faruk menarik keluar sebuah peti kecil yang telah berkarat dari gua kecil yang tersembunyi di celah-celah batu itu.dia menyuluh peti itu.
setelah mencuba membuka peti itu beberapa kali akhirnya johar mencungkil tutup peti itu dari dalam peti itu cahaya memancar-mancar keluar.
"pisau permata!"teriaknya.
"betul-betul hartak karun!"teriak faruk.
"dokumen itu pun ada di sini,"kata johar.
tiba-tiba mereka terdengar suara orang bercakap.
"mari kita sembunyikan peti ini semula,"cadang faruk.
"faruk! tengok di sana itu! mereka turun!"
durham dan yeoh sedang bergantung di tali yang berhadapan dengan tempat johar dan faruk berdiri.
kedua-dua orang itu telah meninggalkan topeng masing-masing.
"barangkali mereka nak tawar-menawar dengan kita,"bisik johar.
pada saat itu durhan terjun ke atas permatang di seberang sana diikuti oleh rakannya.mereka melompat menyeberang gaung lalu berhadapan dengan kedua-dua beradik itu.
"jangan dekat durham!"faruk memberi amaran.
"kami cuma ingin tahu,"kata yeoh.
"di mana harta karun itu tertanam."
"harta karun apa?"tanya faruk dengan hairan.
"jangan berpura-pura tak tahu,"herdik durham.
"apa kata kalau kita bertukar maklumat?"pelawa faruk.
"kamu beri sedikit maklumat dan kami akan berikan sedikt maklumat."
"baiklah,cakaplah,"kata durham kepada johor dan faruk.
"kalau begitu tolong cakap kepada kami,"kata faruk
"apa yang sebenarnya kamu cari?"
"mudah,"jawab durham.
"saya cuma membantu encik yeoh mendapatkan harta yang memang haknya."
"harta apa?"tanya johar.
"tanah ini kepunyaannya."
Share this novel