sebaik-baik saja lepas bersarapan pada pagi esoknya.faruk dan johar membawa mak cik gayah keluar ke pekan.
"selamat pagi tuan,"mak cik gayah menyapa DSP chong apabila mereka divawa masuk ke pejabatnya.
"mak cik gayah nak tengok fail penjenayah kalau-kalau dia boleh mengenali durham,"jelas faruk.
"wah nampaknya kamu pun dah mereka latih jadi mata-mata gelap,"kata DSP chong,bergurau.
dia pun menunjukkan keoada mak cik gayah beberapa buah albun gambar yang terletak di mejanya.
mak cik gayah membalik-balikkan lembaran album itu lambat-lambat.tiba-tiba dia tersentak."ini nampak macam durham!"katanya berdebar-debar.
"mungkin juga,"sahut johar sambil menjenguk dari belakang mak cik gayah."tapi itu jery sekekoh dan sekarang dia menjalani hukuman penjara kerana mengecap wang palsu."
mak cik gayah terus melihat gambar-gambar itu beberapa lama.sekali-sekali dia berhenti merenung lama-lama gambar-gambar yang menyerupai wajah durham.akhirnya doa menurup album-album itu dengan rasa hampa.
"dia tak ada di sini,"keluhnya.
"tapi saya pasti saya dah tengok gambarnya."
faruk meminta alamat durham dari DSP chong,"eloklah kami bertindak cepat-cepat sebelum dia mengambil keputusan untuk lari dari tempat ini."
DSL chong membalik-balikkan fail buat seketika."durham memberi alamatnya di hotel cempaka,"katanya.
setelah meninggalkan mak cik gayah di kedai untuk membeli-belah.pemuda dua beradik itu pun pergi ke hotel cempaka.
"ada tak orang bernama durham wahab tinggal di sini?"faruk bertanya kepada kerani tempatan.
kerani itu menyemak buku daftar."dulu ada,"jawab kerani itu."tapi sekarang dia dah keluar."
"mungkin kita boleh telefon peguamnya.mazlan kassim,"cadang faruk.
"mungkin dia tahu di mana durham berada."
"ya ini mazlan kassim,"katanya angkuh.
"boleh saya tolong?"
faruk terus bertanya di mana durham berada.
"maaf sajalah,"jawab mazlan,"saya sendiri pun tak tahu ke mana dia pergi."
faruk meletakkan gagang telefon dengan perasan hampa.mungkin kenyataan mazlan itu tidak benar,"sia-sia,"katanya.
semasa mereka keluar kerani tempahan itu memanghil mereka.mereka segera pergi mendapatkannya.
"kamu berdua johar dan faruk hadi,ya?"tanya kerani itu.
johar dan faruk mengangguk.
"kalau kamu berdua nak kesan dia saya boleh benarkan kamu menyiasat di biliknya kalau-kalau ada petunjuk.mari ikut saya."
johar dan faruk memeriksa bilik itu secara menyeluruh tetapi tidak menjumpai apa-apa yang boleh membantu mereka mencari penjual yang penuh misteri itu.
"nampaknya kita sampai ke jalan buntu,"kata johar dengan kecewa sambil berjalan keluar dari bilik itu.
"barang kali tidak,"kata faruk."itu ada seorang amah.mari kita tanya kalau-kalau dia tahu tentang durham."
Share this novel