"kami bimbang mendengar laporan mengatakan dia berada di dua tempat dalam satu masa."
faruk menjelaskan misteri mengenai bapanya yang dikatakan berada di dua tempat serentak itu.
"ini rancangan saya,"katanya,hati-hati.
"boleh tak encik tolong tanya hotel tempat bapa menginap dan kemudian sampaikan beritanya kepada seng hua di hospital daerah klang? encik mesti beritahu kepada seng hua di hospital daerah klang.ini penting.kalau encik menelefon ataupun menghantar surat kepada kami.mungkin tidak sampai ke tangan kami.mak ada dapat telegram tapi dia rasa itu telegram palsu."
Encik Narayanasamy memberi jaminan bahawa dia akan berkerjasama sepenuhnya dalam perkara ini.
"baik saya beritahu seng hua supaya menunggu berita dari encik narayanasamy,"fikir faruk.
setelah menulis serba ringkas kepada pembantu ayahnya yang cedera itu.faruk menulis alamat di sampul surat itu dengan huruf besar untuk menukar bentuk tulisannya.
kemudian dia memasukkan surat itu ke dalam peti pos.lalu keluar sambil mengucapkan selamat tinggal kepada kerani tempahan itu.
apabila dia menyimpang ke jalan menuju ke perkampungan puak ranai.dia terlihat chandran berlari-lari ke arahnya!
"saya berlari sepanjang masa,"jelas chandran tercungap-cungap.
"saya nak beritahu kamu fasal johar.dia di serang oleh orang-orang yang tak di kenali hingga pengsan!" chandran berhenti menarik nafas panjang-panjang.
"pengsan? siapa seranag dia? cakap!"teriak faruk.
sambil duduk untuk melepaskan lelahnya.chandran menceritakan pengalaman johar di dalam hutan.
"doktor dah rawat dia.dia akan baik semula.saya datang ke mari nak panggil polis."
"lagi,"desak faruk.
chandran bangun.nafasnya agak pulih. "ted dan saya pergi cari penyerang johar iru,"katanya.
"ada apa-apa petunjuk lain yang kamu berdua jumpa?"tanya faruk.
chandran tersengih. "kami jumpa ini." dia mengeluarkan sebuah bungkusan yang dibalut dengan kain dari koceknya.
"apa ini?"tanya faruk.
chandran membuka balut bungkusan itu. "sekerat kayu yang digunakan untuk memukul johar."
mereka pun segera pergi ke balai polis.
Share this novel
makin menarik. update please