"bunyi ranting dipijak orang,"bisik hati johar.
"elok saya pergi tengok!"
dia merasakan dia nampak satu lembaga sedang bergerak perlahan-lahan di celah-celah pokok itu!
dia cuba mengikut tetapi lembaga itu timbul tenggelam dan akhirnya hilang langsung.johar pun berpatah balik ke pondok pisang sesikat itu.
"ada jumpa apa-apa,"laungnya.
Tok Batin Ben Buana mencampakkan penggalinya ke atas lalu memanjat keluar dari lubang itu.mereka yang lain mengikutnya.
"satu pun tak ada,"jawabnya.
dalam cahaya bulan perasaan hampa jelas kelihatan di muka masing-masing.
"jangan berputus asa,"pujuk johar.
"marilah kita pulang.kita minum sikit dan kemudian tidur,"kata Tok Batin.
sedang mereka yang lain memungut alat-alat penggali mereka.johar menarik faruk ke satu sudut.cepat-cepat dia memberitahu abangnya peristiwa yang berlaku di celah-celah pokok tadi dan kecurigaanya bahawa kumpulan mereka telah di intip.
"tak perlu kita takutkan mereka yang lain dalam cerita ini,"katanya.
"mari kita tunggu dalam pondok ini malam ini dan perhatikan kalau-kalau ada penceroboh datang."
"bagus cadangan itu,"kata faruk.
"chandran boleh balik ambil selimut."
Tok batin dan ted membantah apabila mereka mendengar rancangan itu.tetapi faruk dan johar tetap berkeras.
sementara mereka yang lain berjalan pulang.faruk mendongak melihat bulan.
"tengok!"teriaknya.
"awan gelap.cuaca tak baik."
"cepat-cepat kita buat persediaan untuk malam ini,"cadang johar.
"kita perlukan unggun api."
mereka pun segera memungut dahan-dahan kayu kering.sebentar kemudian satu unggun api yang kecil menyala di pondok itu.chandran datang membawa kain selimut dan kemudian pulang semula.
setelah mereka selesai membetulkan kedudukan pintu kulit kayu pondok itu.johar menadah sebelah tangannya, "gerimis,"katanya.
"biar saya berkawal dulu.kamu tidurlah."
selepas dua jam johar mengejutkan abangnya.
"bagaimana keadaan cuaca?"tanya faruk.
"hujan kian lebat.belum ada nampak apa-apa.tapi bukalah mata kamu luas-luas,"pesannya.
Share this novel