Bab 11

Detective Completed 4019

sebelum johar dan faruk sempat berbuat apa-apa.dua orang lelaki menerkam ke arah mereka.johar jatuh lalu pengsan.faruk terperanjat.

dengan serta-merta faruk menumbuk kedua-dua orang itu dengan kedua-dua belah penumbuknya.seorang dari penyerang-penyerang itu jatuh melutut.tetapi seorang lagi itu memeluk faruk dari belakang.dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

penyerang-penyerang itu mengheret johar dan faruk ke sebuah almari lalu menyumbat mereka ke dalamnya dan menguncinya dari luar.

beberapa minit kemudian barulah johar sedar dan segera teringat apa yang terjadi.

tidak lama kemudian mereka terdengar bunyi tapak kaki datang ke anjung.kawan atau lawan?

"biar saya tendang wala siapa pun datang,"kata johar.

sebelum sempat faruk berkata apa-apa almari itu terbuka.johar segera menerkam ke arah orang di luar almari itu.kedua-dua mereka jatuh ke lantai.

"hei lepaskan!"pekik satu suara yang amat dikenali oleh johar dan faruk.

"chandran morgan!"teriak faruk sambil mengenalik kawan mereka sambil itu lalu menariknya bangun.

"mujurlah kamu datang chandran,"kata johar.

"maaflah saya berkasar dengan kamu,"katanya.

"tak apalah,"kata chandran morgan.

setelah membuat laporan di balai polis dan meminta sarjan di situ melaporkan perkembangan selanjutnya kepada DSP chong.

mereka pun pulanglah ke pelabuhan klang.faruk dan johar berasa hairan dengan kejadian hari itu.tetaoi mereka berazam hendak mencari durham.emak mereka menyambut kepulangan mereka.

selepas makan faruk berkata,"johar saya ada satu akal.apa kata kalau kita kesan pengilang dompet anak kunci yang mak beli dari durham.barangkali dengan cara itu kita dapat tahu siapa dia sebenar."

"betul juga."

mereka pun terus masuk ke bilik bacaan ayah mereka dan memeriksa dompet anak kunci baru itu.tetapi tidak ada satu nama pun tertulis padanya.

"tapi di dalam ada tertulis sesuatu,"kata johar.di sudut dompet itu tertera satu tanda yang ganjil.

selepas latihan bola sepak keesokan harinya mereka pun tergesa-gesa pergi ke kedai encik nordin seorang sahabat keluarga mereka.

"kami nak tanya siapa yang buat ini,"jelas faruk lalu menunjukkan dompet itu.

"ini dia tandanya.siapa yang pakai tanda perdagangan ini?"

encik nordin mengamati tanda itu.kemudian perlahan-lahan dia menggeleng kepala."maaflah tapi pak cik tak pernah tengok tanda itu selama pak cik berniaga."

faruk memandang johar dengan rasa hampa.satu lagi petunjuk yang tidak boleh digunakn!

akhirnya mereka terpaksa memberhentikan penyiasatan mereka buat sementara dan menumpukan seluruh perhatian mereka kepada latihan bola sepak.

hari perlawanan bola sepak pun tiba.faruk kelihatan muram tatkala pasukannya menukar pakaian.sedang mereka berjalan menuju ke padang.faruk nampak sebelah sepatu kulit di atas jalan yang menutup simen itu.

biasanya dia hanya akan menyepaknya ke tepi.tetapi oleh kerana sekarang dia menaruh minat kepada setiap benda yang dilerbuat daripada kulit.dia tunduk mengambilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience