Bab 18

Detective Completed 4019

perlanggaran begitu kuat hingga ketiga-tiga mereka terpelanting ke dalam air.beberapa saat kemudian mereka muncul di tengah-tengah ombak.

mereka berasa sungguh bernasib baik melihat oerisik masih terapung-apung tidak berapa jauh dari mereka.sedang mereka berenang untuk mendapatkannya.mereka nampak lubang pada rusuk motobot itu.

"hampir tenggelam!"teriak pritam Singh,cemas.

mereka memanjat masuk ke dalam motobot itu.faruk mendapati bahawa perlanggaran itu telah menyebabkan enjin bot itu mati.dia cuba menghidupkannya semula tetapi tidak berjaya!

setengah jam kemudian pritam singh menunjuk ke sebuah kapal yang sedang menuju ke arah mereka.

"Eh tengok itu.bukankah itu kapal peronda seri klang?"

ketiga-tiga mereka memekik-mekik sambil melambai-lambai kepada kapal itu.kapten kapal nampak mereka lalu menghalakan kapal itu ke arah mereka.

apabila faruk menceritakan apa yang telah terjadi kapten Rajoo menggeleng kepala dengan marah.

"saya akan hantar isyarat untuk orang-orang itu sekarang juga,"katanya. "sementara itu kamu boleh tukar pakaian dulu."

setelah menghantar pritam pulang dan menghantar motobot mereka untuk dibaiki.mereka pun pulang.cik halimah sedang menunggu dengan perasan bimbang.

"mak apa dah terjadi?"tanya johar.

"seng hua cedera!"jawab emaknya.

"macam mana mak?"tanya faruk. "siapa yang mencederakannya."

"pengkhianat.seng hua mengejar seorang yang disyaki.mereka bergumpal.orang itu dapat melepaskan diri tapi seng hua tercampak dan kakinya patah."

"di mana dia sekarang?'"

"di hospital Daerah Klang."

"eloklah kami pergi tengok dia sekarang juga,"kata faruk.

beberapa minit kemudian johar dan faruk tiba di hospital daerah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience