PROLOG

Drama Completed 71272

Lubnan

Kenderaan Pengangkutan Berperisai (APC) memasuki kawasan penempatan untuk membuat rondaan.Sunyi hanya didengari enjin kenderaan yang mereka naiki ini.

"Tyara...How you think about this?"soal Grace disebelahnya.Tyara berpaling memandang rakannya itu.

"Sad...we leave in the best country but they were suffer here"ucap Tyara sambil memandang luar.

"Right Aku tak sabar nak habis kerja ni boleh balik Malaysia jumpa family.Kau tak rindu family?"soal Grace padanya.

Tyara hanya diam seribu bahasa.Rindu? Adakah mereka rindukan aku?"soalnya dalam hati.

"Fire!!!!!"jerit pemandu dihadapan sebelum kenderaan pengakutan Berperisai mereka terbalik bagi mengelak terkena bom.

Berdesing telinga Tyara seketika.Dia cuba melepaskan diri dari dalam kenderaan.Pistol dikakinya diambil dan melihat Grace yang tercampak tidak jauh daripada tempat dia berlindung.

Grace menoleh ke arahnya dengan pandangan yang kosong.Dia melihat ada dua orang pemberontak mendekati dia.Laju dia menghalakan pistol menembak seorang lelaki yang lelaki tinggi tepat mengena badannya.

Dia terdiam seketika apabila sepucuk pistol dikepalanya.

"Put the gun!!!" jerit lelaki itu ditelinganya.Tyara melepaskan pistol ditangannya.Matanya melihat ke arah Grace yang sudah tidak bermaya.

"Kau takkan selamat dekat sini"kata Tyara.Lelaki itu menendang ya hingga jatuh sebelum mengacukan pistol ke arahnya.Dia memejamkan matanya.Kalau dia mati dekat sini tiada siapa akan tahu kematiannya.

Pang!! Pang!!!!

Dia mendengar bunyi orang terjatuh bila dibuka mata lelaki dihadapannya tadi jatuh ditembak.Tyara memandang ke arah Grace.

Rupanya Grace menyelamatkan nyawanya.Dia bergegas ke arah rakannya itu.

"Grace are you okay?"soal Tyara.Rakannya itu hanya mampu tersenyum sambil menunjukkan sesuatu kepada Tyara.Matanya jatuh pada dada Grace yang sudah basah kerana dipenuhi darah.

"Grace jangan....."jerit Tyara sambil memangku rakannya.

"Balik... Tyara....balik..."ucap Grace sebelum dia memejamkan matanya serapatnya.

Tyara memeluk Grace dipelukannya.

"Grace!!!!!"jerit Orked Tyara sekuat hati.

**********

Dia tersedar dari lenanya.Dia meraup wajahnya melihat jam baru pukul tiga pagi.Mimpi buruk lagi? Selama empat tahun ni mimpi itu masih ada menjadi igauan malam buatnya.

Dia bangun dari katil dan menuju ke meja kerjanya.Bingkai gambar di meja diambil dan dipegangnya.

Senyuman kedua-keduanya suatu ketika dulu.Semasa dia dan Grace berkhidmat di Sabah.

"Maafkan aku Grace"ucapnya sambil airmata mengalir.

********

Bunyi tembakan dilepaskan satu persatu dilapangan.Tyara keluar dari keretanya, melihat kekemasan dirinya terlebih dahulu.Mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans turut disertakan topi dikepalanya bagi melindung dari cahaya matahari.

Dia berjalan ke arah ruang masuk.Disitu Uncle Burn sudah tercegat menunggunya.

"Mana pergi Tyara?"soal Uncle Burn pada Tyara yang baru sampai.Dengan wajah sungul dan pucat tanpa secalit mekap itu dipandangnya.

"Tyara ada okay ke?"soal Uncle Burn lagi.Hanya keluhan yang mampu keluar dari mulutnya.

"Sorry Uncle lambat sikit.Malam tadi tak boleh tidur"kata Tyara pada Uncle Burn atau nama sebenar ASP ABU BAKAR bekas anggota polis dan sekarang menjadi ketua jurulatih menembak.

Uncle Burn duduk menarik kerusi dan duduk didepan Tyara.

"Mimpi lagi? Haiyo Uncle rasa mesti ada benda tak selesai lagi?"soal Uncle Burn.

"Benda apa uncle? Grace tu dah lama kena tanam.Lagipun sudah empat tahun.Mungkin saya yang rindu dia"kata Tyara.

Uncle Burn geleng kepala.

"Harini ramai ke?"soal Tyara.

"Itu slot ada dua minta nak training dengan Tyara.Uncle suruh training dengan uncle dia tak nak.Mentang-mentang Uncle dah tua dia perlekehkan Uncle"terang Uncle Burn.

Tyara bingkas bangun dan masuk ke dalam lapangan.Kaca mata hitam dipakai bagi mengelak sinar matahari yang menusuk biji matanya.

Dalam lapangan ada dua orang yang mahu dia ajar menembak.

"Kenalkan diri korang?"soal Tyara pada kedua mereka.Dari gaya muka macam budak 20 an.

"Saya Zamir ni kawan saya Amin"ucap seorang lelaki.Tyara memandang dari atas ke bawah kedua-keduanya.

"Korang berani ke nak belajar menembak?"soal Tyara pada mereka.

"Berani kak saya memang....."kata-kata lelaki itu terhenti sangat Tyara melepaskan tiga das tembakan pada papan dihadapan mereka.

"Oh mak kau!!!!!"jerit salah seorang lelaki yang berdiri dihadapannya.Kedua-duanya tercengang seketika.

Tyara meletakkan pistol tadi diatas papan kayu.

"Tadi kata berani.Kenapa menjerit? Korang ni datang sini belajar menembak sebab apa? Nak mencuri? Nak merompak? atau Korang berdua nak bunuh orang!!!"jerit Tyara pada kedua-kedua mereka.

"Kami....kami....cuma nak belajar saja"tergagap-gagap lelaki bernama Zamir.

Tyara tersenyum sinis.

"Setiap yang hadir ada niat tersendiri.Dan setiap tu akan membawa kau berdua pada niat sebenar kau baik kau bagitahu Aku apa niat kau sebenarnya?"soal Tyara dengan nada serius.

*********

Uncle Burn hanya melihat Tyara mengajar kedua-kedua lelaki itu.Bunyi tapak kasut membuatkan Uncle Burn berpaling.Dia melihat seorang lelaki yang amat dia sayangi.Iaitu ASP Shahar sahabatnya bersalaman dengannya.

"Sibuk ke?"soal ASP Shahar sambil melabuhkan punggung di kerusi.

"Tak adalah tu tengok training budak baru"kata Uncle Burn pada ASP Shahar.Dari jauh dia melihat Tyara mengajar menembak.

Kali terakhir dia bercakap dengan Tyara empat tahun lepas.Amarah Tyara tentang kematian Grace dipejabatnya masih segar diingatannya sehingga harini.

"Saya nak berhenti"ucap Tyara dengan nada mendatar.

"Kamu anggota terbaik dekat sini.Kamu nak sia-siakan apa yang kamu ada Ni"ucap ASP Shahar.

Tyara menelan air liur yang pahit.Dia mengenggam penumbuk.

"Terbaik? Terbaik ke saya sampai kawan saya sendiri mati depan mata saya? Itu Tuan kata terbaik"kata Tyara.

"Tyara jangan bertindak terburu-buru.Kamu kena fikir lebih jauh sebelum buat keputusan.Saya tak benarkan awak berhenti"jelas ASP Shahar.

Tyara menarik nafas panjangnya.

"Saya dah fikir jauh dah Tuan.Betul kata Mak saya hidup saya takkan tenang tanpa restu dia.Masa Tuan hantar saya pergi Sabah, Saya terkilan sebab Arwah Abah saya meninggal dunia tanpa sempat jumpa saya sedangkan masa tu saya minta tuan cuti.Lepas tu Grace pulak mati depan mata saya.Ini Tuan kata terbaik"ucap Tyara sambil menahan air mata yang hampir jatuh.

ASP Shahar hanya terdiam tidak berkata-kata sepatah pun.

"Tuan suka atau tidak saya tetap dengan keputusan saya!!"Tyara mengetuk meja ASP Shahar sebelum keluar meninggalkan ruang pejabat itu.

"Macam tulah Tyara.Memang saya ajak dia untuk training menembak.Kalau nak harapkan aku sorang tak daya"kata Uncle Burn.

Tyara memandang ke arah ruang menunggu.Dia melihat orang yang amat dikenali ketika dia berkhidmat sebagai polis UTK dulu.Dia menoleh semula ke arah dua orang tadi.

"Aku nak kau berdua tahu asas pemasangan senjata"kata Tyara melepaskan satu persatu bahagian pistol yang dipegangnya dan diletakkan di hadapan mereka berdua.

"Dalam 30 saat satukan semuanya.Selagi tak betul buat sampai betul.David!!!! take over"panggil Tyara pembantu lapangan.

Tyara berjalan ke arah ruang menunggu.Dia memandang ke arah ASP Shahar yang duduk bersebelahan dengan Uncle Burn.

"Tyara sihat?"soal ASP Shahar menyapa terlebih dahulu.

Tyara meneguk air dan menutup botol air.

"Sihat? Kenapa Tuan ingat saya sakit ke? Atau Tuan nak cakap saya gila?"perli Tyara.

"Tyara jaga bahasa tu"tegur Uncle Burn.

"Buat apa saya nak jaga bahasa saya pada orang yang pentingkan diri.Semua rahsia Tuan saya tahu.Sebab tulah saya tak boleh lama dekat situ.Risau kalau marah saya tak boleh kawal"kata Tyara mahu berlalu tapi langkah kakinya terhenti.

Dia menoleh ke arah mereka berdua."One more thing, dekat luar ni pangkat tak boleh pakai.Jadi setinggi mana pangkat tapi kejujuran tak ada silap besarlah.Uncle Burn saya gerak dulu"kata Tyara berjalan menuju ke arah kereta Proton Preve miliknya.

Punat ditekan dan dia masuk ke dalam kereta.Dia mengeluarkan iPhone 11 miliknya dan melihat ada beberapa mesej masuk.

Baru dia mahu membalas mesej kawan serumahnya, telefonnya berbunyi.

Dia menjawab panggilan daripada Hana.

"Hello kau dekat mana?"soal Hana dalam talian.

"Aku lepas habis training.Kau asal telefon aku?"soal Tyara.

"Tyara aku lapar.Jom keluar makan"kata Hana.

"Okay-okay aku nak kena mandi dulu ni.Berpeluh satu badan Ni"kata Tyara.

"Alright"jawab Hana sebelum mematikan panggilan.

Tyara terpandang Tuan Shahar menaiki keretanya dengan keadaan mencurigakan.Kenapa dia perlu pandang sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta?.

Tyara mengikut kereta yang dipandu oleh Tuan Shahar.Dari satu lorong ke satu lorong sampai ke sebuah tapak projek yang terbengkalai .Dia memberhentikan kenderaannya sedikit jauh.

Muncul sebuah kereta hitam mewah berhenti disebelah kereta Tuan Shahar.Sekeping sampul coklat diberikan daripada Tuan Shahar kepada pemilik kereta hitam mewah itu.Manakala pemilik kereta hitam itu menghulurkan sampul berwarna putih sedikit tebal isinya kepada Tuan Shahar.

Dalam asyik dia melihat, telefonnya berbunyi lagi.Dia terus merubah haluan keretanya keluar dari situ tanpa disedari oleh sesiapa.

Apa yang aku tengok tadi tu? Kenapa Tuan Shahar berjumpa dengan orang kereta mewah tu dekat kawasan macam tu?.

Arghhhh lantaklah...buat apa aku nak fikir....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience