BAB 10

Drama Completed 71272

Air mineral dihulurkan kepada Tyara.Tyara mendongak memandang Tengku Kriz lalu mengambil air mineral ditangan Tengku Kriz.

"Terima kasih"ucap Tyara membuka botol air mineral dan diteguknya bagi melegakan tekaknya yang kering.

Tengku Kriz duduk disebelah Tyara turut membasahkan tekaknya.

Tyara serba salah dengan Tengku Kriz.

"Saya nak minta maaf sebab tumbuk Tengku tadi.Saya betul-betul tak sengaja"kata Tyara sambil menundukkan wajah.

"Takpe saya salah sebab bergurau tak bertempat.Memang patut pun saya kena tumbuk"ucap Tengku Kriz.

"Tengku apa jadi dengan Lily ya?"soal Tyara ingin tahu apa jadi dekat minah senget tu.

"Saya dah larang dia dekat dengan pejabat dan awak.Kalau dia buat lagi tahulah saya nak buat apa"ucap Tengku Kriz menghabiskan air mineral yang masih bersisa.

"Apa hubungan Tengku dengan Lily?"soal Tyara lagi.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang sedikit bingung.

"Dia sepupu saya sebelah Pak Engku.Cuma dia ada wayar putus sikit"ucap Tengku Kriz.

Tyara baru faham dengan penerangan Tengku Kriz.

"Saya ada satu soalan lagi?"soal Tyara.

"Apa dia?"

"Are you really Gay?" soal Tyara sambil merenung tepat ke anak mata Tengku Kriz.

Tengku Kriz tergelak besar.

"What make you think that I'm a gay?"soal Tengku Kriz.

"Yah.. I'm just curious because there's rumours about you being a gay.Sebab tu saya tanya"Tyara.

Tengku Kriz mendekatkan mukanya ke arah Tyara dan hampir membuatkan Tyara terlentang tapi tangan Tengku Kriz lebih pantas menyambut belakang Tyara.

"I'm not gay but I love woman so much"ucapnya sambil memandang wajah Tyara yang sedikit kemerahan.

iPhone milik Tengku Kriz berbunyi, menyedarkan mereka di alam nyata Tengku Kriz menjawab panggilan daripada Haziq.

"Hello Kenapa?"soal Tengku Kriz.

"Tyara mana Tengku?"soal Haziq.

"Ada dekat sebelah aku kenapa?"soal Tengku Kriz pula.

Tyara memandang Tengku Kriz.

"Mak Engku ajak makan tengahari dekat rumah nanti bagitahu Tyara "ujar Haziq.

"Okay kejap lagi kitaorang sampai "kata Tengku Kriz mematikan panggilan.

Tyara memandang Tengku Kriz menunggu apa yang lelaki itu mahu cakap.

"Mak Engku ajak makan tengahari sama-sama "ucap Tengku Kriz pada Tyara.

********

Talha meletakkan ubat diatas meja.Dia mengejutkan Puan Adliza supaya makan ubat.

"Mak bangun sekarang waktu makan ubat.Kejap lagi Talha ada kerja"ucap Talha.

Puan Adliza bangun dan bersandar pada kepala katil.Dia mengambil gelas air dan ubat yang dihulur oleh Talha.

Dia segera makan ubat dan menegur air bagi membiarkan ubat itu masuk ke dalam badannya.

"Kamu pergilah kerja jangan risau dengan Mak lagipun Tutik ada boleh tengokkan Mak"ucap Puan Adliza.

"Talha tahu tapi Mak kalau ada apa-apa bagitahu Talha"ucap Talha bersalam dengan Puan Adliza sebelum berangkat pergi kerja.

Dia merapatkan pintu bilik Puan Adliza.Gambar Encik Marzuki dipandang sepi.

"Ayah Talha gagal cari dia"ucap Talha sebelum melangkah keluar.

*******

Tengku Mahzura menghidangkan minuman kepada Tengku Mateen yang datang menyinggah.

"Terima kasih Bonda susah je sediakan air"kata Tengku Mateen sambil menghirup kopi panas itu.

"Tak susahlah.Mana kamu pergi lama tak nampak datang sini?"soal Tengku Mahzura.

Tengku Mateen tersenyum nipis.

"Sibuk sikitlah Bonda.Lagipun Mummy tu tak habis-habis dekat perancangan dia.Mateen Ni dah macam robot buatan Mummy tau"ucap Tengku Mateen mengadu pada Tengku Mahzura.

"Sabarlah Mateen dia Mummy kamu.Seburuk mana pun dia syurga kamu.Jadi ikutlah kalau benda tu baik"ucap Tengku Mahzura yang kesian dengan nasib anak buahnya itu.

Tengku Mateen memerhati sekeliling rumah tiada kelibat Tengku Kriz .

"Mana Kriz? Dari tadi tak nampak muka pun"ujar Tengku Mateen.

"Dia keluar main kuda pagi tadi kejap lagi baliklah"kata Tengku Mahzura.

"Aik... Haziq ada dekat sini.Dia pergi sorang je ke?"soal Tengku Mateen.

"Taklah dia pergi dengan bodyguard dia.Nama dia Tyara.Dah sebulan dia kerja dengan Kriz"terang Tengku Mahzura.

"Bodyguard??"soal Tengku Mateen.

"Kau Kenapa dekat sini?"soal Tengku Kriz yang muncul dari depannya bersama seseorang yang dia seperti pernah nampak.

Ya!!! gadis itu yang berada di cafe.Tengku Mateen berdiri memandang Tyara.
"Hai Tyara nice to meet you"ucap Tengku Mateen sambil menghulurkan tangan pada Tyara.

Tyara memandang Tengku Mateen yang berada di depannya.Manakala Tengku Kriz pula memandang kedua-kedua mereka.

Macamana Mateen boleh kenal Tyara?Setahu dia tidak pernah beritahu sesiapa pasal hal ni?"

Tyara mahu menyambut huluran tangan Tengku Mateen tapi dihalang dengan tangan Tengku Kriz yang menyambut salam Tengku Mateen.

Nice to meet you too Tengku Mateen.Bonda apa dia buat dekat sini?"soal Tengku Kriz yang masih belum melepaskan tangan Tengku Mateen.

Tyara yang berdiri di belakang terasa ada tembok diantara mereka.Mereka saling memandang sesama sendiri.

Apalah yang buat dua bersaudara ini bertengang leher?.

"Apa salahnya Mateen datang jumpa Bonda lagipun dah lama Mateen tak datang sini.Mateen kenal dengan Tyara?"soal Tengku Mahzura.

"I just coincidence meet with beautiful woman like her"ucap Tengku Mateen.

Tyara rasa kembang tekaknya dengar.Mahu ada kepulauan muntah dalam rumah agam ni nanti.Ayat cliche mahu mengorat dasar buaya mata sepet.

"Ek eleh dia ni lebih pulak"ujar Tengku Kriz dalam hati.

Tyara rasa dia mahu lari saja sekarang ni.Dia berpaling ke belakang dan apa yang membuatkan dia kaku sekarang ni.

Insan yang lama sudah dia tidak jumpa benar-benar berada didepannya sekarang.

Talha yang berjalan ke arah Tengku Mateen turut terhenti apabila melihat Tyara didepannya.Adiknya Tyara berada depan matanya.

"Apa yang jadi Ni?"soal Tyara dalam hati.

Talha berjalan melepasi dirinya.Dia cuba mencari kekuatan berhadapan dengan Talha semula.

"Tengku Mateen kita kena gerak sekarang"ucapnya.

"Jadi nilah orang kuat kau.Orang yang selalu cuba halang setiap kerja aku.Talha Adzrin kau patut hati-hati dengan orang macam dia"ucap Tengku Kriz sambil menepuk bahu Talha.

Dia bukan tak kenal Talha yang setia dengan Mateen.Tyara hanya diam seribu bahasa.

Dia menggengam tangannya.Sambil menahan air matanya jatuh.Segala memori tentang hari itu muncul satu persatu.

"Bonda Mateen terpaksa gerak balik dulu"ujar Tengku Mateen sambil bersalam dengan Tengku Mahzura.

Dia berjalan mendekati Tyara yang membelakangkannya.

"Agak-agak kita boleh jumpa lagi tak?"soal Tengku Mateen.

Tengku Kriz memandang Tyara yang membisu diam.

Tengku Mateen berlalu manakala Talha memandang Tyara sebelum dia berjalan keluar mengikut langkah Tengku Mateen.

"Jom kita makan tengahari sama-sama"ujar Tengku Mahzura sebelum masuk ke dalam rumah membawa dulang minuman Tengku Mateen tadi.

"Jom Tyara jangan segan lagipun Haziq ada dekat dalam"ucap Tengku Kriz.

Tyara masih lagi tidak bergerak dari situ.Dia masih tidak percaya setelah empat tahun dia cuba menjauh rupanya mereka jumpa dengan cara begini.

Dia rasa tersepit dengan takdir. Tengku Kriz memegang bahu Tyara.Membuatkan Tyara sedikit terkejut.

"Tengku saya rasa saya perlu balik dululah.Pasal latihan menembak tu nanti saya bagitahu semula bila nak start training"ujar Tyara pada Tengku. Peluh renek membasahi dahinya.Tangannya menggeletar secara tiba-tiba.

Dia melihat tangan Tyara yang menggeletar.Dia tersedar sesuatu yang kemungkinan Tyara panic attack.

Dia memegang tangan Tyara.Dia menggosok tangan Tyara dan cuba menenangkan gadis itu.Tyara sedikit tergamam dengan tindakan Tengku Kriz.

"Deep breathing Tyara...deep breathing... everything is going to be well.Just keep breathing"bisik Tengku Kriz pada Tyara.Dia dapat mendengar dengan jelas nafas Tyara laju dan degupan jantung tyara cukup jelas untuk didengari olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience