"pak cik ingat betul tentang sepatu kulit buatan tangan itu,"katanya,sambil menghisap paip.
"pak cik beli dari seorang yang tak pak cik kenali dalam keretapi.pak cik tak pernah melihatnya.dan sejak itu juga pak cik tak jumpa-jumpa dia lagi."
"nampaknya buntu lagi.semua petunjuk-petunjuk itu tak berguna,"kata faruk.
"Eh,"kata adiknya.
"barangkali huruf R itu huruf pangkal nama suku kaum.barangkali elok juga kita buat penyelidikan mengenai orang asli."
"mari kita singgah di rumah chandran,"cadang johar."saya rasa lapar."
chandran dan indra ada di rumah.indra sedang membuat rojak."Hm, langkah kanan betul kami,"kata johar,tersengih.
sambil makan mereka berbincang mengenai misteri durham wahab.faruk menceritakan petunjuk yang mereka mendapati dari encik bala.
"bukan senang hendak cari nama pulak yang bermula dengan huruf R,"keluh faruk.
indra dan chandran bertukar pandangan.
"kamu berdua tau tak kalau-kalau ada puak yang namanya bermula dengan huruf R?"tanya johar.
"Er,tidak,"jawab chandran.
sebentar kemudian dia bangun lalu menghilang dari bilik makan itu.
johar dan faruk terus makan rojak.apabila johar bangun untuk mengambil air dari peti sejuk.dia memekik ketakutan.faruk menoleh untuk melihat apakah yang telah memeranjatkan adiknya itu.
terdiri muka pintu seorang seorang asli dengan pakaian perang!
dia mengangkat tangannya.dengan suara yang garau dia berkata,"saya Tok Batin Walapatukang."
"chandran!"teriak johar dan faruk serentak lalu ketawa terbahak-bahak apabila mereka mengenali suara sahabat mereka itu.
tiba-tiba pintu diketuk orang.indra bangun untuk membukanya.
"apa khabar faruk,johar.chandran!apa ni?"teriak siti salmah apabila melihat pakaian chandran dan mukanya yang berconteng itu.
kemudian faruk memberitahunya mengenai segala apa yang telah berlaku.
"wah,semakin cekap mata-mata gelap kamu berdua ini,"ujar siti salmah.
"Eh,apa kata kalau kita keluarkan buku-buku fasal orang asli kita tu chandran?"cadang indra."mungkin kita akan jumpa nama puak yang bermula dengan huruf R."
indra masuk ke bilik bacaan dan beberapa minit kemudian datang membawa sebeban buku lama.mereka mencari-cari di dalam buku-buku itu dengan teliti.mereka tidak menjumpai nama puak yang bermula dengan huruf R!
"akhirnya faruk dan johar bertolak pulang."mungkin kita terpaksa berhenti mencari puak orang asli dengan petunjuk sepatu kulit itu,"kata johar.
"tapi kita masih boleh mencari puak R itu,"kata faruk,penuh harapan."saya belum mahu mengaku kalah."
"ya,"sahut johar bersetuju lalu membelok masuk ke lorong menuju ke rumah mereka.
tiba-tiba faruk tersentak."tengok!"bisik nya berdebar-debar."ada orang keluar dari tingkap!"
"lekas!jangan lepaskan dia lari!"teriak johar.
mereka terdengar bunyi sesuatu jatuh ke tanah.setiba mereka di tepi dapur rumah,bulan keluar semula dari sebalik awan.tetapi mereka tidak nampak sesiapa!
ketika bulan berselindung di sebalik awan tadi,penceroboh itu sempat menghilangkan diri.
Share this novel