"saya boleh tolong,"katanya.
"kamu buat pondok pisang sesikat pakai tiang panjang 5 meter.saya datang bila bulan mengambang malam ini."
dengan itu dia pun berpaling lalu berjalan pulang ke perkampungan itu.
"macam mana nak buat pondok pisang sesikat?"tanya chandran.
"berbezakah dengan pondok pisang sesikat masa kita berkhemah?"
"mungkin serupa,"sahut ted,tersengih.
"jangan-jangan kamu pun tiru dari orang-orang asli."
beberapa lama kemudian pondok itu pun siap.mereka mengamati hasil kerja mereka dengan rasa bangga.
"cantik,"kata chandran.
"Ha sekarang kalau bulan terbit tinggi tak lama lagi kita akan jumpa geran tanah bapa kamu,ted."
petang itu beberapa minit sebelum matahari tenggelam.faruk,johar,chandran,ted dan tok batin ben buana yang telah mengambil jalan yang berasingan itu.
tiba di batu upacara lama itu.mereka mendapati tok abu sedang menunggu ke tibaan mereka.
sedikit demi sedikit matahari teebenam.beberapa minit kemudian bulan mulai mengambang di sebalik awan.dengan rasa tidar sabar keenam-enam pasang mata memerhati awan berarak meninggalkan bulan.
tiba-tiba johar berbisik, "itu dia bayangan melintang!"
memang benar.tian-tiang pondok sesikat itu membuat bayang-bayang yang bersilang di atas tanah.
"mari kita korek!"teriak ted sambil mencapai penggali.
dengan penuh azam kumpulan itu pun mula menggali tanpa berkata sepatah jua pun.
akhirnya faruk berhenti menggali. "amboi!"keluhnya.
"walaupun cuaca malam ini sejuk tapi badan saya terasa panas betul!"
"saya juga rasa begitu,"sahut chandran.
"semakin dalam kita menggali,semakin teruk pula rasanya."
dia berdiri di dalam lubang yang dalam separas lutut itu.
"tanah di sini penuh dengan batu,"Kata Tok Batin Ben Buana.
setelah berehat beberapa lama mereka pun meneruskan kerja menggali itu dengan lebih kuat lagi.Tok Abu ditugaskan untuk dikawal.
johar yang merasa kesal kerana tidak dapat menolong,duduk di pondok pisang sesikat itu sambil memerhati kalau-kalau ada penceroboh datang.
tiba-tiba darahnya tersirap.dia memasang telinga untuk mendengar suara bunyi.bunyi itu berbeza dari bunyi nafas rakan-rakannya dan bunyi penggali itu tersentuh tanah.
Share this novel