Bab 25

Detective Completed 4019

johar,faruk dan chandran meluru ke arah semak-semak itu mencari orang asli tadi.

mereka membuat kesimpulan orang itu telah melompat dari seketil batu ke seketul batu di lorong itu agar mereka tidak dapat mengejarnya.

apabila mereka mulai berjalan chandran berteriak cemas: "dengar!"

johar dan faruk berhenti.bunyi yang kedengaran hanyalah sayup-sayup.

"gedang perang!"teriak faruk.

"mari kita pergi!"

mereka berjalan sejauh lebih kurang 4 kilometer lagi tanpa sebarang gangguan.kemudian tiba-tiba seekor anak kijang berlari melintas di hadapan mereka, seolah-olah ketakutan.

apabila binatang itu hilang dalam semak seorang pemuda orang asli lebih kurang sebaya dengan mereka muncul.dia berhenti apabila melihat mereka.

dia memakai pakaian serupa dengan mereka tetapi rambutnya kerinting.

"Eh eh,"sapanya dengan mesra. "apa kamu semua buat di tengah-tengah hutan ini? sesat?"

johar,faruk dan chandran tidak menjawab seketika.mereka melopong melihat sepatu kulit yang di pakai oleh pemuda itu.dia atas sepatu itu tertulis huruf R yang menjadi tanda tanya itu.dihiasi dengan manik-manik yang berwarna-warni.

"tidak,kami tidak sesat,"jawab faruk akhirnya. "kami nak pergi ke perkampungan puak ranai."

"dari mana kamu dapat sepatu kulit itu?"tanya johar berdebar-debar.

"Eh di sinilah,"jawab pemuda itu. "kamu puak Ranai yang membuatnya."

"ya."

"mari ikut saya,"kata pemuda itu,tersenyum.

"saya boleh tunjukkan lebih banyak sepatu-sepatu begini.Oh ya nama saya Ted Buana.ayah saya Tok Batin Ben Buana,ketua puak ranai."

johar,faruk dan chandran mempekanalkan diri masing-masing.kemudian ted membawa mereka ke arah perkampungannya.

"tadi kami nampak seorang orang asli memakai cawat dan bercakap dalam longhat orang asli sebelum kami jumpa kamu,"kata chandran.

mata ted terbeliak, terperanjat. "Eh pelik.siapa agaknya? tak ada siapa pun dalam ouak kami berpakaian begitu lagi sekarang atau pun bertutur dalam longhat orang asli kecuali abu.apa orang itu mahu?"

faruk memberitahunya mengenai amaran orang itu tentang puak ranai dan bagaimana puak itu akan marah melihat kedatangan mereka bertiga kerana puak itu ada menyimpan satu rahsia.

"Ah gila,"kata ted. "saya hairan mengapa orang itu menghalang kamu dari datang ke mari.nanti saya beritahu ayah saya mengenai perkara ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience