Bab 39

Detective Completed 4019

suatu lembaga sedang duduk di sebalik langsir itu.

johar dan faruk tersentak. "bapa!"teriak mereka, terkejut dengan apa yang mereka lihat.

muka bapa mereka kelihatan lebam-lebam.pakaiannya sangat kotor.

ketua penjahat yang bertopeng itu bersuara:

"tentu kamu berdua tertanya-tanya tentang bapa kamu.sekarang baru kamu tahu.encik hadi,anak-anak kamu ada di sini.cakaplah dengan mereka."

"orang-orang ini tak boleh dikalahkan,"kata encik hadi tanpa bergerak.

"menyerahlah."

dengan rasa terperanjat faruk dan johar meronta-ronta dan cuba menerkam ke arah bapa mereka.tetapi penjahat-penjahat itu segera menghalang.mereka ditolak ke dalam sebuah bilik

pintu berdentum ditutup.bunyi tapak kaki menjelaskan kepada faruk dan johar bahawa orang-orang itu berjalan pergi meninggalkan mereka.

tiba-tiba faruk mendapat satu akal.dia merangkak ke arah johar.dengan menggunakan badan adiknya sebagai penampan.dia berjaya berdiri lalu bersandar pada pintu.

dia kemudian mencangkukkan ikatan pergelangan tangannya ke cembul pintu lalu menggoyang-goyangkan tangannya.

ikatannya menjadi kian longgar.akhirnya dia berjaya menarik kedua-dua belah tangannya keluar dari ikatan itu!

"syukurlah!"bisik johar.

"sekarang mari kita cuba keluar dari sini!"

jalan keluar hanyalah pintu itu.tetapi pintu itu terkunci.

"mari kita robohkan,"cadang johar.

dari jarak beberapa meter mereka merempuh pintu itu.setelah tiga kali mencuba pintu itu pun roboh.mereka pun segera meluru ke bilik sebelah untuk menyelamatkan bapa mereka.

tetapi bapa mereka telah di bawa oleh orang-orang tadi.mereka pun meluru menuruni tangga dan berlari ke jalan.mereka memerhati di sekeliling.

"saya rasa seolah-olah saya kenal tempat ini,"kata faruk.

"ya tak ya.kita di sementing!"

"lekas mari kita ke balai polis faruk,"gesa johar.

"sebelum penjahat-penjahat ini bawa bapa pergi jauh."

"nanti sekejap!"teriak faruk.

"kejadian ini sungguh ganjil.sebelum kita jumpa polis.saya cadangkan kita telefon mak dan seng hua dulu."

"kamu syak sesuatu?"tanya johar.

"ya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience