Bab 19

Detective Completed 4019

"macam mana rasanya sekarang,seng hua?"tanya johar.

"dah elok sikit.tapi saya kesal orang itu lepas lari."

"apa yang terjadi?"tanya faruk.

dengan serba ringkas seng hua menceritakan bahawa dia telah menerima maklumat untuk menyiasat di tepi pantai.dia berjaya memrangkap seorang yang disyaki di sebuah pondok perahu dekat pelabuhan klang.

sedang dia membawa orang itu ke kereta orang itu cuba lari.semasa bergumpal orang itu menolak seng hua ke dalam parit.

"Wah!"teriak johar. "saya harap bapa dan kamu akan dapat menangkap mereka sebelum mereka sempat bertindak Seng hua,mana mana rupa orang yang dapat melarikan diri itu?"

"dia besar orangnya,"jawab mata-mata gelap itu. "rambutnya kerinting halau dan kulitnya hitam."

"ada tak apa-apa tanda yang begitu ketara pada orang ini!"tanya faruk.

"ada.di belakang tangan kanannya ada parut berbentuk W."

"parut di belakang tangan!"teriak faruk.

"saya pasti durham.orang yang mencampakkan kayu itu dan pengkhianat itu adalah orang yang sama."

"betul kata kamu,"sahut johar.

dalam perjalanan pulang johar berkata, "ke mana agaknya motobot itu pergi selepas mereka mencampakkan kayu ke arah kita?"

"Ah,banyak teluk di sepanjang pantai yang boleh di buat tempat persembunyian,"jawab abangnya.

"barangkali elok juga kita siasat di sepanjang pantai,"cadang johar.

tetapi setelah lebih kurang sejam menyiasat tanpa sebarang hasil mereka pun pulang.

semasa makan mereka memberitahu emak mereka dan mak cik gayah tentang keadaan seng hua dan sangkaan mereka bahawa beliau juga sedang mencari orang yang dicari oleh mereka berdua.

telefon berdering.faruk menjawab.panggilan itu adalah dari indra. "siti dan saya menyemak beberapa buah buku mengenai orang asli.kami jumpa sesuatu yang penting."

"apa dia?"

"kami dah jumpa nama puak orang asli yang bermula dengan huruf R!"

faruk menjerit gembira. "Wah bagus indra.apa nama puak itu?"

"Puak Ranai."

"Ranai?"teriak faruk. "Eh kami akan datang sekarang juga!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience