dua puluh minit kemudian johar dan faruk pun tibalah di rumah indra.
"di mana puak ini tinggal dan bagaimana rupa mereka?"tanya johar.dia telah bersedia dengan sebatang pensel dan sebuah buku catatan.
"puak ranai kecil saja,"jelas siti salmah.
"mereka tinggal dalam hutan di negeri pahang lebih kurang 500 kilometer dari sini.meteka cukup mahir membuat barang-barang dari kulit."
"boleh tak tunjukkan peta di mana puak ranai ini tinggal?"tanya faruk.
chandran mengambil peta lalu membukanya.setelah membalik-balikkan beberapa lembaran,dia pun menunjuk.
"inilah dia.tak ramai orang tinggal di kawasan ini."
kawasan ini dipenuhi dengan gunung-gunung dan huan.
"Eh,"teriak chandran, tiba-tiba. "dulu di sinilah puak Negrito tinggal! Ha saya ada satu akal.mari kita pergi ke situ dan cari harta karun yang tertanam itu!"
apabila mereka tibs di sekolah pada esok paginya, pelajar-pelajar sedang berkerumun di pintu masuk.johar dan faruk mempercepatkan langkah mereka untuk mengetahui apakah yang telah terjadi.
"Hoi Beng Hian,"faruk melaung kepada salah seorang pemain bola di situ. "apa yang disibuk-sibukkan itu?"
"marilah tengok sendiri,"jawab beng hian sambil menunjuk ke arah sekeping papan tanda yang tersangkut di pintu pagar.
mereka menghampiri pintu pagar.tanpa bersusah-payah membaca.mereka tahu apa yang tertulis dari pelajar-pelajar lain yang membacanya kuat-kuat.
"disebabkan oleh kerosakan loji pembekal elektrik sekolah akan ditutup buat sementara waktu.kamu sekalian akan diberitahu melalui radio bila sekolah akan dibuka kelak."
johar tersengih lebar. "cuba teka faruk.apa kita nak buat semasa cuti ini?"
"betul.mari kita beritahu Chandran.mungkin dia nak ikut sama untuk mencari harta yang tertanam itu."
chandran yang selalu lewat datang ke sekolah itu tiba dengan kereta buruknya.
"apa? sekolah d tutup? wah!"teriaknya.
Share this novel