kriz ni lemah semangat.Boleh dia pengsan dalam labor room "ucap Tyara.
"Kriz tu sebenarnya nak tunjuk dia macho tapi tulah ermmm....pengsan juga"ujar Tengku Muhammad sambil gelak.
"Ni sibuk bersembang nama dah pilih ke?"soal Puan Adliza memandang Tengku Kriz dan Tyara.
"Kami dah bincang sama-sama nak namakan Tengku Omar Marzuki Bin Tengku Omar Mukriz"ucap Tengku Kriz menyebut nama anaknya kepada semua.
"Tengku Omar Marzuki.Sedap nama tu"ucap Puan Adliza.
"Kami ambil nama arwah Ayah Marzuki untuk anak kami"ucap Tyara.
Semua tersenyum manis.
Pintu wad dibuka muncul Tengku Mateen dan Hana.
"Oh datang dah bakal pengantin kita.Ada bau nasi minyak"ucap Tengku Kriz yang mengusik.
Tengku Mateen memeluk Tengku Kriz.
"Tahniah dah jadi daddy.Lepas ni kena berpantang sekali dengan Tyara.Kau jangan nak lari pulak"ucap Tengku Mateen.
"Kau jangan risau.Aku dah praktis baik punya"Ucap Tengku Kriz.
"Ialah tu nanti mau pengsan lagi."ucap Tyara.
Semua tergelak dengan ayat Tyara.Tengku Kriz hanya mampu gelak sama.
Esok bab akhir untuk Bodyguard Untuk Encik Tengku
Share this novel