"apa?"teriak faruk.
"nyonya leong tak kenal durham?"mak cik gayah menggelengkan kepala.
"jadi,tandatangan itu palsu,"sampuk johar."ha kita dah terpedaya.barangkali anak kunci itu pun ada padanya.barangkali dimasukkan ke dalam mulutnya."
"ataupun diberikannya kepada mazlan.johar,kenapalah kita begitu bodoh.
"mari kita cuba cari dia.saya nak soal dia lebih lanjut lagi."
"tapi kita mesti cari kunci untuk almari fail bapa,"kata faruk."manalah tahu mungkin durham akan cuba membukanya dengan anak kunci itu!"
mereka pun tergesa-gesa pergi ke kedai tukang kunci yang amat dipercayai oleh bapa mereka.tukang kunci itu memberikan satu kunci baru dan menerangkan kepada mereka cara-cara memasangnya.
sebaik-baik saja mereka tiba di rumah dan menggantikan kunci pada almari fail itu,satu suara di belakang mereka berkata.
"bagus!"
mereka berpaling."seng hua!"teriak faruk dan johar.serentak lalu berlari menyambut tetamu mereka.
seng hua ialah pembantu encik hadi.faruk dan johar kenal benar dengannya kerana dia sering kali membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah rumit.telah beberapa minggu mereka tidak berjumpa dengannya.
mereka tahu dia telah membantu bapa mereka dalam satu kerja yang paling sulit.
"apa khabar bapa?"tanya johar selesai mereka duduk.
seng hua tersenyum."dia baik."
"kes apa pula kali ini?"celah faruk.
"saya dan bapa kamu bekerja untuk kerajaan.sekarang ini ada banyak penyelewengan dalam perusahaan-perusahaaan penting di seluruh negara."
"nampaknya kes-kes ini adalah sebahagian dari pelan induk.kami rasa kumpulan haram yang sama juga terlibat dalam kesemuanya.tapi setakat ini kami masih belum menjumpa sebarang petunjuk untuk menangkap orang yang bersalah itu.itu sajalah yang dapat saya cakapkan.
"kami pun ada misteri sendiri,"kata johar.
dengan ringkas faruk dan johar menceritakan peristiwa yang berlaku hari ini.
"hah,durham itu!"teriak mak cik gayah.
"memang saya dah agak dia itu ada kena-mengena dengan kerja yang tak baik.Ha,saya dah lama sangat bergaul dengan mata-mata gelap.tahulah saya kalau orang itu baik atau pun jahat."
"mak cik boleh bantu kami cari durham,"kata faruk.
"esok kita pergi ke balai polis dan tengok gambar-gambar penjenayah di situ."
Share this novel