faruk mengambil surat itu. "jangan-jangan ini kertas dokumen." dia menayang kertas itu.
"ya!"teriaknya apabila dia nampak warna kebiru-biruan pada tempat yang dipotong itu.
"bijak sungguh kamu faruk,"puji DSP chon. "tapi siapa pula orang yang menggunakan kertas dokumen yang terlibat dalam perkara ini?"
"mazlan kassim!"
"ya tak ya juga!" kata DSP chong bersetuju. "dia peguam durham."
DSP chong mengangkat telefon. "sarjan,"katanya. "saya mahu dua orang memerhati mazlan kassim.ekori dia siang malam dan beri laporan penuh kepada saya mengenai apa yang dilakukannya."
dia kemudian meletakkan gagang telefon lalu berpaling kepada johar dan faruk.
"terima kasih.surat ini memberi petunjuk untuk mencari kumpulan itu." dia melihat jam tangannya. "jangan sampai ketinggalan keretapi.ha mudah-mudahan kamu berjaya."
orang ramai penuh sesak di stesen keretapi.bagaimanapun mereka tidak susah mencari chandran.dia dikelilingi oleh beg-beg pakaian.
"itu dia keratapi datang!"teriaknya sebaik-baik saja nampak kepala keretapi.apabila keretapi masuk ke stesen.tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan yang kuat.ketika semua perhatian beralih kepada bunyi jeritan itu.
faruk dan johar merasakan diri mereka di tolak ke arah landasan keretapi dengan kuatnya.mereka mempertahankan diri mereka dari terjatuh.tetapi tolakan itu terlalu kuat.
Share this novel