kedua-dua beradik itu masuk.mazlan sedang terbaring di kerusi panjang.
"siapa itu?"tanya mazlan sambil bangun dan menjengah melihat mereka dengan matanya yang rabun itu.
matanya terkelip-kelip.dia menghulurkan tangan ke bingkai tingkap untuk mengambil cermin mata.tetapi johar menolak cermin itu jauh darinya.
"rahsian kamu dah terbongkar!"kata faruk dengan garang.
"kumpulan kamu dah di tawan!"
"apa yang kamu cakapkan ini?"
"eloklah kamu mengaku salah saja,"kata johar sambil mengikat tangan dan kaki peguam itu dengan tali yang mereka bawa di dalam kocek masing-masing.
mereka tidak mahu mazlan kassim lepas lari lagi kali ini.
"tolong! tolong!"teriak mazlan.
pengawal di luar itu meluru masuk.
"apa yang kamu....."pengawal itu membuka mulut.tetapi apabila dia nampak kaki dan tangan mazlan terikat.dia memekik marah.
johar dan faruk menerkam ke arahnya.sebentar kemudian pengawal itu juga menjadi orang tawanan mereka.
faruk mengambil cermin mata mazlan lalu mengenakan di mata peguam itu.
"anak hadi!"jerit mazlan sebaik-baik saja dia dapat melihat dengan jelas.
"cakap!"tengking faruk.
"apa kaitan kamu dengan durham dan yeoh?"
"saya tak tahu apa yang kamu berdua mahu,"kata mazlan selamba.
"apa kaitan kamu dengan yeoh?"tanya johar pula.
"yeoh datang berjumpa saya mengatakan yang dia tertipu.kononnya hartanya telah di jual secara tidak sah kepada puak ranai.saya fikir kesnya sah.saya pun sedia menolongnya.salahkah kalau peguam itu mengambil kes?"
"bergantung juga pada pelanggannya,"kata faruk.
"apa peranan durham dalam kes ini?"
"durham? Oh dia bekerja dengan saya semacam orang suruhan.saya minta dia bantu saya dalam kes ini.itu saja."
"Oh itu saja ya? tengoklah nanti!"kata satu suara dari pintu.
Share this novel