"bayang melintang!"
"kita dah jumpa!"
ketiga-tiga mereka merenung ke arah bayang-bayang melintang ke atas sedikit dari suatu rekah di permukaan gunung yang berhadapan dengan mereka.
"nanti,"kata faruk.
"kita dah jumpa bayang-bayang itu.tapi kalau kita cuba turun ke situ samalah juga seperti membunuh diri."
"walau bagaimana pun kita mesti cuba juga turun ke situ!"tegas johar,penuh azam.
"mari kita gunakan tali,"cadang faruk.
dia mencampakkan hujung tali itu ke bawah.
"lekas! ikat tali ini pada pokok."teriak faruk.
"biar saya turun dulu."
tetapi apabila dia tiba di tempat yang disangkakannya permatang batu itu.dia rasa sungguh kecewa.permukaan permatang itu bukanlah datar seperti yang di sangkakannya.
tetapi sebaliknya dipenuhi dengan batu-batu runcing yang tajam hinggakan dia tidak dapat memijak langsung.
"chandran,"kata faruk.
"apa kata kalau kamu pergi beritahu tok batin apa yang kita jumpa?"
"tentu dia mahu tempatkan orang di sekitar sini untuk berkawal hinggalah alat-alat yang lengkap dapat di bawa ke mari.sementara itu biar johar dan saya berkawal di sini."
chandran segera berjalan ke tempat yang ditumbuhi pokok-pokok.dia kemudian berjalan turun.dia tergelincir.chandran bangun lalu berjalan semula melalui hutan itu.
tiba-tiba dia berhenti.dia terdengar bunyi dalam semak-semak.tetapi bunyi itu tidak kedengaran lagi.dia terus berjalan.
beberapa ketika kemudian bunyi itu kedengaran lagi.kali ini bunyi itu datang betul-betul dari belakangnya.
apabila dia berpaling dia dipegang dengan kasarnya lalu ditolak ke tanah.satu tangan kasar menutup mulutnya.
penyerang-penyerang yang bertopeng itu mengikat tangan dan mulutnya.lalu membawanya ke sepohon pokok besar.
"baiklah,"kata salah seorang dari penyerang itu.
"kami tahu apa yang harus di buat dengan pengacau ini."
Share this novel